Friday, July 12, 2013

Selamat berpuasa

Assalamualaikum

Agak belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sebab ni dah hari ke 3 kita berpuasa.

Selamat berpuasa dan menjalini ibadah puasa dan ibadah lain di bulan ramadhan yang mulia ini.

Alhamdulillah. Bertemu kembali dengan Ramadhan. 
Ini merupakan Ramadhan kedua saya bersama nutrisi hebat HERBALIFE. Sebelum ini, tanpa herbalife agak kritikal puasa saya, hanya mampu berpuasa beberapa hari sahaja akibat gastrik melampau yang dah sampai tahap ulser colon. :(.
Sejak tahun lepas, alhamdulillah usus saya beransur-ansur pulih... alhamdulillah. 

Dengan tema 
SIHAT BERIBADAH DIBULAN PUASA, 
LANGSING BERGAYA DIHARI RAYA 

Selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan... jom mulakan ramadhan tahun ni dengan nutrisi herbalife :)


Thursday, July 11, 2013

Coretan extravaganza bangkok 2013 dengan keretapi part 6



Assalamualaikum

Sampai Hatyai dalam jam 12 tengahari. Ramai geng2 herbalife masa tu yg dr train yang sama kami. Ingatkan gerabak kami tu je. Rupanya dalam gerabak lain pun penuh geng2 herbalife. Meriah…

Turun2 je train, terus cari tiket untuk ke kl. Hajatnya nak naik bas je, lebih cepat dan lebih murah dgrnya. Bila tanya bas yang ada pejabat depan tu, tiket ke kl 1200baht. Lbh kurang 120rm. Mak aih. Duit pun tak cukp ni semahal tu. Lepas tu bas malam nanti la pulak. Tanya ketapi, direct ke kl sudah habis. Petang nnt perjalanannya. Kalau ikutkan duit yang ada pada kami, mmg tak lepas nak balik. Harap nak seberang Malaysia saja untuk keluarkan duit dr ATM. Tulah, lain kali toksah la bawa duit spare lagi :D. pengajaran di situ.
Tambang bas tak lepas, tambang ketapi ke kl pun tak lepas. Akhirnya minah siam kat kaunter tu bgtau, boleh ke padang besar, tapi derang tak juat sit. Derang jual tiket je. Terpinga2 jap la aku. Cermana tu? Jual tiket tapi tak jual seat. Derang tak boleh jual seat. Dan derang hanya blh jual tiket sampai pdg besar saja. Erkk. Tak kisahlah.. janji sampai Malaysia. Dr dok kat siam tu, lagi apa pun tak boleh.
Ni maa tengah bincang pasal tiket dan duit yang ada. huhuhu

 Nak beli tiket ke pdg besar tu pun kiteorg kumpul duit ramai2 seramai 10 orang ada mcm tu. Hahah lawakkan. Punyalah taka da duit masing2 masa tu. Sapa ada duit lebih keluarkan aje, asalkan 10 kami ni dapat sampai Malaysia. Sangat2 terharu, padahal ada yang tak kenal pun tu. Belilah tiket ke padang besar. Sorang dlm rm5 lbh kalau tak silap. Lupa sudah, lama sgt baru nak tulis entry ni :D.
Ni si Siti menunjukkan tiket ke Padang Besar. 1 keping kertas kuning utk 5 org punya tiket okey. jimat kertas.


Lepas tu tong-tong lagi duit saki baki yang ada utk beli nasi. Heheheh dpt la jugak sorang sebungkus nasi. Sedih btl keadaan masa tu. Itulah nasib di perantauan. Ceewahh.


makan timeeeeee

hehehe dah makan.. apalagi.. tido la... sambil jaga beg kononnya

samakan kami dgn pakcik tu. :D


Lepas tu bersapaulah kami di stesen ketapi hatyai tu. Yang mana ada saki baki duit baht tu, pergi ke pasar habiskan baht. Aku pulak, sbb duit dah habis, duduk je tunggu beg derang kat stesen ketapi  tu. Siap tido baring lagi tgh2 tu. Memang muka tak malu. Bau busuk kat stesen ketapi tu pun aku rasa aku dah lali. Heheh. Kalau kat Malaysia jgn haraplah aku buat mcm tu. Hehehhe. Tapi kat Hatyai, lantak la. Org Hatyai bukan kenal aku pun. Dengan busuk2 tu aku tido dengan nyenyaknya kat atas lantai stesen ketapi tu. Sedar2 siap ada anjing lalu tepi aku tido. Aiyo. Janji anjing tu tak duduk sama2 sudah. Lepas tu ada pulak rombongan budak sekolah seramai-ramai sampai nak naik ketapi. Hebat cikgu dia bawa rombongan bdk skolah naik ketapi. Dan budak2 tu pun duduk sama-sama dengan kiteorg. 
ni muka2 yang ke pasar.

