Saturday, November 24, 2012

Herbalife



Assalamualaikum
Kenapa topik kali ni HERBALIFE?

Sebabnya post yang sebelum ni ada kaitan dengan herbalife. Disebabkan herbalife la aku merasakan kehidupan aku lebih ceria, lebih bermakna dan lebih positif.

Asalnya aku hanya makan herbalife utk masalah gastrik aku.
Gastrik yang melampau, sampai tahap dah kena ulser. Usus bengkak disebabkan dah luka dan asid terlalu banyak di dalam usus menyebabkan usus aku bocor. Huhhh lagila aku pandang hidup ni sangat2 tak indah. Sebelum tu pun dah rasa tak indah, bila dah sakit lagila tak indah. Huhuhu
Ubat yang perlu aku makan dlm 5-7 hari menelan belanja RM70-90. Tapi macam sama je. Aku makan perlu kerap, 2 jam sekali perlu makan. Sbbnya apa yang aku mkn tu mcm kejap je leburnya dlm perut aku. Sampaikan lepas makan sejam, aku dah kena makan lagi. Lama-kelamaan makan ke tak makan ke perut aku tetap pedih(pedih ulu hati). Mmg sangat menyiksakan. Tak boleh salah makan langsung. Bila kena mmg aku muntah-muntah sampai lembik.

Bila dah mcm tu, aku terus terfikirkan herbalife. Sbb aku pernah makan 2 thn yg sudah. Tapi sbbkan nak murah aku cari kat ebay. Aku makan kejap. Ok.. pastu aku cari balik org yg jual tu aku tak jumpa. Rasa mcm perut dah ok, aku pun berhenti. Hehehhe akhirnya, 2 tahun kemudian, dia menyerang dgn lebih dasyat lagi. Sangat2 menyiksakan.

Akhirnya dapat tahu sepupu aku ada buat bisnes herbalife ni. Dalam kol 11 malam aku call dia kata nak jumpa dia sbb herbalife. Dia sampai dekat kol 1 pagi kat McD sunway. Masa tu aku terus kata aku nak mkn murah sbb aku btl2 nak baikkan perut aku yg dah bocor. Terus aku beli rm2500. Dan sebanyak tu la aku makan, makan dan makan. 

Alhamdulillah. Selepas 2 minggu aku ambik herbalife, bln puasa pun menjelma. Akhirnya aku boleh berpuasa selepas 2 tahun tak dapat berpuasa penuh. Dan aku berpuasa hanya dgn herbalife. Sahur herbalife, buka pun herbalife dan lepas tu baru mkn sedikit nasi. Alhamdulillah tak pedih perut dan tak alami apa2 masalah sepanjang bulan puasa. 

TQ allah.

Mula la episod gembira di dalm hidup aku. Selepas aku jumpa herbalife. Alhamdulillah…

Kenapa "Beautiful life" ?

Assalamualaikum

Ni dah datang idea nak menulis.
Kenapa tajuk beautiful life? Hehehhe

Hidup ini memang indah sebenarnya. Antara nampak dengan tidak je sbnrnya.

Bukan nak  cerita pasal orang lain. Ni cerita pasal diri aku sendiri. (aku je la kan? Takyah la formal sgt2)

Sebelum ni, dari pandangan mata aku ni, hidup tak semestinya indah. Ada saja disekeliling aku cerita2 tentang kehidupan yang pedih, perit, sedih, hambar dan segala macam la yang tak best. Akibatnya aku merasakan yang hidup aku pun macam tu. Selama 30thn lebih hidup, itula yang aku rasanyakan. Akibatnya, aku muda2 lagi dah mcm org tua. Muka datangkan masam mencuka. Tak reti nak senyum. Sbb gara-gara merasakan kehidupan ni tak menarik, tak best.

Ermmm siannya.

Dah terlambat baru aku tersedar bahawa hidup kita indah dan kita sendiri yang menjadikan hidup kita indah atau pun tidak. Baik juga aku tersedar. Bayangkan kalau tak sedar. Tua esok lagila aku jd nenek kebayan agaknya. Tak reti nak senyum dr muda. Huhuhu

Bila aku dah mula sedar yang hidup ini indah, aku mula belajar tersenyum pada diri sendiri. Tersenyum pada dunia, pada kehidupan aku sendiri dan senyum pada orang lain. Baru aku merasakan yang kehidupan aku indah, orang2 di sekeliling aku indah dan semuanya indah belaka.

Apa akan rasa apa yang kita rasakan. Em… boleh tak cakap macam tu?  
Itu la yang aku rasakan. Betul rasanya. Sapa setuju angkat mouse.. hiks.

Okla. Setakat ni dulu coretan tentang tajuk post aku kali ni. Sbbnya anak buah kat sebelah ni dah tidur kat peha aku disamping laptop. Cmana nak menaip daaaa…

Ok babai… jumpa lagi insyaallah.



welcome....

assalamualaikum...

huhuhu
rasa nak create blog.. terus create... pastu taktau tulis apa... nak mula dari mana.
haishhh... teruk betul...

sambil dok fikirkan apa yang nak dilutis dalam entry pertama ni...
sambil tu anak buah dok pot pet pot pet kat sebelah telinga menceritakan pasal kwn2 dia.
pening gak kepala. kita tgh berfikir... dia pulak membebel2...

idea idea idea... selalunya masa tgh drive la idea dtg mencurah2 nak menulis.
tp tengah drive. cemana nak menuliskan? sgt bahaya huhu

ok setakat ni je la dulu buat masa ni. nnt tulis lg :)