Sunday, October 27, 2013

Trip ke Medan - Part 1




Dengan nama tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyayang… 

Ni trip yang dah lama. 
Bulan 6 hari tu sebelum aku ke Extravaganza Bangkok. Tapi, ni baru aku ada mood untuk menulis entry ni. Heheheh maaf ye Medan, terpaksa membelakangkan kisah di Medan agak lama. 

Hari pertama.

Okey, kami pergi ramai. Sebabnya aku bawak mak, ayah adik no 2 aku, opit, udin, imah dan iza. Pastu kak lin bawa sarah anak dia. Dan kawan kak lin anak beranak(3 orang). Ni percutian bajet, maklumlah bawak mak ayah bagai. Sah2 la anak2 kena tanggung kan? Semua sekali 13 orang. Kiteorg bergerak pagi jumaat lagi. Flight jam 8.00 pagi kalau tak silap aku. Sampai Medan pun jam 8.00 pagi waktu Medan. Hehehhe sama waktunya. Pagi2 buta dah sampai sana.
Muka bangun kol 2 pagi semua ni...

Aku g sana tak pakai pakej, cuma ambil transport dan mintak tlg org transport tu sekali yang carikan hotel. Sebabnya puas aku cari hotel kat sana, semuanya mahal. Pening aku pikirkan. Last2 org transport tu cari lagi murah la pulak. Pada sapa-sapa yang nak cari transport kat Medan, boleh emel kat sini info@Medanstarrentacar.com. Trylah tanya.
Sendat... mulanya 1 van je sampai... sementara nak tunggu 1 lg sampai... kenalah bersendat-mendat dlm ni.

Aku masa tu ambik 2 van… nak ambik 1 van paling besar, dia takde van dan bas mini. Jadinya 2 vanlah sebab tak sanggup berhimpit-himpit. 

Sampai pagi-pagi tu tengok semua lengang. Orang tak g kerja pun lagi kiteorg dah sampai Medan. Driver tu pun mcm blur siap tanya ‘kak.. pagi lagi ni. Kita nak kemana?’ aku pun… hahhaha apa lagi, makanlah. Kiteorg lapar sangat2 ni. Dia pun bawak kami makan lontong kat kedai lontong Kak Lin namanya. Lontong sama lebih kurang macam kita cuma, nasinya mcm dibuat dari pulut. Memanglah lemak terlebih-lebih, santan dan pulut. Oklah.  Macam-macam lagi makanan yang dipesan. Ada air yang pelik apa tah nama lupa dah aku.
Orang sibuk keluar bekerja.. kami pun sibuk jugak atas jalanraya tu.

Lontong kak lin...
Ni semua makanan yang kami makan di Lontong Kak Lin
Lepas makan kiteorg ronda-ronda Medan sekejap. Tapi bosan sebabnya banyak kedai tak buka lagi. Satu dua je yang dah buka. Pegi je lah situ. Aku tak beli apa pun. Sbb rasanya macam sama je benda2 yang dijual kat stu dgn kat tempat Indo yang lain. Hahha maklumlah dah byk kali g Indo, tu jadi macam tu. Lepas tu kami makan tengahari di restoran nasi padang di Medan. Lauk penuh meja. Tapi takdelah makan semuanya. 

Lepas tu kami gerak ke Berastagi. Jauh gak perjalanan dari Medan ke Berastagi, 4 jam ada kot. Kena makan dulu di Medan, sebab kata supir dalam peralanan tu agak sukar nak cari kedai makan muslim. Medan ke Toba ni ramai kristian, jadi tak usah pelik tgk babi sana sini. Huhuhu.
Sampai Berastagi dah petang. Sampai2 situ cuaca hujan, sejuk. Dah la kawasan tinggi, hujan pulak. Berganda sejuknya. Kiteorg duduk di hotel green garden. 1 malam Rp410,000 untuk 1 bilik. Besar biliknya. Tak ada air cond, tu pun sejuk banget... ada kolam renang lagi. Tapi, siapa yang nak berenang sejuk2 tu? Hahaha boleh beku wooo. Masuk bilik kejap, solat, mandi, kiteorg gerak ke pasar Berastagi. 