makanan je dibelinya... sbb laparkan... heheheh




Balik je derang dari pasar dalam jam 3ptg. Kami bergilir-gilir g mandi san siap2 untuk naik ketapi ke padang besar. Dalam jam 4 ptg ketapi KTMB sampai. Masuk2 dalam gerabaklah baru kami tahu apa maksud minah yang jaga kaunter tu. Dia hanya boleh jual tiket tapi bukan seat. Maknanya blh naik ketapi, duduklah mana nak duduk pun, tapi kalau seat penuh, kenalah berdiri. Ooo itu maksudnya. Heheheh takpe lah, janji sampai Malaysia.
yang baju pink tu la budak2  rombongan skolah naik ketapi.

ni je gambar dgn kaka shafiq dari indonesia tadi berlatar belakangkan budak skolah pakai baju pink


Sampai padang besar, cop paspot dan cek beg. Masa tu jugak kiteorg berlari ke kaunter tiket tanya tiket ke KL. Kaunter dah nak tutup dah masa tu. Tiket ke Kl ada byk lagi. Utk seat biasa RM22 sorang. Utk yg ke ipoh RM44 sorang. Taktau apa bezanya. Hehe takpe, janji dpt blk. Cepat2 kutip duit RM yang ada, supaya semua dapat sampai KL. Alhamdulillah abg kaunter tu layan kami padahal dia dah tutup kaunter dah pun.
ni la rupa dlm ketapi. samajekan sbb ketapi malaysia pun


ini kalau bab posing... bagi kat dia.. heheh

apa yang dimenungkan tah... 

yeaaayyy dah sampai padang besar... 


Ni baru pertama kali aku naik ketapi jauh hanya duduk kat seat. Ha ambik, punya sakit badan sbb duduk berbelas2 jam. Dari jam 6.30 dr padang besar, sampai kl dlm jam 6 pagi. Macam2 gaya duduk ada. Tak boleh lelap pastu ketapi plak sgt2 sejuk. Mmg tak tahan sejuknya.




ni antara gambar2 terakhir dlm ketapi... dah nak sampai, tukang ambik gambar pun dah malas nak ambik gambar.


6 pagi… berakhirlah siksaan yang kami alami. Skt badan, tak boleh lelap, sejuk yang amat. Alhamdulillah. Sampai KL juga akhirnya. Dr KL sentral, naik Komuter ke serdang, dan ambik kereta kat situ. Trus gerak balik ke bahau. Dlm perjalanan tu dptlah singgah makan. Mmg terasa syukur sgt2 sbb dpt makanan halal masa tu. Nak nangis pun ada sbb kelaparan duduk Bangkok. Hahaha lawak lawak…

Lepas tu kami ke NZ buat post meeting dgn omar dan dali... dan dpt rasa shake cream & cookies... hhh mmg sangat2 sedap. lepas ni kena bawak F1 byk2 utk dptkan cream & cookies dr negara lain. 


ni muka tak mandi pagi g post meeting... hahah nasib la omar... canister tu adalah canister cream & cookies yang omar dah bogelkan. sbb takut kena bedal dgn orang lain la tu. heheheh 


Inilah coretan perjalanan Extravaganza Bangkok 2013 kami. Dan inilah juga Extravaganza pertama kami… moga banyak ilmu yang kami dapat ni akan kami manfaatkan untuk semua. Amiin…

Jauh perjalanan, luas pengalaman... :)

Sekian………. Jumpa lagi di extravaganza 2014. Khabarnya di koreaaaaa… yeaaaaaaahhh…

Wassalam… 


Coretan extravaganza bangkok 2013 dengan keretapi part 5


Assalamualaikum

Maaf. Lambat baru nak sambung perjalanan ke Bangkok untuk siri ke 4. Sangat2 sibuk. Dan agak tiada ‘jiw’ untuk menulis. Alhamdulillah sekarang diberi kelapangan untuk sambung cerita perjalanan kami ke extravaganza Bangkok 2013.

