Wednesday, January 8, 2014

Aku dan tandas tidak dapat dipisahkan... hehehhe

Bismillah...

Harini punya cerita, pergi Bahau nak pergi ke Tabung Haji nak masukkan duit. Singgah dulu ke Maybank untuk keluarkan duit. Pastu baru ke Tabung Haji. Mujur tak ramai org. Pundi kencing dah mula ada signal :) Maklumlah baru stengah jam minum SHAKE. Sampai-sampai je senyum kat Abg Guard situ sambil dalam hati kata, Guard baru ni. Selalu muka lain. Tetiba Abg Guard tu bagi kertas yang digulung. Kalendar barangkali. Awal tahunkan? Apa lagi nak dibagi?

Bila no giliran dipanggil, aku ke kaunter. Bagi borang simpanan dan duit skali. Lama gak org kaunter tu tenung skrin. Pelik gak aku. Last2 dia tanya bila last update? Erm tah. Tak ingat kadang2 je transfer online. Jarang g kaunter. (Biasalah org IT... mmg bapak pemalas nak g kaunter wpun tau Tabung Haji Bahau kalau bukan musim2 nak g haji mmg lengang... internet kan ada? huhuhu)

Orang kaunter : Akaun ni dah expired bln sebelas haritu.

Aku : ooo ye ke? Jadi? apa saya kena buat? (sikit pun tak tanya duit transfer2 online tu masuk ke tidak)

Orang kaunter : ermmm (mcm berat sgt masalah aku ni dia punya ermmm tu) Buat akaun barulah... ermmm (lagi...)

Aku : ok... buka akaun... tak boleh buka akaun baru kat sini ke? ke saya kena g Tabung Haji KL atau Melaka(sbb dulu2 buka kat Melaka)

Orang kaunter : senyum... hehehhe blh...
Ambik balik duit ni, pergi isi borang akaun baru. Semua baki yang ada akan di bawa  ke akaun yang baru. Jangan risau, duit tu ttp ada. (aku sikit pun tak risau, sbbnya taktau berapa baki yang ada hehehhe)

Aku : (dlm hati... abis apa yg macam parah sgt bunyinya masalah akaun aku ni? ) ooo ok...

Isi borang g kaunter semula. Pastu nampak ada akak sorang kat blakang kanuter tu lalu. Aku senyum je la kat akak comey tu. Dia pun berlalu pergi... cewahh...

Sambil tunggu mamat tu buat akaun baru aku, aku tak tau nak buat apa. Takkan nak tgk muka mamat tu buat keje kan? ermm lemah betul. Last2 keluar HP. sempatlah berwasap dan ber wechat kejap sampai mamat tu ambik cap jari aku.

Dah nak siap tu, akak comey tu keluar lagi bawak samput surat besar kaler coklat. Dia bagi kat mamat tu sambil bg signal apa tah. Mamat kaunter tu pun mcm tak paham. Dia igt simpan kot. dia nak simpan akak tu tunjuk aku. Huhuhu bagi kat aku rupanya sampul surat tu. Apa isi aku pun taktau. Ambik je sambil senyum lagi kat akak comey tu. Hahahha aku rasa mamat tu pun pelik kenapa dia soh bagi kat aku sampul tu. Kalendar meja rupanya. Tq akak comey. Macam tau2 je aku memerlukan kalendar meja. Tahun ni takde kalendar meja. :)
Tadaaa... ni kalendar meja dr TH dan buku TH yang baru. Kalendar besar tu dlm kete.

Masa dlm kete, signal pundi kencing aku dah mmg penuh rasa macam nak meletup. Pergh... mcm susah je nak tumpang toilet Tabung Haji. Kedai? ermm kedai cina. Yg terdekat stesen bas je ada toilet awam. Haaa blasah je la. Janji blh buang.Dah tau cemana rupa tandas kat stesen bas bahau ni, lantaklah. Keluar tu aku sempat sound pakcik tu suruh berus tandas tu lebih-lebih. Heheheh

Aku rasa orang Herbalife dgn tandas mmg tak boleh dipisahkan. Pergi follow up customer pun hampr semua rumah customer aku aku akan cari tandas. Pernah follow up Kak Imah kat Agro bank Selayang pun cari tandas. Tiap kali pergi mesti melawat tandas. Agro bank Bahau pun aku melawat tandas juga. Padahal, sblm gerak aku dah ke tandas. :D



Tak kisah kemana pun pergi. Tandas keutamaan aku. Hahahha tapi rupa paras tandas tu tak penting. Yang penting yang patut dibuang boleh dibuang di situ.