Pasar Berastagi. Haa kat sini kesukaan mak ayah dan adik2 aku. Mana taknya… derang jual buah dgn sayur je. Pergh… menggila semua orang tengok sayur segar2. Tapi tokleh beli, nak masak kat mana kan? Aku nak cadangkan orang Berastagi buat kedai steamboat lah. Fuhh kalau ada steamboat situ… kompem kiteorg beramai2 makan kat situ. Fuhhh sangat2 terliur tengok sayurnya. Buah memang kiteorg beli banyak. Sebab semua hantu buah, kalau shafie ikut lagilah hantu buah paling kuat tu. Puaslah makan buah. Buah pelik2 semua kiteorg rasa. Mak aku pulak benih bunga yang dibelinya.
Tapi kat pasar ni agak kotor. Pergi masa hujan, lecak merata. Pastu tahi kuda plak bersepah2. Aiyooo jalan kena sgt berhati2. Bau taik kuda je. Huishhh sangat tak best. Mmg terlalu kotor jika nak dibandingkan dengan jogja. Jogja juga banyak kuda, tapi taik kudanya ditadah supaya tak bersepah atas jalan. Mungkin sbb jogja penduduknya majority islam, kat sini majoriti bukan islam. Adalah perbezaannya. Budi bahasa pun jauh bezanya. Jadinya saya lebih suka jogja berbanding Medan. Hehehe. 
Ni yang banyak dijual di pasar Berastagi.

Ok sambung kisah Berastagi. Balik dari pasar, kiteorg pegi makan kat warung sebelah hotel. Makan bakso. Sedap pulak bakso kat situ. Dah la duduk bersila atas kitar. Panas-panas baksonya. Mmg sedap, mungkin sebab lapar sangat kot. Kat situ juga kiteorg makan buah2 yang kiteorg beli tadi. Hehehehe.
Gambar2 di Berastagi

Bergambar sebelum keluar dr hotel di Berastagi

Pastu balik hotel, tidur. Sejuk sangatkan. Memang tak sedar dirilah tidur. Penat sebabkan perjalanan yang agak jauh dan berliku-liku. Cewahhh…

Wednesday, October 23, 2013

Buang lemak vs sorok lemak




Bismillah… 

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini. Mesti antara kita ramai yang pernah mengalami perkara sedemikian kan? Aku pun sama. Dulu. Tak tau cara nak buang lemak, sbbnya dah puas bersenam tapi lemak tetap membonjol sana dan sini. Tak juga kurang-kurang lemak yang ada.
 
takut tak tengok badan yang penuh lemak camni?
Jadinya jalan termudah adalah menyorokkan lemak. Paham taka pa makna ‘sorok’? lemak tu tetap ada dalam kuantiti tu, Cuma kita sorok supaya tidak nampak dipandangan kita atau pandangan sendiri. Hehehhe kak… tu menipu namanya. Tak gitu? 

salah satu contoh sorok lemak.
 
ini juga salah satu contoh

Mana lebih elok samada buang atau sorok? Dulu saya tak berjaya buang, jadi jalan penyelesaiannya adalah sorok. Soroklah dengan pakaian2 yang banyak dijual yg hanya utk kita menipu diri kita sendiri. Bukan tipu orang lain, tipu diri kita supaya kita rasa kita dah cukup kurus atau lemak-lemak yang kita ada dah tak ada. Tadaaaaa magic kan? Mcm korset, girdle dan sebagainya. Masa pakai tu mmg nampak kurus, nampak tak ada bonjolan2 lemak. Cuba buka… fuhhhh… lega… sbb pernafasan kita pun lancar, tak ada yg mengikat kita. Tapi… bila tgk tak lemak tu tadi… uwaaaaaa ada sebenarnya lemak aku. Sangat2 mengecewakan sebenarnya masa lepas buka tu tadi. Betul ke betul?  Jawablah dengan jujur pada diri sendiri, tak payah jawab dengan orang. Sebabnya selama ni kita sudah puas menipu diri kita sendiri. Termasuklah aku dulu. 
 
