Saturday, November 24, 2012

Kenapa "Beautiful life" ?

Assalamualaikum

Ni dah datang idea nak menulis.
Kenapa tajuk beautiful life? Hehehhe

Hidup ini memang indah sebenarnya. Antara nampak dengan tidak je sbnrnya.

Bukan nak  cerita pasal orang lain. Ni cerita pasal diri aku sendiri. (aku je la kan? Takyah la formal sgt2)

Sebelum ni, dari pandangan mata aku ni, hidup tak semestinya indah. Ada saja disekeliling aku cerita2 tentang kehidupan yang pedih, perit, sedih, hambar dan segala macam la yang tak best. Akibatnya aku merasakan yang hidup aku pun macam tu. Selama 30thn lebih hidup, itula yang aku rasanyakan. Akibatnya, aku muda2 lagi dah mcm org tua. Muka datangkan masam mencuka. Tak reti nak senyum. Sbb gara-gara merasakan kehidupan ni tak menarik, tak best.

Ermmm siannya.

Dah terlambat baru aku tersedar bahawa hidup kita indah dan kita sendiri yang menjadikan hidup kita indah atau pun tidak. Baik juga aku tersedar. Bayangkan kalau tak sedar. Tua esok lagila aku jd nenek kebayan agaknya. Tak reti nak senyum dr muda. Huhuhu

Bila aku dah mula sedar yang hidup ini indah, aku mula belajar tersenyum pada diri sendiri. Tersenyum pada dunia, pada kehidupan aku sendiri dan senyum pada orang lain. Baru aku merasakan yang kehidupan aku indah, orang2 di sekeliling aku indah dan semuanya indah belaka.

Apa akan rasa apa yang kita rasakan. Em… boleh tak cakap macam tu?  
Itu la yang aku rasakan. Betul rasanya. Sapa setuju angkat mouse.. hiks.

Okla. Setakat ni dulu coretan tentang tajuk post aku kali ni. Sbbnya anak buah kat sebelah ni dah tidur kat peha aku disamping laptop. Cmana nak menaip daaaa…

Ok babai… jumpa lagi insyaallah.



No comments:

Post a Comment