Tuesday, February 25, 2014

Panduan Kuruskan Badan Dari Dr. Hamid Arshat

Bismillah...

Aku terbaca blog dr Hamid Arshat pakar sakit puan. Sebelum ni bila org tanya bagaimana dia nak kuruskan badan tanpa ambik Herbalife kat aku. Aku tak tau nak jwb apa. Sbbnya dulu aku ikut gak tips2 mcm dr ni bagi tapi, hasilnya hampa. Nak turunkan sikit je pun dan nak trnkan 2-3kg tu hanya sbb badan dah rasa tak sedap, banyak penyakit dan macam2 hal lagi. Tapi haram 500g pun tak turun. huhuhu

OK.. Meh kita baca apa kata Dr. Hamid Arshat :

Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ketahap asal atau melebihinya. 

Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan waktu sarapan pagi , perlu diingat ubat2 saperti adipex hanya bolih diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Disamping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk. Saya huga tekankan tentang exercuse, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.

Tengok, Dr pun kata 90% gagal turunkan berat badan. Sebab apa? sbb asasnya adalah kawalan pemakanan. 

Kalau turun pun sikit je, lepas tu naik balik ke asal atau lebih lagi. Sebab apa? 
1. Sbb tak kawal makan. Atau x gantikan cara pemakanan tak sihat kepada pemakanan sihat.

2. Tak jadikan pemakanan sihat tu sebagai habit. Bila dah jadi habit, kita dah biasa, dah lali. 

 3. Bila tak tukar/ganti corak pemakanan kita, kita akn balik kepada pemakanan asal. Sbb tika tak ganti sebaliknya kita buang pemakanan tak sihat kita kepada x makan langsung akibatnya bila dah tak tahan kita akan balik kepada asal atau lebih lagi. Dalam ertikata balas dendam. Haritu sebulan tak makan nasi, jadi qada balik nasi sebulan haritu dlm masa seminggu je. Heheheh

4. Nak kawal selera makan tak boleh bergantung dengan ubat. Nampakkan Dr tekankan kalau ambik ubat pun tak boleh lama. 

kawal makan... kawal makan... kawal makan... selebihnya senaman... 

Cuba amalkan panduan2 ini.

1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang. - kita biasa nak cepat, kunyah hempap2 je.. kadang2 10 minit dah siap mkn.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan. - bila tidur lambat, pasti perut lapar punya. Tak caya cuba buat. Tu yang jadi kol 12 pun boleh keluar g makan nasi lemak la, nasi gorenglah. pastu tido... memang bestlah perut tu.. huhuhu

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan . - sayur? perghh ni org malaysia paling tak suka aku rasa. nak masak 1 sayur pun siksa, inikan pula 3 jenis sayur. Kalau aku takde hal, mmg fav sayur. Cuba tgk org2 yang tak mkn sayur dgn yg byk makan sayur dan buah. Bandingkan sendiri saiz badan meraka.

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup. - sayur lagi kata Dr. Ermmm...

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice. - gula, gandum semua ni berkalori. Setiap berkalori akan menyebabkan berat badan kita bertambah kalau kita tak gunakan kalori tu.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets. - Haaa... ni yang paling bestkan? Cuba kira berapa banyak kali kita mkn fast food dlm sebulan? fast food tau makanan yang dimasak 2 kali mempunyai kandungan lemak tepu, gula dan garam yang lebih tinggi yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan. - sekali lagi... gula. Cuba tgk berapa byk kandungan gula di dalam minuman soda.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.- yang ni aku jamin tak ramai org suka. Lagi2 teh ni mnm tanpa gula. Heheheh cubalah teh boleh tingkatkan metabolisma bdn. Tapi aku cuma guna Teamix, bertenaga, tak mengantuk tiap kali lepas mkn.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja. - yang ni aku tak buat. sbb sehari makan sekali je(tengahari) kat opis. Mlm just buah dan shake je.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang. - Boleh cuba ni.

11.  Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan. - Cubalah. Tebiat aku mmg x suka mengunyah kalau depan tv. Aku pun jrg tgk TV.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. - Cuba praktikkan ni. Aku dah tengok masa aku g Beijing dulu. Cinakan pakai pinggan kecik, x tau berapa inci. Yang lelaki bising, mana cukup katanya. Last2 satu pinggan je pun dah tersandar.. ehheheh Mindset je tu.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan. - Aku mmg biasa ni. rasanya ramai perempuan akan buat mcm ni.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret. - waktu tgh lapar tu letak apa je pun akan disental bersih. Betul tak? Jadi kena pandai2lah back up. Supaya tak nampak mcm keburulan dan semua benda kita bedal.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. - Ia juga bagus utk kardio kita. kalau aku rajin aku akan naik-turun tangga rumah aku (4 tingkat) 6-10 kali turun naik. Mmg org akan nampak aku mcm gila la. Tapi tu je senaman yg aku rasa mencabar dan tak bosan berbanding aku skipping dlm rumah.


Ok selain dari tu. kalau ada sapa2 yang nak cepat trn berat badan. Meh pm/wasap aku. SHIKIN 019-6691878 
Aku cuba bantu dengan nutrisi. Setiap org punya keputusan yang berbeza. Macam aku turun 4kg lemak dlm 1 bln. Itu pun makan bukan sbb nak kurus, tapi sbb ulser usus. Alhamdulillah hampir semua masalah kesihatan makin berkurang. Baru aku nampak betapa pentingnya NUTRISI untuk badan. 

Babai...  

Friday, February 7, 2014

Boleh kurus dengan shake yang sesedap aiskrim???

Bismillah...

