Thursday, December 20, 2012

20.12.2012 dan Aku...

Bismillah...

Apa yang spesel sgt dgn 20.12.2012 ni eh?
Mulanya aku tak perasan pun tarikh cantik ni. Selepas ada org dlm fb tunjuk, baru aku terperasan.

Wahhhh tarikh yg sgt cantik.

20.12.2012 







Mesti ramai yg kawen tarikh ni. Kalau la blh kawen tarikh ni... mmg bagus. Tp yg pastiny a tarikh ni bukan tarikh aku kawen. Ni tarikh birthday aku yg ke .... (isikan tempat kosong) hehehhe

20.12 adalah tarikh lahir aku. Tapi boleh dikatakan aku jarang2 sgt ingat tarikh ni. Sbb apa?
Sbbnya, keluarga aku mmg tak pernah pun ambik tau hal2 ni, lagi2 potong2 kek ni. tak yah mimpi la.
Dah dpt hidup pun dah cukup baik kan.  ehehhe

Lagipun adik beradik aku ramai. 11 orang. Haiyoo jenuh gak nak ingat tarikh lahir tiap orang. Ingat sendiri2 punya tarikh lahir je cukup la.Tu pun kalau teringat. Aku cuma ingat tarikh lahir aku dgn adik aku yang no 3. Sebabnya? Sebabnya aku 20.12 dia 21.12 hahahah selang sehari je tarikhnya. Jadi, dia je la yang aku ingat. lepas aku, esoknya dia. Yang lain2? hehehhe mmg tak ingat. Harap maaf. Tak pernah sambut apa2 sambutan, cemanala nak ingatkan?

Masa skolah dulu, aku pun jrg2 la igt tarikh lahir aku ni. Inikan pula kwn2. Sbbnya tarikh lahir aku bulan 12, bln 12 tu skolah cuti. Jadinya takde sapa pun la ingat birthday aku. huhuhu sedihnya.
Takde la sedih mana pun. :) sbb dah terbiasa. Dari kecil sampai ke tua org tak ingat tarikh lahir aku.
Tak kecik ati pun. Sbb, kdg2 aku pun terlupa tarikh lahir aku.

Tapi bila ada fb ni, mmg akan tau la tarikh lahir aku. Sbbnya penuh wall org ucap selamat hari lahir. Jadi baru aku perasan 'eh... birthday aku harini rupanya' hehehhe
Ada yang siap call nyanyi happy birthday to you lagi. hehhe terharunya... terima kasih semua.

Terima kasih pada semua yang wish birthday aku tu. Love u all...
Makin bertambah usiaku. uhuk. makin tua la maknanya tu. Ok. Kena target betul2 segala KPI yang belum lagi tercapai selama ni.

HAPPY BIRTHDAY SHIKIN... 
SELAMAT MENEMPUH PERTAMBAHAN UMUR.

nahhh... ambik kek tinggi ni... hehehhe
apa pun igt!! jgn mkn kek banyak2. naik lemak2 dlm badan nanti :D



Thursday, December 13, 2012

Penghargaan

Salam...

Penghargaan.
Nampak macam mudah. Tapi amat sukar untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.
Tak perlu hadiah mahal2. wang ringgit berkepuk. Emas permata. Tapi cukup la sekadar ucapan "terima kasih". Ianya sangat bernilai bagi setiap manusia. Tapi, tu lah yang sangat2 sukar utk dilafazkan.


Macam tu jugalah dengan apa yang kita buat atau kita minta orang lain buat. Bila buat kerja yang diminta oleh jabatan, sijil penghargaan amat2 diperlukan. Lagi2 jika perlu berkampung di hotel selama berminggu2, meninggalkan anak bini di rumah, perlu menyiapkan satu2 tugasan tu dr jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 malam. Cukuplah hanya dengan diberi sijil sebagai penghargaan atas usaha dan jerih payah dalam melaksanakan tugasan yang diminta. Tapi bukan sijil penyertaan. Kerana sijil penyertaan seakan-akan tiada makna. Hanya menyertai sesuatu bengkel atau kursus sedangkan kita bersengkang mata, memerah otak untuk menyumbang idea dalam pembangunan satu2 tugasan.



Akhirnya, selepas berhempas-pulas menyiapkan silibus dari SMK ke sijil sepenuh masa sehinggalah penyediaan spesifikasi peralatan tapi yang munculnya hanya sijil penyertaan, sijil penyertaan dan sijil penyertaan lagi dan lagi dan lagi. dan pada hari ini, 13/12/2012 kami diberikan sijil penghargaan. hehhehe mcm dpt emas sebakul pula kan semata2 dpt sekeping sijil penghargaan. Baru diri ini terasa dihargai. Segala usaha dan jerih-perih selama ini seakan terbayar. Lagi menariknya yg menyampaikan adalah KP sendiri. Juga sijil ini ditandatangan oleh KP. hehehhe mmg la masing2 kembang semangkok. Gembira, bangga, segala macam ada. :)

Tq KP. :)

Tuesday, December 11, 2012

Terengganu



Assalamualaikum

Ermm Terengganu. Negeri yg luas dan banyak pantai. Pantai2 yg sangat cantik.