nampak tak bonjolan-bonjolan lemak(digambar kiri)
Belum kira lagi bab siksa nak memakai pakaian-pakaian mcm tu. pernak cuba? ha cubalah pakai. Mana tidaknya badan size XL, pakaian kita kena pakai tu size XS atau S. Macam kita yang tua ni pakai baju anak kita umur 5 tahun. Cuba test pakai, tengok cemana siksa nak menyarungnya. Pastu nak buang air lagi satu kerja untuk bukanya. Saya pernah tgk kawan saya, tiap kali nak buang air, terpaksa buka semua sekali. Pergh... mau berterabur jawabnya. Tu salah satu sebab orang yang pakai pakaian macam tu tak nak minum air, nanti nak kencing susah. 
Kalau ada peluang untuk kita buang lemak-lemak jahat tu tadi, nak juga ke siksa diri dengan pakaian-pakaian yang menyiksa diri sendiri tu? Jawapan saya pasti saya tak mahukannya. Mana tidaknya, sangat siksa tiap kali pakai pakaian macam tu. Mmg nampak kempis je perut tapi, sesak nafas sbbnya pakaian tu tadi mengikat tubuh badan kita dengan kuat. Siksa perut sbbnya dah tak boleh makan dengan kuantiti yg sihat pun. Sikit je kita boleh makan. Tapi ramai yang saya tengok bila pakai pakaian macam tu, makan macam biasa. Tapi lepas makan… haaaaaa buka… terlambak aja. Apa makna semua tu? Bila dah badan/perut terikat ‘kemas’ macam tu, sudah pasti kita tak boleh minum air dengan banyak. Kena ingat kak oittt… untuk buang lemak dari badan kita, kita perlukan air yang banyak. Sekurang-kurangnya setiap 25kg = 1 liter air masak. Dah perut mcm tu punya di ‘ikat’ 1 liter sehari pun belum tentu kita dapat habiskan. Betul tak? Tak percaya? Cuba buat… pastu tgk betul atau betul kata-kata aku ni? Badan berpuluh-puluh kilo, tapi nak minum air sehari 1 gelas saja. Cukup ke air tu nak sampai ke jantung kita, buah pinggang, dan lain-lain tempat lagi kalau setakat 1 gelas je sehari? Utk buang lemak bagi org yang banyak lemak/gemuk lagi perkukan air yang banyak. 2 kali ganda okeh… kalau berat 100kg = 4 liter air masak.  Itu hanya untuk circulation, perjalanan dalam badan sahaja. Tapi kalau akak nak buang lemak… akak kena minum 8liter minimum kak oit… ehh dik… nanti gemuk airlah akak macam tu. Ermm kalau gemuk air, lagi senang kak. Meh kita cucuk je bdn akak dengan jarum, air tu tadi keluarlah mencurah2. Betul tak tak? 


Bila tak cukup minum air mengikut keperluan badan kita baru kita dikira gemuk air, sebabnya air tu tadi tak dapat dibuang dari badan kita. Tak cukup air, cemana badan kita nak buang air? Terpaksalah simpan utk kegunaan organ-organ badan kita. Macam kita lah kalau musim kemarau, air paip takde, hujan pun tak turun. Nak tak kita guna air tu tadi banyak-banyak? Mesti kita berjumat-cermatkan menggunakan air seciput yang kita ada tu? Betul tak? Ha… samalah juga dengan badan kita. Jadi, jgnlah kedekut bagi air kat badan kita. Sian badan kita, nanti badan kita terpaksa berjimat-cermat juga dalam menguruskan perjalanan air dalam badan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang(ni yang sgt ketara berkaitan air), jantung bermasalah, paru-paru bermasalah, kulit kering, lemak makin bertimbun-timbun(sbb bdn tak boleh flush out lemak2 tu tadi) pendek kata macam-macam lagi akan bermasalahlah kalau tak cukup air ni. Jadi, lepas ni nak ke kita kedekut air pada badan kita lagi? Basuh toilet bukan main lagi kita simbah air. Mewah sungguh air masa basuh toilet, basuh lantai rumah kan? Badan kita, organ2 kita tak nak pulak kita bermewah-mewah air. Jangan kedekut kak untuk badan sendiri. Sbb bila dah sakit, kita sendiri yang merana. 
 
kenapa perlu air yang banyak. 25kg = 1liter
Ha kan dah cerita bab air lagi… padahal nak cerita pasal sorok lemak tapi, air gak aku masukkan. Yelah, air dan lemak memang tak boleh dipisahkan. Untuk buang lemak, kena minum air banyak. Kalau nak sorok je lemak tu, takyah la minum air. Tunggu je lah sampai ‘terlambak’ je lemak tu satu hari nanti dan tunggu masalh-masalah organ dalaman. Nau’zulillah. Mintak dijauhkan. 