Apa yang korang terbayang bila kata makanan utk sihat, makanan untuk cantik dan makanan diet?
Errmmm? hahah mesti terbayangkan makanan yang tawar, tak sedap, hambar, makan takde perasaan. Betul tak? Jgn tipu... Jawab dengan jujur okey. Hehhehehe

Serius, aku dulu juga berfikiran macam tu. Bila nak kurus, nak sihat nak cantik mesti kena makan makanan yang tak sedap, tawar hebe, hambar dan paling tak best pahit macam jamu kocok atau ubat akar kayu. Maaf ratu2 jamu. Ubat pun sah2 la takde ubat yang sedap kan?

Haaa... tapi sekarang tak lagi. Dengan shake yang sedap lagi penuh khasiat kita boleh jadikan diri kita cantik, kurus dan sihat. Alhamdulillah. Tak perlu lagi nak telan ubat periuk, akar kayu dan segala ubat-ubatan yang macam jadam pahitnya. Phiewwww... Tak sanggup dah.

Sekarang ni mmg mudah aku terliur tengok resepi atau video2 penyediaan shake. Sbbnya tau dah kompem sedap. Tak percaya? Haaa kalau tak caya... korang kena cuba dulu baru tahu.

Jom tengok video buat shake yang sedap. Pastu bolehlah korang cuba plak. Tak cuba tak tahu.






Dah terliur blom? Serius. aku dah terliur tengok. dan boleh dah cuba balik ni. Yummy...

NAK KURUS, NAK SIHAT DAN NAK CANTIK DENGAN SHAKE SELAZAT AISKRIM? PM SAYA LAJU2. SAYA AKAN BANTU ANDA MENDAPATKAN APA YANG ANDA INGINKAN. 
TAPI... HANYA UNTUK YG SERIUS... YANG TAK SERIUS TAK PAYAH.. DAH SERIUS BARU PM/WASAP SAYA 

SHIKIN 019-6691878

Monday, February 3, 2014

Mulakan hari anda dengan cara terbaik...

Bismillah...

Jom mulakan hari dengan sarapan yang tinggi nutrisi tapi rendah kalori.

Count your calories...
Pilihan di tangan kita. Pilih yang terbaik untuk tubuh badan sendiri.

SUDAHKAH ANDA MINUM SHAKE PAGI INI??? 

Saya sudah :)

Nak turun berat badan? Improve Kesihatan? Looking for Personal Wellness coach? Contact Shikin!
019-6691878

Sunday, February 2, 2014

Jom pergi Spa :D

Salam sejahtera.

Lama sudah tak menjenguk blog ni. Dah bersampah bersawang semua ada. Agak sedikit bz akhir-akhir ni. Sibuk dengan hujung tahun(byk sgt kursus dans ebagainya yang kena keluar), sibuk dengan pembinaan item bank soalan, nak buat soalan lagi dan macam-macam lagi. Biasalah hujung dan awal tahun.

Dalam pada sibuk-sibuk, serabut2 dan penat2 tu sempat jugak aku menjenguk mencari-cari spa di sekitar Bahau ni. Maklumlah sejak setahun lebih makan herbalife aku bukan lagi peminat tegar spa dan rumah-rumah urut. Cehhh macam seram je kan dengar rumah urut tu? Huhuhu perempuan ehh yang urut, bukan lelaki. Sejak x sakit tapak kaki, takde lagi sakit lutut dam tiada lagi sakit urat belikat. Semuanya dah setahun lebih tidak berurut. Alhamdulillah. Sangat lega rasanya

Tu baru urut je. Dulu g spa bukan takat urut je. Buat rawatan resdung pun ada gak. Dah jadi kewajipan. Kalau tak berapa nak berduit tu terpaksa berselang-seli antara urut dan rawatan resdung. Kalau bulan ni dah urut badan, bulan depan resdung plak la. Kadang-kadang urut je yang aku buat. Sbb x tahan sakit-sakit badan.

Puas merayau keliling Bahau dan Serting mencari spa. Di serting byk nampak signboard2 spa. Tapi bila call amat mendukacitakan. Tak buka lah atau buka waktu pejabat saja. Atau pergi andam orang. huhuhu Jadi jangan cari yg tertulis spa & andaman. Sbbnya dia akan lebih buat utk org nak kawen je.

Kat Bahau plak banyak rumah urut cina. Dulu aku g gak. Tapi cina Tongsan tu main blasah je urut, kita cakap sakit pun dai tak paham sakit tu apa. Mampos gak rasa menahan sakit. Huhuhu

Puas call dan merayau2 akhirnya ternampak kain rentang dkt2 secret recipe kat jalan Bahau - Mahsan. Spa Zura namanya. Perghh lega. Mula2 g tanya, budak yang jwb tu acuh tak acuh je. Uwaaa sedih dah masa tu. Macam hampa. Tapi bila dia bagi kad, trus call no yg atas kad tu. Call kak Zura tu. Alhamdulillah. Jawapan sangat tak mengecewakan. Terus buat temujanji dengan Kak Zura untuk buat urutan aromaterapi 1 badan. Boleh tahan lama, dalam 2 jam lamanya.

Mmg best servis kak Zura. Harga yang amat berpatutan aku rasa.. servis setanding spa mahal. Tq Kak Zura.

Pada orang area jempol ni yang nak cari spa melayu. Ha ni aku rekomen. Aku tak dpt apa komisen pun tau. Ni cuma nak tolong org melayu meniaga je ni. Boleh call no kaka Zura kat kad dia kat gambau bawah ni... Abaikan kibod tu ye.. huhuhu

Ok Choowww