Negeri Terengganu antara negeri yang paling aku suka. Mungkin sbb pernah menetap di Terengganu satu masa dahulu. Tak lama pun. Tiga tahun je. Tapi dah macam kampong sendiri pulak. 

Sangat suka dgn kecantikan laut dan pulaunya. Suka dgn makanannya. Heheh makanan kat Terengganu antara punca aku jd ‘bambam’ satu masa dahulu. Sampaikan berat aku mencecah 58kg. Dengan ketinggian 149cm, tapi punya berat badan 58kg. hahah memang la gumoks. Sampaikan roommateku SHIDA panggil aku cendawan bergerak. Atau khemah bergerak. Cendawan tu sbb masa tu semua org suma tgk cerita fantaghiro dulu. Apa tah tajuknya. Yg aku ingat watak jahat yang hensem dalam cerita tu bernama Tarabas. Dan dalam cerita tu la muncul cendawan2 yg bulat2 tapi pendek. Mana shida mengatakan aku mcm cendawan dlm cerita tu la. Huh bertuah sungguh.  Nak buat cemana, dah gemok pendek pulak tu, terima je la apa org panggil pun. 

Tapi sekarang tidak lagi. Huhuhu aku bukan lagi cendawan @ khemah bergerak. Sbb aku dah kurus. Cehhh berlagak sikit. Aku dah slim. Cuma belum mampu membuang lemak2 degil sehingga yg tinggal hanyalah lemak-lemak sihat. Insyaallah dgn bantuan HERBALIFE aku pasti blh dptlan % lemak sihat dlm badan aku. 

Berbalik pada cerita Terengganu. Minggu lepas aku ke Terengganu. Meeting item soalan.  Masa ni la aku ambil peluang untuk jumpa kawan2 aku di Terengganu. 

                                                                     dgn zarimi
 
Hari isnin masa perjalanan pergi, aku singgah di Paka. Jumpa zarimi. Kebetulan cuti sekolah dan zarimi pula cikgu, pasti ada di kgnya. Betul. Akhirnya aku berhenti di Paka pada jam 3 stengah ptg. Sampai2 zarimi tanya ‘makang dok agi?’ hehehhe jawabnya mesti la ‘dok agi’. Trus dia ajak mkn. Huhhh best2. Dpt mkn ikan singgang. Nyum nyum…

Dah kenyang, dah solat, dah rehat dan dah bergambar. Akhirnya aku teruskan perjalanan ke KT. Dan aku sampai ke KT dalam jam 5 stengah petang. Selamat sampai. Alhamdulillah.

Bermeeting la aku di sana sampai rabu. Dan rabu ptg kami dibenarkan utk ke pasar payang – destinasi wajib kalau ke Terengganu. Hehehhe dan akulah yg menjadi pemandu pelancongnya utk kwn2 yg tak pernah dok di Terengganu. Ala g paying je pun. Dan 1 lg jalannya tak byk pun berubah. Cuma berubah dr 2 arah menjadi sehala. Maklumlah dah jadi bandaraya. J masa di payang, aku Cuma bawa kwn2 ke tempat2 batik yg aku rasa lbh murah dan tempat aku biasa beli.  Kwn2 aku je yang beli. Aku tengok je. Sbbnya baru je aku g pasar payang haritu sbb bawa pelajar ke KT dan aku Berjaya membeli 2 pasang batik. Tapi bukan sutera ya. Sbbnya aku ni MALAS. Cotton sudah. Dan kali ni aku beli kapok keeping di tempt biasa aku beli. Kat kedai abg Matt kapok. Huhuhu dr thn 90-an aku beli kepok kat dia.

Jumaat aku habis meeting. Aku ke rumah Mek Nor di Wakaf Tembesu. Kat situ aku plan dgn kak Ina utk jumpa sekali. Dan tak pasal2 Mirza pun dtg situ gak. Jadinya dptla jumpa ber4 tu. Aku, mirza, mek nor dan kak ina. Yang lain tak dan nak jumpa. Maaf ye kwn2. Insyaallah lain kali kita jumpa pula.



