Thursday, December 5, 2013

Testimoni gempakkk... Abg Supia... luarrr biasa

Atas nama tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Harini aku nak kongsikan testimoni coachee aku yg paling gempak dlm ramai2 coachee aku...
Memperkenalkan Abg Supia...

Dia cari aku hanya sebabkan masalah gout dan tabiat makan yang teruk katanya. Sebelum tu dia dah jumpa pakcik Zulkifly(ayah pada upline aku... pakcik zul ni sebelah rumah dia je...) Abg Supia nak beli herbalife dr pakcik zul... tapi pakcik Zul tau yang wife Abg Supia adalah coachee aku. Jadinya dia bagi khidmat nasihat sikit2 je pada Abg Supia... dan selebihnya dia suruh Abg Supia cari aku untuk aku coach dia... hehehhe Itu kelebihan Coach Herbalife.

Jadinya Abg Supia cari aku. Alhamdulillah, dia sangat mudah diajar dan sgt2 bersemangat untuk berubah. Memang sangat berdisiplin dalam mengamalkan cara hidup sihat.
Dalam masa sebulan dia berjaya hilangkan 5.9kg, %fat sebanyak 2.3% dan visceral fat dari 14 ke 12, gout dah tak ada lagi dan tabiat pemakanan tak sihat(makan banyak w/pun tengah malam) telah berjaya diubah kepada pemakanan dan 'snacking' sihat. Baju dari size XL kepada M dan seluar dari size 36 kepada size 29.
Tahniah... Tahniah...

Sebelum dan selepas

Berminat untuk ubah kesihatan, turun berat badan, pemakanan sihat? Pm/sms saya 019-6691878
Saya sedia membantu anda.

Sunday, December 1, 2013

Fitclub

Atas nama tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Harini aku nak cerita tentang pengalaman pertama ber'fitclub'. Atau fitclub masa 500class di nutrihouse. Huhuhuhuhu. Tengok status maryam kat fb dia. Terus rasa teruja... sbb nak bersenam... Hiks...

Cikgu Hsien yang akan ajar...

Sampai sabtu tu, aku tak pakai pun baju sukan, sbbnya lepas tu nak terus g follow up coachee di PD, K. Sg Baru dan melaka. pakai baju T dan jeans je.

Masa fitclub tu. baik tak ramai. hehehe best la bila tak ramai. Boleh lompat-lompat, boleh jarak2. Ruang agak luas. Hsien ambik masa dlm 1 jam lebih je. tapi peluh mencurah-curah keluar. Memang seronok. Maklumlah aku dah lama tak bersenam ni. Sebelum bersenam, dah minum teamix banyak2. Pastu air letak dekat2 je sbb Hsien dan bgtau kalau rasa tak larat, minum air.

Gerakan agak mudah, dan aku boleh ikut dan rasa tak pancit. Mungkin sbb dah lama minum teamix dan NW. kalau dulu, mmg pancitlah, kejap je senaman aku dah nak pitam. Haritu sejam lebih masih ok. Cuma masalah pinggang aku je blom ok nampaknya. Tak tau kenapa mmg dr kecik kalau aku berlari ke sersenam yang agak ada terlompat2 atau terloncat2 pinggang aku akan mudah rasa sakit. Cuma kali ni agak berbeza sbb sakitnya tak seteruk selalu w/pun kadar aku melompat lebih dari sebelum2 ni. boleh hilang rasanya sakit pinggang tu. Cuma ambik masa agaknya. Macam pitam gak la. :)

Ni antara gambar2 masa ber fitclub
Dah habis 500class.. tetap nak bergambar. Aku je la yang bukan dr organisasi maryam kat NH ni rasanya... hiks...
Selesai fitclub, rehat kejap. Peluh mencurah2. punyalah busuk. Bawa baju, tapi tak ingat langsung nak tukar. Lepas rehat Hsien sambung pulak dgn 500class. Memang banyak yang blajar dr Hsien antaranya xtvt2 yang fun and magical yang boleh kita buat di club supaya orang ramai lebih aktif dan alert dengan habit makan yang sihat. Pandai Hsien, aku pun tertarik dengan idea2 dia.

Lepas 500class, tgk Hsien takde apa2 xtvt, aku dgn Ita g menuntut lagi dgn dia. banyak lagi yang di cungkil dari kami dan banyak lagi idea yang dicurahkan tanpa kira bangsa dan agama. TQ Hsien.

