Wednesday, February 6, 2013

Sampah... #$%#$%#$%

Bismillah...

Ermm... maaf kalau ada yang menganggap aku mencarut di topik ni. Bukan apa, saja untuk memberi gambaran tentang sampah. Apa yang kita terbayangkan bila sebut SAMPAH?
  • Mestila sesuatu yang dibuang.
  • Benda yang kita tak suka.
  • Benda yang sia2.
  • Tak berguna.
  • Semak mata memandang.
  • Busuk, kotor... mcm2 lagi la
  • Sampah... sampah la... kan kan kan? hehehh
Ada ke org sayang sampah? ada ke orang suka sampah?  kalau ada, orang tu bermasalah tu. Cuba g cek. Tak kira la cek kat hospital atau cek kat pusat2 perubatan islam. hehehe Ni betul2 tau. Bukan main2. Kebanyakan orang yg aku jumpa sayang sampah adalah orang yg bermasalah. Haaaaaa.. jgn pikir tak ada org sayangkan sampah, ada.

Bukan aku nak cerita pasal sampah pun sebenarnya ni. Aku cuma nak cerita tentang sesuatu yang penat lelah kita hasilkan, kita bangunkan dari O sehingga menjadi sessuatu. Kemudian, belum pun yang kita hasilkan tu menunjukkan hasil yang lengkap sbbnya kita baru jalankan tak sampai pun 1 pusingan dan pun dicantas. Atau kata lainnya diminta untuk diberhentikan dan digantikan dengan yang lain. Tidakkah kita rasakan apa yg telah kita usahakan tu SAMPAH?



Penat tu nak hasilkan sesuatu yg dr takde apa2 sehingga terbentuk sesuatu. Kena set minda kita untuk betul2 bersedia melakukan atau menjayakannya. Set fizikal kita agar kita mampu mengadaptasikan dengan perkara baru tersebut. Semuanya tentang set. Nak set sesuatu perlukan akal fikiran, minda yang terbuka, persedian mental dan fizikal. Betul tak? Ke aku je yg rasa mcm tu? Org lain rasa ok je. Takde apa pun nak kena set. huhuhuhu

Macam kita diminta untuk bangun seawal jam 4 pagi la. Biasanya kita bangun jam 6 stengah atau maybe kol 8. Tiba2 kena bangun 4 pagi. Sebelum tidur pastinya kita set alarm kita. Kemudian, berckp pada diri sendiri, perlu bangun jam 4 pagi. Tido awal supaya kita mendapat tidur yang secukupnya. Itu semua berkaitan dgn set kan? set minda, set alarm, set waktu tidur kita. Set Set Set...

Cerita pasal tido pulak. hehhe maknanya dah kena tido dah tu :D

Tiba2 hasil usaha kita tu tadi perlu diberhentikan serta-merta dan perlu digantikan dengan yang lain. Aduh... sangat2 rasa macam tak dihargai. Terasa seperti sampah usaha kita tu tadi. Erm... Kenala terima. Bila dah jadi sampah, mmg kena buang. :(


Tapi ada juga sampah yang berguna kan? untuk kitar semula. takpe. hanya berharap semoga usaha kita yg dah jd sampah tu akan digunakan semula. Macamla sampah2 kitar semula. just berpikiran positif, teruskan kehidupan dan usahakan yang lain. Setiap hasil usaha kita w/pun dah jadi sampah ianya tetap berharga pada kita.

SPECTACULAR...

Bismillah...

Alhamdulillah... Selesai sudah event yg besar... iaitu spectacular malaysia...
Semua warga HERBALIFE malaysia dan sekitar malaysia berkata-kata tentangnya dr sebelum hinggalah ke hari ini.
 Tak pernah dalam hidup aku masuk stadium ni.Nilah kali pertama aku masuk.