Dan... kalau nak minum air banyak2 tu pulak, bukan boleh minum air masak semata-mata. Sebabnya, tekak kita memang tak mampu nak telan air kosong semata. Mesti kita rasa kembung, loya dan macam-macam lagilah. Sama gak macam aku dulu. Jadi, ianya menjadi alasan yang paling best untuk aku tak minum air mengikut keperluan badan. Hehehehe.
Tapi dengan Teamix HERBALIFE, aku boleh minum air 4-5 liter sehari. Antara sebabnya rasa sedap(lemon atau peach) dan mindset. Kita lebih mudah habiskan air berwarna dan berperisa dari air tidak berwarna dan tidak berperisa. Betul ke betul?
Tak percaya? Haaa... jom cuba teamix herbalife. Baru tau betul atau betulnya ayat aku ni. 

silalah baca fungsi teamix ni :)

teamix yang yummy

Bukan setakat menjadikan air yang kita minum tu sedap, ia juga meningkatkan metabolisma kita, bakar lemak, anti oksidan yang tinggi, bagi tenaga takdelah lepas2 makan atau petang2 tu macam ular sawa kekenyangan tidur dan mencuci badan kita dari toksin-toksin dan racun-racun yang kita masukkan ke dalam perut kita setiap hari. Jadi, banyaklah air yang mampu kita minum dan air-air tu tadi akan diserap ke dalam badan kita dan menolak keluar kotoran-kotoran yang ada di dalam badan kita selama berpuluh-puluh tahun.
Mana pilihan anda? Buang lemak atau sorok lemak? Minum air banyak atau tak cukup minum air? Pilihan di tangan kita sendiri. Kita yang menentukan hala tuju badan dan kesihatan kita. 

Untuk yang nak buang lemak, boleh sms/whatsapp saya shikin di 019-6691878 atau emel saya di shikien@gmail.com in shaa allah saya akan sedia membantu anda.
Jumpa lagi… babai…

Friday, October 18, 2013

Nurul ajai... opss...tu dulu... sekarang NurulDepp dgn testimoni herbalife.

Bismillah...

Baru2 ni gempar tentang testimoni Nurul(artis) berpantang dengan herbalife. Kami geng2 herbalife tak gempar pun, sbb dah tau dah dia mmg pencinta produk herbalife sejak berkahwin dengan Eric Depp yg merupakan salah seorang President Team herbalife. Wahhh... sangat jeles... berkahwin dgn Pres Team... ermm rezeki dia... :)

Ni gambar nurul masa mengandung di Herbalife Extravaganza di Bangkok

Kami bersama Nurul

ni testimoni nurul selepas melahirkan anak...


Nurul, wife kepada presidents team eric depp lose 6 kg dalam 12 hari berpantang with herbalife nutrition. 10 kg to go.

ni antara artis yang mengamalkan nutrisi herbalife... Raja Farah
Kami bersama Raja Farah


Thursday, October 17, 2013

Migraine… gastrik dan resdung




Bismillah…

Resdung…


Migraine.. gastrik dan resdung… ni antara penyakit yang aku alami bertahun-tahun lamanya. Seingat aku mula2 aku kena resdung. Dari aku sekolah rendah aku dah slalu bersin-bersin. Pantang jumpa habuk, tukar tempat dr panas ke sejuk atau sejuk ke panas aku akan bersin dan terjaga dari tidur. Mmg sgt2 teruk bersin aku. Mulanya buat biasa je. Igtkan taka da apa2. Lama kelamaan makin teruk. Masuk sekolah menengah, lagi teruk resdung aku. Mula peralihan muka aku mula naik jerawat besar besar. Lepas tu belakang badan pun sama. Habis satu badanlah penuh jerawat. Macam-macam aku cuba pakai, tak jalan. Sampaikan makcik2 aku selalu marah. Dia kata aku kuat berangan, tu yg jerawat penuh 1 muka dank at badan sekali. Asyiklah kena marah sbb kuat berangan katanya. Aku pun geram. Bila masa aku berangan pun aku taktau. Dari peralihan sampai ke tingkatan 3 jerawat aku berterusan. Pastu aku pulak jenis gatal tangan, mmg habis aku kutil jerawat2 yang keluar tu. Hasilnya muka bertompok2 dan badan pun penuh kesan2 jerawat yang dah dikutil. Huhuhu kena marah lagi dgn makcik2 aku. Huhhh