Dah minum air berliter2 kak. kalau tak buang tu tak normal. ramai tanya aku, kalau kita minum air banyak pastu kita byk kali pergi tandas tu normal ke?
Aikk? Takkan nak simpan kot kak? Normallah tu banyak masuk banyak buang. Yang tak normalnya kalau banyak minum tapi tak buang2. Haaa tu mau kena buat dialisis tu. Nak ke buat dialisis? Jadi jgn takut kena kerap g toilet. Orang yang kena buat dialisis bagitau aku derang mmg tak buang air kecik. Haaa hati2. Baik banyak2 minum bagi latih buah pinggang dan pundi kencing tu bekerja selalu. Bila dia dah diajar bermalas-malasan sampai satu masa nnt organ2 tu jadi tak nak buat kerja langsung payah kita jadinya. Akibatnya kena dialisis. Nak ke kena dialisis? Aku mmg taknak lah. Kena kencing kotor pun dah siksa yang amat. Taktaulah aku kalau kena skt buah pinggang sampai dialisis ni nikmat rasanya. Mintak dijauhkan.



Ok. Jom minum air banyak2. Jangan malu jangan segan utk tumpang bilik air rumah orang ke, pejabat org, ke kedai org. Itu maknanya buah pinggang kita berfungsi. Jangan ajar buah pinggang kita supaya tidak berfungsi melainkan mmg bdn kita keseluruhannya tidak berfungsi lagi(dah mati).

Add caption

Thursday, January 2, 2014

BMR vs DCI

Bismillah...

Tau tak apa itu BMR? - Basal Metabolic Rate dan apa itu DCI - Daily Caloris Intake

BMR
Kalori yang badan kita akan bakar dalam keadaan kita berehat. Ianya mengambil kira jantina, ketinggian, berat dan umur.

DCI
Kalori makanan yang boleh kita ambil setiap hari.

Bila kita tahu berapa BMR kita, kita boleh kira berapa banyak kalori yang perlu kita ambil seharian.
Jika kalori makanan yang kita ambil lebih tinggi dari BMR kita, maka lebihan kalori itu tadi tidak akan digunakan/dibakar. Perlu diingat, setiap 8000 kalori yang tersimpan akan menyebabkan berat badan kita bertambah sebanyak 1kg.

Bagaimana untuk mengira BMR.

Formula mengira BMR untuk lelaki dan wanita berbeza.

Perempuan : BMR = 655 + (9.6 x berat (kg)) + (1.8 x tinggi (cm)) - (4.7 x umur (tahun))

Lelaki         : BMR = 66 + (13.7 x berat (kg)) + (5 x tinggi (cm)) - (6.8 x umur (tahun))

 CONTOH 

Jom kira BMR saya :


Berat : 43kg
Umur : 36 tahun
Tinggi : 149cm
Jantina : perempuan

BMR saya = 655 + (9.6  x 43) + (1.8 x 149) - (4.7 x 35)

                      655 + 412.8 + 268.2 - 164.5 = 1171.5

Jadinya saya hanya perlu ambil kalori makanan harian saya dlm kiraan 1171.5 itu sahaja atau sekiranya saya ingin menurunkan berat badan saya, saya perlu ambil kalori yang lebih rendah dari BMR saya.

Turun berat badan

Jika saya mengambil kalori makanan seharian sebanyak 1000 kalori setiap hari, maka lebihan 171.5 tadi akan dibakar. 171.5 x 10 hari = 1715 lebihan kalori yang badan saya akan bakar. Sekiranya sebulan saya mengekalkan jumlah pengambilan kalori saya sebanyak 1000 kalori sehari, sebanyak 5145 lebihan kalori yang akan dibakar. Dalam 2 bulan saya boleh hilangkan sebanyak 1kg berat badan saya.

Tambah berat badan

Sekiranya saya dalam program penambahan berat badan, saya perlu ambil kalori lebih tinggi dr BMR saya. Jika pengambilan kalori harian saya sebanyak 1500 kalori sehari. Saya mempunyai lebihan 328.5 kalori (1500(DCR) - 1171.5(BMR)) sehari yang akan tersimpan. Kalori untuk 10 hari = 3285 kalori. Untuk sebulan = 9855 kalori yang tersimpan akan menjadikan berat badan saya bertambah sebanyak 1kg dalam masa 1 bulan.

Ini adalah kiraan BMR secara manual. Kita juga boleh mendapatkan bacaan BMR kita melalui alat penimbang TANITA. (bukan promote jenama TANITA, tapi hampir semua coach herbalife menggunakan tanita)

TANITA body scanner

Untuk turun berat badan, pastikan DCR anda lebih rendah dr BMR anda.
Untuk tambah berat badan, pastikan DCR anda lebih tinggi dari BMR anda.

Juga perlu di ingat :

80% kawalan makanan, hanya 20% senaman untuk gaya hidup sihat. 


Sekiranya ingin mendapatkan khidmat body analysis secara percuma, boleh hubungi saya 019-6691878 (yang berdekatan)


Kira kalori anda!!!

Bismillah...

Jom kita cerita tentang kalori harini.
Tau tak anak murid sekalian kalori tu apa? Huhu macam sekolah pulak kan?