Petang tu aku ke rumah miza di Sg Tong. Dr Sg Tong, miza bawak aku ke Renek. Umah Ma dan Abah dia. Lama dah tak jumpa mak ayah miza. Tgkla skali aisyah dan imang. Huhuhu besor gajoh doh budok2 tu. Dulu kecek je d raku. Lening, derang lebih besor d raku. Hehehe aku je yg tenggelam. Sama je besor dgn miza. Lame do’oh lekpung tok jupe derang. Hehehe kecek ganung sket. 

Sabtunya nak blk ke Bahau, aku singgah di rumah Dik Nor di Kg Bukit Tok Beng. Berjaya gak jumpa. Dah byk kali ke Terengganu, tapi takdpt jumpa. Kali ni ada rezeki jumpa dia. G rumah dia, siap makan tengahari lagi. Best best. Sampai rumah dia, tgk ada plak bekas2 HERBALIFE. Tanya siapa yg mkn? Suami dia rupanya yg ambil herbalife. Dan perubahannya dlm masa 4 bulan suami Nor dah Berjaya turunkan 10kg. Wahhhh hebat. Dia kata suami dia pun sangat2 suka. Sbb sebelum ni macam2 cara buat utk trnkan berat bdn. Tapi turun setakat 1-2kg je. Pastu naik berkg2. Hehhehe itu normal.  Akak pun hadapi perkara sama Nor. Tapi sekarang akak dah Berjaya turunkan 2kg. dan kekal je berat. Tak turun tak naik. Insyaallah akak akan naikkan lagi 2kg berat badan ni. Tp 2 kg tu otot la. Perghhh tinggi cita2. Insyaallah. 

Perkara yg aku terlupa masa di rumah Nor adalah AMBIL GAMBAR DGN NOR. Adoi ingat punya ingat, akhirnya aku lupa jugak. Aiseyy. Nor kata, nak kena dtg sekali lagi la tu kak. Hehehe insyaallah.

Lepas dari rumah nor aku terus ke Kuala Abang, konvoi dgn miza. Dia pun nak jln gak katanya. Bosan asyik dok Sg Tong je. Hehehhe jom jom. 



 
Kuala Abang. 
Ni la tempat yg aku dr dulu sgt2 nak berhenti situ. Selalunya aku tgk dr atas bas je.kawasannya sgt cantik. Ada batu besar. Laut yag biru. Pergh. Akhirnya. Aku sampai juga di tempat ni. Alhamdulillah. Selepas 10 thn kot, baru aku sampai. Takpe la. Asalkan sampai kan? Hehehe


Kemudian aku ke arah kuantan. Miza pula blk semula ke Sg Tong. Sepanjang jln nak tinggalkan Terengganu tu, aku sgt2 rasa sayu. Taktau la kenapa. Sepanjang jln tu jugak la aku tak henti2 pandang laut disebelah kiri aku. Lagi la sayu bila tgk laut tu. Apa yg ada kat laut tu aku pun tak tau. Laut jugak la salah satu yg menarik2 aku ke Terengganu. Aku sgt2 sukakan pemandangan laut di Terengganu. Walaupun ombaknya ganas, tinggi dan boleh membunuh aku yg tak reti berenang ni, tapi aku tetap sukakan laut di Terengganu. Sayu nak tinggalkan Terengganu. Ceh macam nak tinggalkan suami plak aih. Apa da aku ni 

Dr Kuala Abang jam menunjukkan pukul 5 ptg. Aku drive terus. Tak la laju pun stakat 80-100km/j. jenuh nak kena potong lori2 besar sepanjang jalan dari Kuantan. Berhenti di kemaman beli satar dan berhenti di Muazam bancuh SHAKE. Pastu bergegas pandu semula. Akhirnya sampai di palong jam 9.30 malam. Huhuhu SMS miza, dia terkejut. Lajunya akak bawa? Huh? Laju ke? Biasa je rasa. 80km/j je pun. 

Balik dr Terengganu dengan kepok keeping, kopok lekor dan satar. Cuma aku tetap tak dpt makan nasi air dan coconut shake di Terengganu ni. L takpe. Insyaallah dtg lagi. 

Babai Terengganu. 

Saturday, November 24, 2012

Herbalife



Assalamualaikum
Kenapa topik kali ni HERBALIFE?

Sebabnya post yang sebelum ni ada kaitan dengan herbalife. Disebabkan herbalife la aku merasakan kehidupan aku lebih ceria, lebih bermakna dan lebih positif.

Asalnya aku hanya makan herbalife utk masalah gastrik aku.
Gastrik yang melampau, sampai tahap dah kena ulser. Usus bengkak disebabkan dah luka dan asid terlalu banyak di dalam usus menyebabkan usus aku bocor. Huhhh lagila aku pandang hidup ni sangat2 tak indah. Sebelum tu pun dah rasa tak indah, bila dah sakit lagila tak indah. Huhuhu
Ubat yang perlu aku makan dlm 5-7 hari menelan belanja RM70-90. Tapi macam sama je. Aku makan perlu kerap, 2 jam sekali perlu makan. Sbbnya apa yang aku mkn tu mcm kejap je leburnya dlm perut aku. Sampaikan lepas makan sejam, aku dah kena makan lagi. Lama-kelamaan makan ke tak makan ke perut aku tetap pedih(pedih ulu hati). Mmg sangat menyiksakan. Tak boleh salah makan langsung. Bila kena mmg aku muntah-muntah sampai lembik.