Hari terakhir di Bangkok, seperti biasa bangun pagi. Tapi pagi ni lambat sikit bangunnya. Lepas subuh tido balik. Tu pun subuh tak terbangun ikut subuh Bangkok. Sbbnya subuh disana jam 4 pagi. Kita bangun dah jam 5 pagi :D
Bangun dari tidur, siap2 turun sarapan pagi. Seperti biasa la pancake dan buah saja sarapannya. Lepas tu buat shake guna air yg ada kat cafĂ© tu. Tu pun puas curi2 ambil air masak yg disediakan utk buat shake. Apa punya kedekutla staff hotel Ibis ni… ambik air dlm bekas yg disediakan buat bekal atau buat shake pun dia tak bagi. Sampai tahap aku boleh bergaduh dgn dia. Geram sangat. Dah la makanan aku tak berapa boleh nak makan datangkan binatang haram tu je semua. Air pun dia nak kedekut2. Aduh… so sapa2 yang rasa nak duduk ibis hotel tu. Hentikanlah niat. Carilah hotel lain. Makanan takde bahagian halal, pastu semua kedekut. Huhuhu tak boleh piker langsung. Air masak pun tak boleh ambik banyak2 nanti dia kena isi air tu. Hello. Apa masalah ko? Kena g angkut air kat perigi ke apa? aiyooo

Ni muka ceria masing-maisng sebab dah nak balik.


Lepas sarapan, kena g kejutkan faliq. Sbb heboh kata nak ajak pergi apa nama shopping tu tah. Lupa dah. Pastu keluar jam 11 patutnya. Tapi punya payah nak kejutkan budak2 ni. Akhirnya 12 stengah baru keluar dr hotel. Kami jalan kaki mencari stesen subway terdekat. Hanya dlm 5 minit jln kaki je. Dari situ kiteorg terus ke Hualamphong. Tak jadi g shopping tu. Sbb dah lambat takut terlepas train ke Hatyai jam 2.30 ptg. Faliq and the gang pergi la shopping tu.
Beli tiket subway pun nak ambik gambar... 

Ni lak rupa dlm stesen subway bawah tanah tu. 

Ni sebenaunya kiteorg nak tunjuk token je. subway dia pakai token plastik. akhirnya tak nampak rupa token tu.
ramai gak orang dlm subway ni. 

sempat lagi nak bergambar dlm subway


Ni mesin beli tiket derang. 

Sampai Hualamphong, kiteorg cari makanan dulu. Mcm biasa kedai halal yang sama tu la kteorg beli makanan. Tapi lauk dah nak habis… kuah2 je la dpt. Okla dr kebuluran kan? Seperti biasa pengumuman ketapi nak bergerak kiteorg tak perasan… sbbnya tak paham. Dia ckp bahasa siam je. Pergi tanya jaga kat situ. Dia tunjuk ketapi dah ada dan dah nak gerak. Pergh, baik tak kena tinggal.

berkampung lagi kami di sini nak tunggu ketapi ke hatyai

tgk makcik tu, siap bawak tikar bantal dan tidur kat stesen ketapi ni. takde sapa marah pun

 Ketapi gerak dalam kol 3 lebih dekat kol 4 petang. Tapi ketapi kali ni tak se best ketapi dr Hatyai – Bangkok. Agak kecil tempat tidur dan kerusinya. Tak apalah janji sampai. Malam tu dlm ketapi tak ada apa2 xtvt. Selain tido, kami berbual2 dengan geng2 herbalife lain dan tgk pemandangan. Ada yang dr Malaysia, ada yang dr Indonesia. Jadinya kami bertukar-tukar cerita dan pendapat. Banyak ilmu yang dapat diceduk dari distributor dr Indonesia tu. Cara perjalanan biz mereka. DMO yang mereka lakukan. Dan macam2 lagi. Hampir separuh dr gerabak tu penuh dengan orang2 herbalife. Wahhh sangat2 mengagumkan.

tengok, masuk2 ketapi semua dah kepenatan dan tidur tak sedarkan diri. macam2 gaya ada
Budak gemok ni mmg pantang dpt tempat blh lelap.

Apa yang dimenungkan tah


Gaya tidur yang anggun si Siti. sorry siti.



Selain tu, tengok pemandangan luar. cantik. 






sawah padi. 
sungai apa taktau la ni



Sempat juga kami bergambar dengan geng2 herbalife dari indonesia. taufik dan kumpulannya. 
inilah taufik.. yang lain2 takde rupanya gambar mereka

Aktiviti malam pula… seperti biasa… tido je. Sbb masih lagi kepenatan. Tak habis2 penatkan. Hehehhe
Esoknya sampai di Hatyai. Hari ke 6 pulak.

Tadaaaaaaa jumpa lagi…