Thursday, January 2, 2014

BMR vs DCI

Bismillah...

Tau tak apa itu BMR? - Basal Metabolic Rate dan apa itu DCI - Daily Caloris Intake

BMR
Kalori yang badan kita akan bakar dalam keadaan kita berehat. Ianya mengambil kira jantina, ketinggian, berat dan umur.

DCI
Kalori makanan yang boleh kita ambil setiap hari.

Bila kita tahu berapa BMR kita, kita boleh kira berapa banyak kalori yang perlu kita ambil seharian.
Jika kalori makanan yang kita ambil lebih tinggi dari BMR kita, maka lebihan kalori itu tadi tidak akan digunakan/dibakar. Perlu diingat, setiap 8000 kalori yang tersimpan akan menyebabkan berat badan kita bertambah sebanyak 1kg.

Bagaimana untuk mengira BMR.

Formula mengira BMR untuk lelaki dan wanita berbeza.

Perempuan : BMR = 655 + (9.6 x berat (kg)) + (1.8 x tinggi (cm)) - (4.7 x umur (tahun))

Lelaki         : BMR = 66 + (13.7 x berat (kg)) + (5 x tinggi (cm)) - (6.8 x umur (tahun))

 CONTOH 

Jom kira BMR saya :


Berat : 43kg
Umur : 36 tahun
Tinggi : 149cm
Jantina : perempuan

BMR saya = 655 + (9.6  x 43) + (1.8 x 149) - (4.7 x 35)

                      655 + 412.8 + 268.2 - 164.5 = 1171.5

Jadinya saya hanya perlu ambil kalori makanan harian saya dlm kiraan 1171.5 itu sahaja atau sekiranya saya ingin menurunkan berat badan saya, saya perlu ambil kalori yang lebih rendah dari BMR saya.

Turun berat badan

Jika saya mengambil kalori makanan seharian sebanyak 1000 kalori setiap hari, maka lebihan 171.5 tadi akan dibakar. 171.5 x 10 hari = 1715 lebihan kalori yang badan saya akan bakar. Sekiranya sebulan saya mengekalkan jumlah pengambilan kalori saya sebanyak 1000 kalori sehari, sebanyak 5145 lebihan kalori yang akan dibakar. Dalam 2 bulan saya boleh hilangkan sebanyak 1kg berat badan saya.

Tambah berat badan

Sekiranya saya dalam program penambahan berat badan, saya perlu ambil kalori lebih tinggi dr BMR saya. Jika pengambilan kalori harian saya sebanyak 1500 kalori sehari. Saya mempunyai lebihan 328.5 kalori (1500(DCR) - 1171.5(BMR)) sehari yang akan tersimpan. Kalori untuk 10 hari = 3285 kalori. Untuk sebulan = 9855 kalori yang tersimpan akan menjadikan berat badan saya bertambah sebanyak 1kg dalam masa 1 bulan.

Ini adalah kiraan BMR secara manual. Kita juga boleh mendapatkan bacaan BMR kita melalui alat penimbang TANITA. (bukan promote jenama TANITA, tapi hampir semua coach herbalife menggunakan tanita)

TANITA body scanner

Untuk turun berat badan, pastikan DCR anda lebih rendah dr BMR anda.
Untuk tambah berat badan, pastikan DCR anda lebih tinggi dari BMR anda.

Juga perlu di ingat :

80% kawalan makanan, hanya 20% senaman untuk gaya hidup sihat. 


Sekiranya ingin mendapatkan khidmat body analysis secara percuma, boleh hubungi saya 019-6691878 (yang berdekatan)


No comments:

Post a Comment