Bila dah mcm tu, aku terus terfikirkan herbalife. Sbb aku pernah makan 2 thn yg sudah. Tapi sbbkan nak murah aku cari kat ebay. Aku makan kejap. Ok.. pastu aku cari balik org yg jual tu aku tak jumpa. Rasa mcm perut dah ok, aku pun berhenti. Hehehhe akhirnya, 2 tahun kemudian, dia menyerang dgn lebih dasyat lagi. Sangat2 menyiksakan.

Akhirnya dapat tahu sepupu aku ada buat bisnes herbalife ni. Dalam kol 11 malam aku call dia kata nak jumpa dia sbb herbalife. Dia sampai dekat kol 1 pagi kat McD sunway. Masa tu aku terus kata aku nak mkn murah sbb aku btl2 nak baikkan perut aku yg dah bocor. Terus aku beli rm2500. Dan sebanyak tu la aku makan, makan dan makan. 

Alhamdulillah. Selepas 2 minggu aku ambik herbalife, bln puasa pun menjelma. Akhirnya aku boleh berpuasa selepas 2 tahun tak dapat berpuasa penuh. Dan aku berpuasa hanya dgn herbalife. Sahur herbalife, buka pun herbalife dan lepas tu baru mkn sedikit nasi. Alhamdulillah tak pedih perut dan tak alami apa2 masalah sepanjang bulan puasa. 

TQ allah.

Mula la episod gembira di dalm hidup aku. Selepas aku jumpa herbalife. Alhamdulillah…

Kenapa "Beautiful life" ?

Assalamualaikum

Ni dah datang idea nak menulis.
Kenapa tajuk beautiful life? Hehehhe

Hidup ini memang indah sebenarnya. Antara nampak dengan tidak je sbnrnya.

Bukan nak  cerita pasal orang lain. Ni cerita pasal diri aku sendiri. (aku je la kan? Takyah la formal sgt2)

Sebelum ni, dari pandangan mata aku ni, hidup tak semestinya indah. Ada saja disekeliling aku cerita2 tentang kehidupan yang pedih, perit, sedih, hambar dan segala macam la yang tak best. Akibatnya aku merasakan yang hidup aku pun macam tu. Selama 30thn lebih hidup, itula yang aku rasanyakan. Akibatnya, aku muda2 lagi dah mcm org tua. Muka datangkan masam mencuka. Tak reti nak senyum. Sbb gara-gara merasakan kehidupan ni tak menarik, tak best.

Ermmm siannya.

Dah terlambat baru aku tersedar bahawa hidup kita indah dan kita sendiri yang menjadikan hidup kita indah atau pun tidak. Baik juga aku tersedar. Bayangkan kalau tak sedar. Tua esok lagila aku jd nenek kebayan agaknya. Tak reti nak senyum dr muda. Huhuhu

Bila aku dah mula sedar yang hidup ini indah, aku mula belajar tersenyum pada diri sendiri. Tersenyum pada dunia, pada kehidupan aku sendiri dan senyum pada orang lain. Baru aku merasakan yang kehidupan aku indah, orang2 di sekeliling aku indah dan semuanya indah belaka.

Apa akan rasa apa yang kita rasakan. Em… boleh tak cakap macam tu?  
Itu la yang aku rasakan. Betul rasanya. Sapa setuju angkat mouse.. hiks.

Okla. Setakat ni dulu coretan tentang tajuk post aku kali ni. Sbbnya anak buah kat sebelah ni dah tidur kat peha aku disamping laptop. Cmana nak menaip daaaa…

Ok babai… jumpa lagi insyaallah.



welcome....

assalamualaikum...

huhuhu
rasa nak create blog.. terus create... pastu taktau tulis apa... nak mula dari mana.
haishhh... teruk betul...

sambil dok fikirkan apa yang nak dilutis dalam entry pertama ni...
sambil tu anak buah dok pot pet pot pet kat sebelah telinga menceritakan pasal kwn2 dia.
pening gak kepala. kita tgh berfikir... dia pulak membebel2...

idea idea idea... selalunya masa tgh drive la idea dtg mencurah2 nak menulis.
tp tengah drive. cemana nak menuliskan? sgt bahaya huhu

ok setakat ni je la dulu buat masa ni. nnt tulis lg :)