Ok... kalori ni adalah unit tenaga yang kalau kecil ianya menggunakan cal kalau besar sampai berkilo-kilo ianya gunakan kcal.(takdelah sampai berkilo pun tapi kcal lbh besar dr cal)

Kalori ni terdapat dari makanan yang kita makan. Tentulahkan? sebabnya kita makan untuk dapatkan tenaga. Jadi kalori datangnya dari makanan dan minuman kita. Setiap makanan dan minuman kita mempunyai nilai tenaga = kalori kecuali air kosong atau air mineral. Jadi air kosong tak memberi tenaga kepada badan kita.

Kalori ini sekiranya tidak digunakan atau dibakar, ianya akan bertukar menjadi LEMAK. Tadaaaa...
Jadi jangan terkejut jika kita tak banyak makan, tapi kita banyak minum air manis tapi badan kita tetap mengembang. Lebih-lebih lagi sekiranya kita tidak banyak melakukan aktiviti fizikal. Ianya bermakna badan kita tidak membakar lebihan kalori atau tidak menggunakan kalori itu tadi.

Bawah ni antara makanan kegemaran rakyat malaysia dan kalorinya.

Milo 3in1 150kcal
1 gelas teh tarik 90kcal
1 gelas air tebu 110kcal

Herbalife shake kosong 90 kcal kalau ditambah susu atau buah antara 120 - 150 kcal
Banyak lagi lah. Lebih banyak gula dalam minuman tu, lebih tinggi kalorinya.



Begitu juga dengan makanan.

Makanan kegemaran rakyat malaysia
Kuih kegemaran rakyat malaysia

 Jadi, kita perlu kira kalori yang kita makan setiap hari agar tiada pembaziran tenaga :)
Pastikan DCI kita tidak melebihi BMR kita.

SELAMAT MENGIRA KALORI.

Turun berat badan anda. tanya saya bagaimana. 019-6691878


Wednesday, January 1, 2014

HAPPY NEW YEAR 2014

Bismillah...

Selamat Tahun Baru 2014...

Yeayyy tahun baru, maka umur pun meningkat ke angka yang baru. Dulu2 masa muda-muda rasa seronok bila tahun baru. Dapat tengok bunga api(walaypun hanya tengok kat TV je), dapat cuti sambutan tahun baru, kalau sekolah tu dapat baju baru, kasut baru, beg baru, cikgu pun baru. Tapi bila dah tua-tua ni baru rasa tiap kali berumahnya angka tahun tu maka, meningkatlah segala paranan, tanggungjawap, tugas dan segala macam lagi akan meningkat.

2014 ni pula meningkatnya segala macam harga. Rasanya rakyat Malaysia tak terkejut pun. Dah tahu segala kenaikan yang akan berlaku di dalam tahun baru ni. Tarif elektrik naik, sebelum menjelang tahun baru minyak dah naik dan macam-macam lagi. Ikutan dari kenaikan semua perkara-perkara di atas, akan berlakulah peningkatan atau kenaikan harga barang-barang keperluan. Taraf hidup rakyat juga makin meningkat. Wang semakin kurang nilainya. Kehidupan rakyat bawahan semakin mencengkam. Harapnya tidak berlaku lebih banyak lagi peningkatan, kenaikan dan sebagainya selepas ini.

Apa pun  kita harus harungi kedatangan dan apa pun jua yang bakal menjelma di 2014 ini samada dengan rela atau tidak rela. Tingkatkan segala usaha dan amalan kita.
Apa pun saya nak ucapkan....

SELAMAT TAHUN BARU 2014. SEMOGA ADA SINAR BARU DI DALAM TAHUN INI. AMIN...

Keluarga Renu

Bismillah...

Dah lama tak update blog ni. Harini nak update sikit tentang 3 beranak yang mula ambil program sarapan sihat. Renu ni aku jumpa kat Wechat. dia tanya cemana nak kurus. Akhirnya ahad lepas aku ke rumah dia. Erm... mmg 1 keluarga dia sihat2. Semuanya berbadan besar. Sepupu Renu perempuan sampai berat 103kg. Makcik Renu ada masalah tak boleh tidur. Kesian bila dengar dia cerita. Bila sehari dapat sejam je tido kadang2 tak boleh tido langsung, kepala jadi sakit yang amat sangat.

Emak dia ada kencing manis kronik, sampai suntik insulin dan kena makan ubat. Kejap2 mak dia dah terlentok tido dalam pada aku terangkan pasal body analisis dia. Kesian pula aku tengok. Tapi dia kata mak dia jenis ssh nak makan makanan2 selain makanan dia biasa makan. Takpe lah makcik, semoga makcik dapat hidayah nanti. :D

Yang ambil Renu, kakak Renu dan ayahnya. kesemuanya perlu turunkan berat badan dlm 15-20kg. Ayah Renu pula perlu turunkan berat badan, visceral fat dan perut buncit.

Doakan semoga mereka mendapat kesihatan dan berat badan yang diinginkan dan kuat semangat.
Chaiyok2.. Semoga 2014 ni membawa perubahan kepada 3 beranak ini.


Ayah dan Kakak Renu

Ini Renu