Lepas tu aku terus ke PD, follow up coachee. Masa salam mak dia, baik mak dia tak peluk aku. Dengan bau busuk tu nak peluk. huhhh baik sempat elak. hehehhe Sorry makcik, saya busuk sangat haritu.

Dari PD ke melaka plak antar formula 1 untuk ina yang baru nak mulakan shake waktu sarapan pagi dan seterusnya tidur di rumah adik aku di ayer keroh.

Macam tulah rutin aku hujung minggu. Belajar belajar dan belajar lagi.
Jom belajar. :)

Thursday, November 14, 2013

Trip ke Medan - Part 4



Hari ke empat

Lepas sarapan, jalan2 sekitar situ. Sebab harini supir lambat skt akibat keletihan. Kesian gak.
Pastu supir bawak g muzium apa tah namanya. Kat muzium tu je dah berapa jam duduk kiteorg ni. Mmg best dengar cerita kat muzium tu. Ada gak kaitan raja tu dgn raja2 di Malaysia. Isk banyak aku dah lupa. Hahah bukan masuk pekse kan? Tu pasalnya. Takde catit apa pun. Hehehhe. Yang aku igt raja tu dulu askar pastu dah mati. Sekarang anak dia je yang ada. Anak dia duduk dgn mak dia kat mana tah. Kecik lagi raja tu. Sampais ekarang raja kecik tu masih kerap datang ke istana tu. Ada org duduk rupanya istana tu. Biasalah Indo, istana dia org boleh keluar masuk tgk mcm muzium. 
Nilah rupa muzium @ istana kat medan tu. Lupa nama sorry.

Dalam tu ada penjaga istana yg akan willing bercerita kat kita. Tapi lepas tu bagilah sikit bayaran. Dia tak mintak pun tapi kiteorg bagi. Adalah rezeki untuk dia kan.
Dalam istana ni banyak gambar2 raja lama yang semuanya boleh dikatakan ada kaitan dgn raja2 di malaysia. Tak ingat dah aku nama2 raja yang disebut dan kaitan dengan raja2 kat malaysia ni.
Dalam ni ada ruang yang boleh kita masuk, ada yang tak boleh. Sbbnya kawasan2 yang tak boleh masuk tu ada penghuni. Buat masa ni, raja yang ada tu tak duduk sini. Kecik je rajanya, berapa tahun tah. Sbbkan ayahnya (raja sebelum ni) meninggal muda, jadi anak sulung dia yang gantikan tempat dia. tapi bukan sepenuhnya dan anaknya tu duduk di kg sebelah ibu dia. kat mana tah. Lupa. hehehhe semuanya lupa kan?
Tangga nak naik istana tu

Ni lah dia pakcik yang jadi tukang cerita tu.

Ni gambar kami kat dalam istana...






Ni lah raja sekarang... comel kan?
 Kat atas ni semua gambar2 raja yang ada dlm tu... dan hampir semua ada kaitan dengan raja kat Malaysia ni. 

Lepas g istana muzium tu, kiteorg makan. Hahaha makan kat gerai tepi istana tu je. Duduk bawah pokok ceri. Best betul. Makan dengan orang2 tempatan. Pelik je derang tengok tapi, kiteorg buat taktau je. Pakcik warung tu cakap mcm org Malaysia. Rupanya 12 tahun dok Malaysia dulu. Hehehhe teruja tgk org Malaysia makan kat warung dia.
Nak jugak posing... huhuhu

Ni dari depan istana tu...

Ni balai apa tah... lupa aku.. tak masuk pun...
Sempat shopping barang kayu ni... kat jogja bende2 mcm ni lagi murah... tp oklah sini dr malaysia kan?

Ni warong Pak Darwis... bawah pokok ceri tepi istana tu.

Tengok tu... licin... :P

Pastu gerak ke pasar. Apa nama pasar tu pun taktau.  Dia bagi masa kat pasar 2 jam. Kononnya tak cukup, dia bagi 4-5 jam. Ha apa, sekejap je dah call supir tu semula. Tak tahan dok pasar lama2. Semak dgn peminta sedekah yang sampai tahap tarik2 baju kita. Uwaaaaa… sangat tidak aman nak shopping kat situ. Aku cuma dapat cari 1 cadar cotton, baju anak buah sorang sepasang, baju mak dgn ayah tu aje. Selebihnya dah sakit kepala dgn budak2 peminta sedekah tu. Huhuhu.