Lepas tu masa tingkatan 4, jerawat tu hilang sendiri. Tapi…. Jeng jeng jeng… lain pula yang jadi. Hidung aku dah mula berair 24jam. Lagi2 bila solat subuh. Telekung dan sejadah aku siap basah2 kuyup lagi. Huhu geli… meleleh2 keluar tanpa boleh aku kawal dah macam air paip yang longgar. Terpaksa biarkan. Lagi haru kalau solat berjemaah kat masjid(sekolah aku dulu depan masjid, jadi kiteorg mmg wajib solat berjemaah kat masjid tu) mmg mencurah2 waktu solat tu. Pergh… nenek2 doks ebelah aku mmg lain mcm je pandang aku. Pastu tepi aku ada 1 tuala. Habis je solat… pretttt preeetttt hembus… huhh lega. :D

Lepas tu pulak mulalah mata, hidung, telinga, tekak gatal2. Ermm tak tau nak garu cemana lagi2 kat tekak tu. Rasa macam nak keruk dengan garfu je kasi hilang gatal tu. Aku dah mula tak boleh bernafas guna hidung, dah macam ikan mulut aku ternganga2 bernafas. Hidung macam taka da fungsi. Aku tak boleh bau apa pun. Cuma yg pasti aku akan bersin kalau hidung aku dpt tangkap bau wangi, habuk dan perubahan cuaca tapi aku tak bau pun. Tulah salah satu sebab kenapa aku tak pakai perfume atau wangi-wangian. Aku mmg tak boleh dekat dengan org yg pakai perfume w/pun aku tak bau pun wangi perfume org tu. Hidung aku ada sensor. Pelik kan? Sampai satu tahap, hidung aku berbau busuk. Adik2 aku yang perasan hal ni. Bila derang dekat dgn aku derang kata ada bau busuk, derang pun pelik. Cek punya cek, rupanya bau busuk tu dr hidung aku. Mak aku dah mula bising, dia takut hidung aku rompong. Yelah. Bila dah busuk, maknanya daging2 dlm hidung aku dah matilah kan? Sbb dah membusuk. Aku mula dah takut.
bekam pun aku pernah buat... kat blakang kepala(sbb org tu kata kat situ paling kurang skt) sbbnya utk resdung dan migrain.


Macam2 ubat-ubatan dah aku cuba. Asal ada org kata tempat resdung aku pergi. Yang keluarkan ulat dr mukalah, ada yang asapkan muka keluar hama2 tu. Pergi bekamlah. Ada gak aku pergi yg masukkan ubat air terus ke dalam hidung pun ada. Yang ni tak payah cakap betapa sakitnya, allah saja yang tau. Macam nak gila sakitnya. Tak hingin lagi aku buat. Sapa2 yang ada niat nak buat, tolong jgn buat. Terus tak bernafas bila air pedih tu masuk ke otak. Perghhh menggila pedihnya. Yang aku tak cuba hanya lintah je. Sbb aku seram kot tgk lintah. Dan aku tak jumpa tempat lintah tu, kalau jumpa mau aku buat gak agaknya.

lilin resdung... ni pun aku pernah buat.

ulat resdung... konon2nya... masa aku buat tu makcik tu tadah mangkuk, lagi byk dlm tu halus2. tah ye tah tidak dr hidung aku taktau lah tu.

haa... yang ni lah yang aku kata sakit yang amat tu. mmg siksa ni. tak hingin aku buat lagi.
Pergi klinik biasa sampai direfer ke pakar ENT. Tapi tak larat kena ke seremban. Tu pun ubatnya manjang takde. Lepas tu aku ke pakar ENT pusrawi. Masuk kamera sana, jolok sini, tekan sana sumer ada. Akhirnya doctor pakar kata saraf aku terlalu sensitive dan saraf akan bengkak dengan cepat. Aku dah piker nak suruh dia buang je apa yang patut, biarlah sampai aku takde deria bau pun takpe sbb aku dah tak tahan dgn gatal, berair hidung tu sumer dan yang penting asalkan hidung aku tak rompong. Tapo doctor tu kata tak guna kalau dia buang pun sbbnya tu saraf. Kalau dia buang ini, nanti2 yang itu plak kena. Dan dia tak jamin pun hidung aku akan baik dan aku tak kena resdung lagi. Erkkk… sedih bila dia cakap mcm tu. L doctor hanya nasihatkan aku kawal makan, elakkan makanan yang menyebabkan gatal, makan ubat tapi tang cuaca dan bangun tido dia kata tak boleh nak buat apalah. Ubat yang dia bagi tu cuma mengurangkan je mmg tak boleh baik. Ermm memang takde harapan utk dptkans emula hidung dan deria bau aku jawabnya. Redha je lah. Ubat yg aku dapat biasanya ubat mkn 3 jenis termasuk cuci darah la, tahan alergik la dan 1 ubat spray. Berulang-aliklah aku ke pakar ENT tu tadi yang mana kot ubat-ubatannya makan 2-3 ratus sebulan. Dan lepas 6-7 bln, ubat tu dah macam takde kesan apa kat bdn aku. Pergi lagi jumpa pakar, dia tukar ubat. Katanya saraf aku dah immune dgn ubat tu. Makan tahun jugaklah. Dan doctor tu saran aku g bawa je ubat tu ke farmasi, beli kat farmasi je tak payah berulang bahau-kl(ni pusrawi damansara aku pergi). Dia kesian kot tgk aku kena berulang jumpa dia. 

