Bismillah…
Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini. Mesti
antara kita ramai yang pernah mengalami perkara sedemikian kan? Aku pun sama. Dulu.
Tak tau cara nak buang lemak, sbbnya dah puas bersenam tapi lemak tetap
membonjol sana dan sini. Tak juga kurang-kurang lemak yang ada.
Jadinya jalan termudah adalah menyorokkan lemak. Paham taka
pa makna ‘sorok’? lemak tu tetap ada dalam kuantiti tu, Cuma kita sorok supaya
tidak nampak dipandangan kita atau pandangan sendiri. Hehehhe kak… tu menipu
namanya. Tak gitu?
salah satu contoh sorok lemak. |
Mana lebih elok samada buang atau sorok? Dulu saya tak
berjaya buang, jadi jalan penyelesaiannya adalah sorok. Soroklah dengan
pakaian2 yang banyak dijual yg hanya utk kita menipu diri kita sendiri. Bukan tipu
orang lain, tipu diri kita supaya kita rasa kita dah cukup kurus atau
lemak-lemak yang kita ada dah tak ada. Tadaaaaa magic kan? Mcm korset, girdle
dan sebagainya. Masa pakai tu mmg nampak kurus, nampak tak ada bonjolan2 lemak.
Cuba buka… fuhhhh… lega… sbb pernafasan kita pun lancar, tak ada yg mengikat
kita. Tapi… bila tgk tak lemak tu tadi… uwaaaaaa ada sebenarnya lemak aku. Sangat2
mengecewakan sebenarnya masa lepas buka tu tadi. Betul ke betul? Jawablah dengan jujur pada diri sendiri, tak
payah jawab dengan orang. Sebabnya selama ni kita sudah puas menipu diri kita
sendiri. Termasuklah aku dulu.
Belum kira lagi bab siksa nak memakai pakaian-pakaian mcm tu. pernak cuba? ha cubalah pakai. Mana tidaknya badan size XL, pakaian kita kena pakai tu size XS atau S. Macam kita yang tua ni pakai baju anak kita umur 5 tahun. Cuba test pakai, tengok cemana siksa nak menyarungnya. Pastu nak buang air lagi satu kerja untuk bukanya. Saya pernah tgk kawan saya, tiap kali nak buang air, terpaksa buka semua sekali. Pergh... mau berterabur jawabnya. Tu salah satu sebab orang yang pakai pakaian macam tu tak nak minum air, nanti nak kencing susah.
Kalau ada peluang untuk kita buang lemak-lemak jahat tu
tadi, nak juga ke siksa diri dengan pakaian-pakaian yang menyiksa diri sendiri
tu? Jawapan saya pasti saya tak mahukannya. Mana tidaknya, sangat siksa tiap
kali pakai pakaian macam tu. Mmg nampak kempis je perut tapi, sesak nafas
sbbnya pakaian tu tadi mengikat tubuh badan kita dengan kuat. Siksa perut
sbbnya dah tak boleh makan dengan kuantiti yg sihat pun. Sikit je kita boleh
makan. Tapi ramai yang saya tengok bila pakai pakaian macam tu, makan macam
biasa. Tapi lepas makan… haaaaaa buka… terlambak aja. Apa makna semua tu? Bila dah
badan/perut terikat ‘kemas’ macam tu, sudah pasti kita tak boleh minum air
dengan banyak. Kena ingat kak oittt… untuk buang lemak dari badan kita, kita
perlukan air yang banyak. Sekurang-kurangnya setiap 25kg = 1 liter air masak. Dah
perut mcm tu punya di ‘ikat’ 1 liter sehari pun belum tentu kita dapat
habiskan. Betul tak? Tak percaya? Cuba buat… pastu tgk betul atau betul
kata-kata aku ni? Badan berpuluh-puluh kilo, tapi nak minum air sehari 1 gelas
saja. Cukup ke air tu nak sampai ke jantung kita, buah pinggang, dan lain-lain
tempat lagi kalau setakat 1 gelas je sehari? Utk buang lemak bagi org yang
banyak lemak/gemuk lagi perkukan air yang banyak. 2 kali ganda okeh… kalau
berat 100kg = 4 liter air masak. Itu hanya
untuk circulation, perjalanan dalam badan sahaja. Tapi kalau akak nak buang
lemak… akak kena minum 8liter minimum kak oit… ehh dik… nanti gemuk airlah akak
macam tu. Ermm kalau gemuk air, lagi senang kak. Meh kita cucuk je bdn akak
dengan jarum, air tu tadi keluarlah mencurah2. Betul tak tak?