Muka dah mula pening sbb kena ikut dgn peminta sedekah...

Dalam pasar ni... agak sempit dan panaas...

Ni gara2 nak cari baju utk Iqram... cantik baju2 sini

Ni beli cadar cotton.. haaaa cadar mmg sgt murah kat sini.

Ni muka dah letih lari dr peminta sedekah...

akhirnya... beli buah... kuih... dok lepak tepi kaki lima ni... takde mood shopping


Dah nak malam, pak supir terus hantar ke airport. Fligh jam 10 malam. Ha ambik kau. Punyalah lapar perut nak tunggu makanan dalam flight. Baik dah order awal2. Takde lah lambat atau makanan habis. Huhh lega.
Ni lah Wondo dan Opie pak supir...

Muka suka dah nak balik...

group kak lin
 Erm... masa sampai tu... berenti tepi airport tu dgn brg2.. pastu adik aku Naimah sambil2 kemas beg dia.. pastu ada beberapa kertas yang dia campak ke dlm tong sampah kat sebelah dia...
Bila masa masuk... nak cop passport.. borang masuk Indonesia blh takde plak dia punya... apa lagi.. huru hara... org imigresen tu plak blh senyum2.. ckp kalau takde borang tu... tunggu la sini... sambil senyum2... aikk? taktau serius ke apa tu.. last2 tanya dia btl2 kalau borang tu takde cemana? dia kata.. kena g balai polis... tanya mana balai polis? jauhhhh bangat katanya... pun sambil gelak2 lagi... ehh ni dah lain macam... hampeh.. last2 adik aku rasa mcm dia terbuang kertas tu td kat airport... pergi gak selongkar tong sampah tu... dgn harapan takde org angkat sampah td tu lagi... selongkar punya selongkar... alhamdulillah jumpa... masa bawa blk le imigresen... berjaya cop passport.. tp pekerja imigresen tu ckp... takde duit kopi ke nak bagi? hahah dia silap cakap... g cakap kat ayah aku... manalah ayah aku paham bab2 tu... ayah aku buat bodo je terus jalan... hiks...

lepas tu dia mitak kat laki kak ina plak... adoi aii.. org lg dah abis duit.... lg ko mintak duit... agaknya kalau tak jmp kertas tu... berapa ratus ribu tah dia mintak... ces... hampeh btl... ada je cara dia nak mintak rasuah...
Ada cerita disebalik gambar ni... hehehhe

Bersapau di tengah2 airport ni... dah penat.. lapar semua ada...


Sampai LCCT jam 12 tengah malam. Punyalah mengantuk. Tapi terpaksa drive juga sampai ke palong. Penat yang amat. 

Sekian…Inilah cacatan perjalanan aku ke Medan dengan adik2 bawa mak ayah aku. Takde apa yang menarik sangat. :( 

Jumpa lagi di trip akan datang... hehhehe Tak taulah kemana? Belum ada apa2 perancangan lagi. I'allah ke bali next week... Yeahhh Herbalife vacation. Tu sebabnya takde mood nak plan g mana2 bawak mak ayah masa AA promo tiket murah haritu. Jumpa di Bali... I'allah.

Wednesday, November 13, 2013

Trip ke Medan - Part 3



Hari ketiga

Bangun pagi tu kena siap2 lagi untuk check out sebab dari situ nak ke Pulau Samosir dan seterusnya ke Medan pula. Memang kena awallah takut terlepas feri ke Samosir. Kalau terlepas jam 8 pagi tu, kena tunggu lagi lambat. Masuk lambat, keluar pun akan lambat dan seterusnya akan lambat sampai Medan kata pak supir. Cepat2 kiteorg mkn dan bergambar. Kat hotel ni pemandangan sangat cantik. Puaslah bergambar kat sini. Hotel ni duduknya btl2 dihujung tasik. Tempat makan pula katas bukit lagi tinggi dr bilik kami duduk. Memang nampak lagi cantik pemandangan dari tempat makan. Sarapan pagi kat sini cuma sepinggan nasi goreng. Tak boleh tambah2 ye. Baik ada shake. Lepas sarapan, shake pula utk cover ke Pulau Samosir tu nnt. Mesti kelaparan sbbnya susah nak cari tempat makan. Huhuhu 