Gastrik… 


Aku mula kena gastrik masa sekolah rendah, gara2 selalu balik skolah lambat(sbb nak main2 kat payalah, g malangok rumah org sampai petang pastu tak mkn dan macam2 lagi). Tapi masa tu budak2, sakit tak heran sgt. Lepas tu masuk skolah menengah tak kena dah sbb duduk asrama makan tetap. Tapi masa dok asrama aku mula gemok. Sedap sgt kot makan nasi kawah kat asrama tu. Orang lain tak lalu makan dok asrama, aku pulak dtgkan sedap je makan kat asrama w/pun hari2 ikan jaket. Hiks. Hasilnya jd gemok. Sampailah masa diploma. Ni pun duduk asrama di Terengganu 3 tahun, pun makan kat dewan makan asrama. Duit ada ke takde, makan tetap ada, tu yang bestnya. Hasilnya aku gemok dan gemok dan gemok lagi. Hehehhe sampai berat aku masa darjah 6, 20kg je. Masa kat Terengganu berat aku jadi 58kg. pergh… berkat nasi kawah dewan makan. Masa tu aku blom gastrik lagi.

Mula aku kerja di Melaka dari berat aku 58kg, trus tak sampai 1 tahun berat aku turun mendadak jadi 41kg. aku pun pelik. Tapi sukalah. Sbbnya tak payahla diet dan mkn macam2 lagi ubat kurus. Hahah sbbnya aku pernah gak mkn dulu ubat2 kurus ni, sbb dah gemok sgt, nak berjalan pun payah. Sampai roommate aku panggil aku cendawan atau khemah bergerak(sbb gemok… pendek… mcm cendawan yang dlm cerita fantaghiro tu.. apa tajuk tah dah lupa… yang ada nama watak Tarabas hensem tu… aku je yg tambah hensem tu huhuhu) Kejap2 kelengkang melecet, dah la masa blajar takde transport harapkan pokcik van kuning je. Takat nak ke pasor malam mmg jalan kaki je lah. Lagilah melecetnya. Pergh mmg siksa. Toksah tipu aku lah kata gemok tu memnyenangkan dan membahagiakan kalau berjalan baru 200meter melengkang mmg sure melecet punya. Makan plak ubat kurus apa tah namanya anjaib ke apa tah, ha hasilnya cirit berhari2. Tapi teruskan jugak sbb nak kurus punya pasal. Ermm haram… 1 kg pun tak terbuang. Dah la rasa mcm hampeh punya tak sedap… eii yer… tak nak aku minum lagi. Terbayang2 rasanya. 

Masa kat Melaka yang dah tiba2 terkurus tu. Bukan sbb apa. Sbbnya susah giler nak dpt mkn. Sebungkus nasi lemak dr kol 9 pagi – 5 petang baru aku dpt habiskan sebungkus nasi lemak. Mkn sesuap, org dah panggil betul pc, sesuap lagi g angkat pc atau monitor rosak, sesuap lg bos plak panggil lupa password emel dia. Gatal kepala. Semua kerja2 IT aku buat sorang sbbnya akulah bos, akulah kuli kat situ. Redho je lah. Bagus gak. Hasilnya, aku tinggal 41kg je. Best giler rasa. Masa tulah aku melantak tak hingat dunia, sbb mkn byk pun aku tak naik berat. Sampai kwn2 lelaki peril aku tiap kali aku makan katanya “oiii… petir pun reti berentilah” da nada plak bos akan ckp “shikin ni kalau bunga2 atas meja ni boleh dimakan, mmg dia makan semua” ada gak yang kata “ko ni bela antu raya ke apa?”… aduhhh Nampak sgt aku kuat lantak. Tapi aku tak kisah, makan dan terus makan.

