Tuesday, February 25, 2014

Panduan Kuruskan Badan Dari Dr. Hamid Arshat

Bismillah...

Aku terbaca blog dr Hamid Arshat pakar sakit puan. Sebelum ni bila org tanya bagaimana dia nak kuruskan badan tanpa ambik Herbalife kat aku. Aku tak tau nak jwb apa. Sbbnya dulu aku ikut gak tips2 mcm dr ni bagi tapi, hasilnya hampa. Nak turunkan sikit je pun dan nak trnkan 2-3kg tu hanya sbb badan dah rasa tak sedap, banyak penyakit dan macam2 hal lagi. Tapi haram 500g pun tak turun. huhuhu

OK.. Meh kita baca apa kata Dr. Hamid Arshat :

Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ketahap asal atau melebihinya. 

Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan waktu sarapan pagi , perlu diingat ubat2 saperti adipex hanya bolih diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Disamping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk. Saya huga tekankan tentang exercuse, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.

Tengok, Dr pun kata 90% gagal turunkan berat badan. Sebab apa? sbb asasnya adalah kawalan pemakanan. 

Kalau turun pun sikit je, lepas tu naik balik ke asal atau lebih lagi. Sebab apa? 
1. Sbb tak kawal makan. Atau x gantikan cara pemakanan tak sihat kepada pemakanan sihat.

2. Tak jadikan pemakanan sihat tu sebagai habit. Bila dah jadi habit, kita dah biasa, dah lali. 

 3. Bila tak tukar/ganti corak pemakanan kita, kita akn balik kepada pemakanan asal. Sbb tika tak ganti sebaliknya kita buang pemakanan tak sihat kita kepada x makan langsung akibatnya bila dah tak tahan kita akan balik kepada asal atau lebih lagi. Dalam ertikata balas dendam. Haritu sebulan tak makan nasi, jadi qada balik nasi sebulan haritu dlm masa seminggu je. Heheheh

4. Nak kawal selera makan tak boleh bergantung dengan ubat. Nampakkan Dr tekankan kalau ambik ubat pun tak boleh lama. 

kawal makan... kawal makan... kawal makan... selebihnya senaman... 

Cuba amalkan panduan2 ini.

1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang. - kita biasa nak cepat, kunyah hempap2 je.. kadang2 10 minit dah siap mkn.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan. - bila tidur lambat, pasti perut lapar punya. Tak caya cuba buat. Tu yang jadi kol 12 pun boleh keluar g makan nasi lemak la, nasi gorenglah. pastu tido... memang bestlah perut tu.. huhuhu

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan . - sayur? perghh ni org malaysia paling tak suka aku rasa. nak masak 1 sayur pun siksa, inikan pula 3 jenis sayur. Kalau aku takde hal, mmg fav sayur. Cuba tgk org2 yang tak mkn sayur dgn yg byk makan sayur dan buah. Bandingkan sendiri saiz badan meraka.

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup. - sayur lagi kata Dr. Ermmm...

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice. - gula, gandum semua ni berkalori. Setiap berkalori akan menyebabkan berat badan kita bertambah kalau kita tak gunakan kalori tu.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets. - Haaa... ni yang paling bestkan? Cuba kira berapa banyak kali kita mkn fast food dlm sebulan? fast food tau makanan yang dimasak 2 kali mempunyai kandungan lemak tepu, gula dan garam yang lebih tinggi yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan. - sekali lagi... gula. Cuba tgk berapa byk kandungan gula di dalam minuman soda.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.- yang ni aku jamin tak ramai org suka. Lagi2 teh ni mnm tanpa gula. Heheheh cubalah teh boleh tingkatkan metabolisma bdn. Tapi aku cuma guna Teamix, bertenaga, tak mengantuk tiap kali lepas mkn.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja. - yang ni aku tak buat. sbb sehari makan sekali je(tengahari) kat opis. Mlm just buah dan shake je.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang. - Boleh cuba ni.

11.  Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan. - Cubalah. Tebiat aku mmg x suka mengunyah kalau depan tv. Aku pun jrg tgk TV.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. - Cuba praktikkan ni. Aku dah tengok masa aku g Beijing dulu. Cinakan pakai pinggan kecik, x tau berapa inci. Yang lelaki bising, mana cukup katanya. Last2 satu pinggan je pun dah tersandar.. ehheheh Mindset je tu.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan. - Aku mmg biasa ni. rasanya ramai perempuan akan buat mcm ni.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret. - waktu tgh lapar tu letak apa je pun akan disental bersih. Betul tak? Jadi kena pandai2lah back up. Supaya tak nampak mcm keburulan dan semua benda kita bedal.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. - Ia juga bagus utk kardio kita. kalau aku rajin aku akan naik-turun tangga rumah aku (4 tingkat) 6-10 kali turun naik. Mmg org akan nampak aku mcm gila la. Tapi tu je senaman yg aku rasa mencabar dan tak bosan berbanding aku skipping dlm rumah.


Ok selain dari tu. kalau ada sapa2 yang nak cepat trn berat badan. Meh pm/wasap aku. SHIKIN 019-6691878 
Aku cuba bantu dengan nutrisi. Setiap org punya keputusan yang berbeza. Macam aku turun 4kg lemak dlm 1 bln. Itu pun makan bukan sbb nak kurus, tapi sbb ulser usus. Alhamdulillah hampir semua masalah kesihatan makin berkurang. Baru aku nampak betapa pentingnya NUTRISI untuk badan. 

Babai...  

No comments:

Post a Comment