Pada aku pula, ini merupakan event yg sangat besar yang pernah aku hadiri di dalam hidup aku. Mmg sgt2 mendebarkan pada mulanya. Semua org heboh memperkatakannya dlm 5-6 bln sebelum event ni berlangsung. Bagi aku yang tak pernah ikut ni, mmg sgt2 tertanya2?

spectacular tu apa?
apa ada kat spectacular tu?
best sgt ke spectacular?
hebat sangat ke?
apa yang derang kecoh sgt ni?

ermm mmg la heboh orang dok perkatakan... sbbnya mmg sgt2 spectacularrr...
Dengan kehadiran orang yg seramai 15 ribu orang...
Serius, seminggu sebelum tarikh spectacular... aku sangat2 rasa berdebar. lagi dekat lagi berdebar.
Pergh... kenapa ye? Sebenarnya, dlm hidup aku ni, aku mmg tak pernah pergi ke tempat-tempat yang ramai orang mcm tu.
Selautan manusia. 


Dr sekolah tadika, tadika kat sekolah kg, tah berapa org je pun dlm tu. Mmg kecik je la skolahnya. Lepastu sekolah rendah, pun kecik jugak. Rasanya tak sampai pun 1000 org dlm 1 sekolah tu. Pastu sekolah menengah. Lagi la ciput, tak sampai pun 300 org dlm sekolah tu. Lepas tu sambung diploma kat kolej je, pun tak ramai org. Tak seramai mcm kat U. Boleh kenal la rupa hampir semua org dlm kolej aku tu. Mmg dlm hidup aku. aku tak pernah masuk mana2 institusi atau apa2 event yg melibatkan org ribu2 ni. Tetiba nak g SPECTACULAR yang seramai 15 ribu org dlm tu. Berdegup kencang la jantung aku. Seram sejuk semua ada.

Pentas 360 darjah.. cun kan?
Selalu aku tgk dlm tv je pentas2 cantik ni, tapi kali ni tgk dgn mata sendiri. Cuma tak dapat duduk depan je sbb dah penuh


Alhamdulillah, bila sampai sana tgk org2 yg peramah, senyum sokmo, saling tegur aku yg tak kenal derang ni, masing2 bersemangat dan sgt2 bersemangat. Tak kira la tua ke muda. Terus aku jadi hilang seram sejuk semua tu. Jadi bersemangat juga macam derang. Aku pun mula belajar untuk senyum dengan semua orang, tegur orang lain yang aku tak kenal. Wahhh sangat2 best. cakap byk2 pun tak guna, sbbnya kena lalui sendiri pengalaman tu. Rasa sendiri duduk dikelilingi ribuan manusia yang penuh semangat, yang positif. Kita pun akan sama2 dapat merasakan semangat dan positif derang tu. Dan aku dah pun rasa, kalau nak rasa, jom la sama2 ke EXTRAVAGANZA di Bangkok pula bln 6 ni. Lagi bersemangat dan lagi positif. Sbbnya org lebih ramai. Dijangkakan 25 ribu orang yang akan ke EXTRAVAGANZA ni nanti. dan bukan dari malaysia je tau, dari asia. Haaaa... marila sama2 rasa macamana bergaul dengan orang2 yg bersemangat tinggi dan positif ni. Macam la ada ayat yg mengatakan, kalau kita berkwn dgn penjual minyak wangi, kita juga akan wangi. Tapi jika kita bergaul dengan pengangkut najis, hawa najis tu juga akan tempias pada kita. Aku bukan menghina org yg bekerja mengangkut najis ye. Ni cuma kata2 yang biasa aku dengar.

Inspirasi dan motivasi.
Aku cukup tak suka pergi ke kem2 motivasi dr masa sekolah dulu. Aku rasakan yg motivasi ni tak best dan tak berguna pun. Sbbnya orang2 yg kena pergi tu semuanya tak berminat pun dan mmg takde motivasi diri. Jadinya tempias tu sampai juga kat aku. Tapi kat sini lain. sbb semua yg hadir tu positif dan sgt2 bermotivasi, jadinya aku pun dpt tempiasnya. Alhamdulillah
Tak percaya. jom ikut. Rasa sendiri baru tau. Insyaallah ianya akan meberi kesan ke atas kehidupan kita. :) Sbb aku sendiri dah rasa. Alhamdulillah.

Akak yang sgt2 tinggi motivasi diri. W/pun cacat, semangat kental untuk berjaya dan mengubah cara hidup. Org terengganu kenal la kak yah ni. 

Sapa tak kenal mamat ni cuba angkat tangan.. hehhee