Sampai jeti feri ke Samosir, ada org jual buah salak. Apalagi, belilah. Takut kelaparan nnt kat sana. Tau je lah mmg suku kaum batak je kan kat situ. Dan majority bukan muslim. 
Menunggu feri ke Pulau Samosir

Sampai ke Samosir, kiteorg ke muzium kaum batak. Erm mmg agak menyeramkan cerita yang di ceritakan kat situ. Tgk rumah derang, dengar cerita2 lama dan adat2 lama yang derang pakai. Mmg keje penggal kepala je, lepas tu makan. Patut org akan kata batak makan orang. Memang macam tu rupanya. Tapi, dululah. Sekarang tak lagi. Dah ada undang-undang suka2 je nak makan orang. Mana boleh kan? Hehehhe. 
Belum masuk pulau lagi ni... hehehhe
Ni kat Kg Batak tu.

Tukang cerita bercerita. Berapa tah kiteorg bayar dia... tak igt dah...

Ni dlm rumah derang... ala keciknya... duduk sampai 6 keluarga blh muat. aiyark...

HORAS... kira bagi salamlah ni...

Ermmm khusyuk masing2 mendengar...

Nilah dia rumah asli batak... punyalah kecikkan?

Ni plak sesi mendengar cerita tang hukuman pancung plak... nak pitam aku dengau... ni tempat ketua2 batak mesyuarat.

Ni lah dia batu tempat jlnkan hukuman pancung... sebelum pancung.. kasi kelar2 dulu 1 bdn. pastu perah plak limau nipis 1 badan.. ha ambik... mcm nak masak plak... semata2 nak pastikan ilmu hitam derang dah hilang.

Ni lah cara org nak kena pancung tu baring atas batu tu... ermmm
Pastu pancung... dah pancung.. biar plak situ.. ambik organ2 dlm... perah limau lg.. pastu makan... eii yer... nak muntah acik donga ehhh... ngeri2... blh pitam aku...
Mancung idong patung tu...

Habis kat Kg ni.. kami di bawa pusing2 area pulau Samosir. Cantik pulau ni. Mat saleh mmg suka dok sini. Kemana2 derang jln kaki atau berbasikal lalu kampung2. Tapi kita ni taktaulah sesuai ke tak dok sana. Sbbnya lagi ssh rasanya nak cari makan kat dlm pulau ni. nampak 1-2 kedai je. Tanya supir, dia pun tak berani. hahahaha adoi aiii... lapau dibuatnya. Nak kena sampai Parapat juga baru blh dpt nasi. uwaaaa...

Ni antara gambar2 pemandangan yang sempat kiteorg ambil kat dlm pulau tu. :)





Lepas habis situ, terus gerak ke jeti feri. Nak ke Parapat semula. Makan di Parapat. Ermm gastrik aku kejap. Tu yang nampak je org jual buah aku beli, lapar. Kol 3 petang baru dpt makan nasi.
Dari Parapat ke Medan tak melalui jalan pergi haritu. Jalan lain pulak. Tak nampak tasik. Ni semua darat je. Boleh tahan gak lama masa perjalanannya dan lori besar2 sangatlah banyaknya. Pastu driver2 Medan ni semua berani mati punya. Lori depan mata boleh lagi dia memotong. Terjerit2 kiteorg yang tak biasa dengan situasi tu. Huhhh sakit jantung. Lampu isyarat merah pun dia jalan. Bila ditanya. Lampu isyarat kat Medan kalau merah tu jalan. Pergh… seram aku… baik tak mati katak kena langgau.

Kat bawah ni semua gambar2 sesi mengabiskan duit... shoppinglahhh apa lagi... tapi.. kat sinilah yang paling murah kalau nak dibandingkan tempat lain... 



Duit dah abis... huhuhu

Sampai Medan dah malam. Check in hotel, mandi, solat pastu g cari makan. Hajat hati nak cari spa tapi, dah malam sgt dan dah penat. Spa atas katil je la. Esok pagi2 nak ronda Medan plak.

Dah malam... kelaparan lagi... baik sebelah hotel ada food court... driver dah tamat waktu bekerja... dah penat... balik rumah terusss