Pastu bila dpt kerja sekarang dan aku dah takde housemate, aku mula makan tak tentu masa. Ada geng, aku makan. Takde geng aku berlapar. Mmg masalah aku utk makan sorang2. Akhirnya aku diserang gastrik semula. Bertahun. Aku diamkan je. Akhirnya dah tak tahan sbb aku rasa mcm sesak nafas, bernafas mcm tak dpt oksigen. Aku takut sakit jantung. Pergi klinik kerajaan, 3 kali MA check, sampai kali ke 3, dia pelik tak tau aku skt apa, MA soh aku buat ECG test. Takut jantung aku problem. Keputusan ECG ok, jantung ok, paru2 ok. Check buah pinggang pun ok. MA dah buntu. Tolak aku ke doctor. Jumpa2 doktor, dia bagi aku ubat semput. Makan ubat semput, mcm org Parkinson, menggigil2, lemah lutut, pergi balik jumpa doctor tu. Boleh lak dia tempik aku, dia kata aku mengada2 je, saja nakkan perhatian sdgkan aku tak ssakit. Adoiilah doctor, bongok ke apa? Ihskk… geram. Dia tak bagi aku apa2 ubat pun. Last2 geram g klinik swasta, doctor kata tu symptom awal gastrik. Perut penuh asid akan keluarkan gas, dan gas tu tadi tak keluar dia akan tolak tulang selangka kita sampai menyesak ke jantung. Dan salah satu sbbnya aku suka tido selepas makan. Menyebabkan asid dalam usus tak mengalir dengan betul, jadinya asid tu tadi bertakung di dlm usus. Ermmm tq doctor. Dapatlah aku ubat gastrik, tapi bukan air kapur, ni semua pil. 

Lepas tu. Tabiat makan masih tak betul. Sampai satu tahap masa bulan puasa aku buka puasa, masuk je air dlm perut, terus aku muntah dan muntah dan muntah tak berhenti sampai tengah malam. Sampai lebik2 taktau nak ckp cemana sktnya. Badan dah mula lembik, peluh sejuk dah mencurah2 aku dok rumah srg2. Akhirnya call kwn aku. Mintak tlg dia belikan ubat(sbb ubat dah habis masa ni aku lupa beli). Tgh2 malam terpaksa suami dia yang dtg bawakan ubat utk aku. Tak pasal2 menyusahkan orang. Aku dah macam nak mati dah masa tu. Alhamdulillah dpt je ubat, trus reda muntah aku. Pergi ke klinik bayar, doctor buat ultrasound sbb doctor takut aku kena batu dalam hempedu, bila scan rupanya usus aku dah bengkak. Mean bukan lagi gastrik katanya, ini dah sampai tahap ulser usus. Opsss… ulser usus kalau dibiarkan, ada kuman kena tempat luka boleh bawa kepada kanser usus. Lagi aku takut, sbbnya atok aku kanser paru2, arwah akak atok aku yg sulong kanser usus, akak dia yg no berapa tah kanser usus dan paru2. Sepupu mak aku(anak buah atok aku) pulak kanser usus juga sampai buang 2 kaki usus yang dah kena kanser. Ermm… tercekik sekejap. Patutlah doctor tak bagi lagi aku ubat kapur. Segala ubat yang dia bagi pelik2 dan bila g farmasi, farmacist kata ni ubat ulser usus, bukan gastrik. Ermm… 

Migraine…

Bila dah ada resdung, gastrik yg dah ulser usus, perut dah penuh asid… sakit kepala dengan mudahnya menyerang. Salah makan sikit, migraine. Lambat makan pun migraine.. bukan sikit2 sekali kena. Sampai aku terpaksa telan actifast 4 biji sekali telan. Sbb 2 biji dah tak mendtgkan apa2 kesan kat bdn aku. Actifast mmg sahabat karib aku kalau sakit kepala. Tu tak masuk utk2 lain. Pernah sekali aku beraya rumah sepupu mak aku, aku kena migraine sampai rumah dia petang, aku start skt kepala, muntah2 sampai lembik. Aku terpaksa telan actifast 4 biji dan aku tidur selama 4 jam kat rumah mak sedara aku tu. Akhirnya kol 12 tgh mlm aku baru dpt balik ke rumah. Baik rumah mak sedara sendiri… bayangkan rumah kwn2 atau kenalan? Takkan aku nak tido sampai 4-5 jam kat rumah org? mmg menyiksakan. Bila skt kepala yang teruk tu aku selalu hantuk kepala aku kat dinding atau lantai. Macam lega skt. Tapi masa hantuk tu aku tak rasa apa pun kepala aku. Padahal punya kuat aku hantuk. Sampai mak aku marah. Tapi, dah sakit sangat tu je cara yang kurangkan sikit rasa sakit tu. Sikit  jelah. 