Bila tak cukup minum air mengikut keperluan badan kita baru
kita dikira gemuk air, sebabnya air tu tadi tak dapat dibuang dari badan kita. Tak
cukup air, cemana badan kita nak buang air? Terpaksalah simpan utk kegunaan
organ-organ badan kita. Macam kita lah kalau musim kemarau, air paip takde,
hujan pun tak turun. Nak tak kita guna air tu tadi banyak-banyak? Mesti kita berjumat-cermatkan
menggunakan air seciput yang kita ada tu? Betul tak? Ha… samalah juga dengan
badan kita. Jadi, jgnlah kedekut bagi air kat badan kita. Sian badan kita,
nanti badan kita terpaksa berjimat-cermat juga dalam menguruskan perjalanan air
dalam badan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang(ni yang sgt ketara berkaitan
air), jantung bermasalah, paru-paru bermasalah, kulit kering, lemak makin
bertimbun-timbun(sbb bdn tak boleh flush out lemak2 tu tadi) pendek kata
macam-macam lagi akan bermasalahlah kalau tak cukup air ni. Jadi, lepas ni nak
ke kita kedekut air pada badan kita lagi? Basuh toilet bukan main lagi kita
simbah air. Mewah sungguh air masa basuh toilet, basuh lantai rumah kan? Badan kita,
organ2 kita tak nak pulak kita bermewah-mewah air. Jangan kedekut kak untuk
badan sendiri. Sbb bila dah sakit, kita sendiri yang merana.
Ha kan dah cerita bab air lagi… padahal nak cerita pasal
sorok lemak tapi, air gak aku masukkan. Yelah, air dan lemak memang tak boleh
dipisahkan. Untuk buang lemak, kena minum air banyak. Kalau nak sorok je lemak
tu, takyah la minum air. Tunggu je lah sampai ‘terlambak’ je lemak tu satu hari
nanti dan tunggu masalh-masalah organ dalaman. Nau’zulillah. Mintak dijauhkan.
Dan... kalau nak minum air banyak2 tu pulak, bukan boleh minum air masak semata-mata. Sebabnya, tekak kita memang tak mampu nak telan air kosong semata. Mesti kita rasa kembung, loya dan macam-macam lagilah. Sama gak macam aku dulu. Jadi, ianya menjadi alasan yang paling best untuk aku tak minum air mengikut keperluan badan. Hehehehe.
Tapi dengan Teamix HERBALIFE, aku boleh minum air 4-5 liter sehari. Antara sebabnya rasa sedap(lemon atau peach) dan mindset. Kita lebih mudah habiskan air berwarna dan berperisa dari air tidak berwarna dan tidak berperisa. Betul ke betul?
Tak percaya? Haaa... jom cuba teamix herbalife. Baru tau betul atau betulnya ayat aku ni.
silalah baca fungsi teamix ni :) |
teamix yang yummy |
Bukan setakat menjadikan air yang kita minum tu sedap, ia juga meningkatkan metabolisma kita, bakar lemak, anti oksidan yang tinggi, bagi tenaga takdelah lepas2 makan atau petang2 tu macam ular sawa kekenyangan tidur dan mencuci badan kita dari toksin-toksin dan racun-racun yang kita masukkan ke dalam perut kita setiap hari. Jadi, banyaklah air yang mampu kita minum dan air-air tu tadi akan diserap ke dalam badan kita dan menolak keluar kotoran-kotoran yang ada di dalam badan kita selama berpuluh-puluh tahun.
Mana pilihan anda? Buang lemak atau sorok lemak? Minum air
banyak atau tak cukup minum air? Pilihan di tangan kita sendiri. Kita yang
menentukan hala tuju badan dan kesihatan kita.
Untuk yang nak buang lemak, boleh sms/whatsapp saya shikin
di 019-6691878 atau emel saya di shikien@gmail.com
in shaa allah saya akan sedia membantu anda.
Jumpa lagi… babai…
No comments:
Post a Comment