Puasa pun berthn2 aku tak dpt puasa penuh. 5 hari je paling byk aku boleh puasa masa bln puasa. Dah tak tahan, akhirnya aku cari penyelesaian bukan ubat. Aku cuba herbalife, Alhamdulillah ok. Masa tu aku beli lelong je. Taktau rupanya salah beli lelong.. dan hasilnya aku tak dpt apa2 hasil sbbnya beli lelong taka da org coach aku. Cara mkn pun aku belasah je. Tp Alhamdulillah reda gastrik aku. Bila dah rasa ok, mula tak sedar diri. Aku tak sambung dah sbbnya taktau nak sambung beli dgn siapa. Buat taktau je. Lepas 2-3 thn lepas tu, aku kena lagi. Kali ni lebih teruk. Baru aku teringat herbalife.
Alhamdulillah. Aku ambik herbalife masa nak puasa, takut tak boleh puasa lah. Dah berthn tak puasa ni. Byk gile nak kena ganti. Nak ganti pun payah bila perut macam ni. Ambik dengan sepupu aku omar. Ambik terus 35%. Nak mkn byk2 nak murah dan kasi baik btl2 perut aku ni. Alhamdulillah puasa masa tu aku dpt puasa penuh. Perut makin Nampak perubahan. Resdung aku makin pulih. Hidung yg dulu takde deria bau aku dah boleh bau. Dah boleh bernafas guna hidung. Migraine juga dah makin kurang, aku tak bergantung lagi dengan actifast dan ubat2 resdung, gastrik/ulser dan migraine. Aku juga ada masalah kulit sblm ni(juga kena refer pakar kulit) pun makin improve masalah kulit aku. Mmg syukur sangat2. Tak sangka. Hanya utk gastrik/ulser tapi yang lain2 beransur2 berkurangan. Dan paling best %lemak aku yg dulu 36%(berat ideal tapi lemak obese… akulah tu.. kurus tp byk lemak) sekarang dah 27%/26%... visceral fat dulu bacaan 6.5 sekarang dah 2.5-3.0. selulit pun makin pudar(heheh yg ni dulu mmg mcm2 aku cuba… yg sapu.. panas melinjang… sejuk menggigil semua ada… haram selulit aku sama je. Tak boleh nak tunjuk gambar sblm dan selepas… sbb selulit kat tempat2 rahsia hehhehe). 

ni antara kelonsong2 ubat yang aku mkn dulu. banyak lagi yang lain sebenarnya. ni je yang aku belum buang :D


Aku pernah terpikir satu hari nanti… hidung aku akn rompong, mungkin skt kepala aku ni sbb aku ada ketumbuhan kat otak(sbb skt kepala melampau2… mintak dijauhkan), kulit aku teruk 1 badan… sapa;ah yang malang dpt aku ni. Mestilah takde yg nak, sbb menyusahkan aje kawen dgn org berpenyakit mcm aku ni kan? Huk huk… 

Ermm jadi pada siapa2 yang jumpa org herbalife tegur tu, jgn fikir herbalife hanya utk org gemuk nak kuruskan badan je tau. Utk migraine, gastrik/ulser usus dan resdung juga boleh. Jadi jgn lari kalau anda ada masalah2 dia atas dan ditegur oleh orang2 herbalife. Insyaallah ada penyelesaian untuk masalah anda. 

Herbalife bukan ubat kurus, tapi nutrisi selular untuk sel badan kita. Dan ianya utk pengurusan berat badan. Semua dalam 1. Jgn takut ditegur org herbalife sbb anda tak gemuk tapi Cuma ada gastrik, migraine, resdung atau alahan kulit. Jom cuba nutrisi herbalife… boleh SMS/whatsapp shikin 019-6691878.