Thursday, June 27, 2013

Coretan Extravaganza bangkok 2013 dengan keretapi part 4


Hari ke 4.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, harini adalah hari terakhir training. Semoga mendapat ilmu manfaat dari training ni.

Pagi ni kami kelewatan, maklunlah semalam balik lewat dan badan pun rasa betul-betul penat. Akhirnya lepas solat semua tidur tanpa mandi. Hehehe gara-gara penat lah ni. Tak apa, kami sendiri je yang bau, org luar bilik tak boleh bau pun. Kan kan kan?

Berlari turun ke bawah, ambil sarapan pagi seperti biasa buah, roti dan pancake. Sambil tu buat shake untuk diminum di dalam dewan. Sesampainya kami ke impact, kami dah terlihat orang ramai beratur, berasak-asak dan bersesak-sesak hendak memasuki dewan. Hanya satu pintu sahaja yang dibuka untuk peserta biasa. Bayangkanlah hamper 20 ribu orang bersesak-sesak nak masuk hanya melalui satu pintu? Berhimpit-himpit, panas, macam-macam bau yang ada. Maklumlah macam-macam bangsa dan Negara, jadi macam-macamlah adat dan budayanya. Tahan bau sahajalah. Memang rasa sangat-sangat nak marah. Macam kambing dah dibuatnya. Masa nak masuk tu ada yang terhimpit-himpit, menjerit-jerit marah. Kami Cuma khuatiri ada yang terjatuh lalu dipijak. Aduh… mintak dijauhkan. Semoga pihak atasan herbalife mengambil serius tentang perkara ini. Selagi tidak berlaku apa-apa, tak apa. Bayangkan kalau terjadi rempuhan kuat dan ada pula yang jatuh dan akhirnya dipijak dan mati? Sapa yang akan dipersalahkan? Bukankah itu nanti akan menjadi isu besar kepada herbalife? Saya harap adalah dikalangan yang berkuasa di herbalife mengutarakan hal ini. Tak perlu lah menyekat org biasa masuk hanya dari pintu-pintu tertentu saja. Kalau buka banyak pintu bukankah lebih mudah? Dan tidak menyiksakan orang ramai? Secara tak langsung kita boleh mengelakkan kecelakaan yang boleh merosakkan nama herbalife.

Bila dah berjaya masuk, dah tau kat mana tempat yang awal-awal tadi masuk. Aku tengok kat atas tu. Pergh… aku dah la gayat dengan tiggi, inikan pula tempat tu mcm scrafolding tu, pasang siap. Memang sangat-sangat menggerunkan aku. Aku cuba untuk naik mulanya, tak berjaya. Sebabnya masa naik tu orang-rang yang duduk di situ tengah beridiri dan seakan-akan berjoget-joget mengikut rentak lagu. Lantai tempat duduk tu aku rasakan berkeriut-keriut. Huhuhu turun semula. Cari kekuatan untuk naik. Aku cuba lagi sekali, tapi di tangga sebelahnya pula. Pun sama, tak mampu sampai ke atas. Aku sangat-sangat takut. Satu perasaan yang tak boleh aku gambarkan ketika itu. Sama perasaannya masa arwah atok meninggal dulu. Aku takut kalau aku sampai ke atas tu, aku boleh kena hysteria. Aduhh… mintak dijauhkan.
Ruqayah dengan omar datang untuk menunjukkan tempat duduk pada aku. Maybe dia ingat aku taktau derang dok mana. Bukan taktau, tapi tak mampu untuk naik sampai ke atas tu. 

Ermm tu lah salah satu kelemahan aku yang dr kecik aku tak dapat atasi. Ada masa boleh atasi, ada masa tak boleh. Tetiba aku sedih, tak tahan hiba Ruqayah peluk aku.  Bukan aku sedih sebab tak dapat duduk sama-sama derang, tapi sedih taktau kenapa. Mmg tak boleh nak gambarkan perasaan masa tgk tempat tu. Sedih ada, marah ada, bercampur-baur. Akhirnya aku pergi cari tempat duduk sendiri. Aku ke ruang paling belakang, duduk di atas lantai. Erm lega… aku tak perlu bending rasa tak tentu arah tu tadi. Masa makan tengahari, aku ke tempat derang. Tengok orang dah tak ramai dan keadaan agak stabil. Aku gagahkan diri untuk panjat tempat tu. Alhamdulillah berjaya juga sampai ke tempat mereka. Huhh lega. Tapi lepas tu aku tak turun-turun. Jadinya aku minum air sikit sangat supaya aku tak kena pergi ke toilet. Hehehe penakutnya la kan…?

Petang tu, sempat kiteorg bergambar dengan PT dan beberapa artis antaranya Raja Farah dan Nurul Depp(suami dia PT tu.. untungnya). Selain tu kietorg sendiri gila bergambar ramai-ramai, sorang-sorang pun ada, pantang nampak tempat cantik.
ni antara gambar ramai-ramai

Ni kumpulan aku.

5 get 5 la pulak...

Ni gambar dengan Nurul Depp. jeles... aku tak masuk

nampak jugak Depp kat blakang tu. okla :)

Raja Farah pun ada

Ni group Dali

Sampai habis training haritu aku di tempat yang menggerunkan aku.  bila dah habis petang tu kiteorg ada post meeting. Akhirnya seperti biasa balik kol 9 malam. Tapi kiteorg beramai-ramai ke Silom Road. Apa tah budak-budak ni nak cari. Nak berjalan punya pasal, aku pun ikut. Takde beli apa pun, setakat fridge magnet dan penanda buku utk saguhati buat kawan-kawan. Selebihnya kepenatan. Tahan teksi yang mahal melampau(seperti biasa la dia nak pow) akhirnya dapat gak yang murah. Tak ingat dah berapa baht. Tp murah la. Sbb dia pakai meter. Tuktuk tu pun nak 200baht. Dekat je, Cuma aku taktau jalan balik. Bila dah naik teksi, alahai dekat rupanya, kalau jalan pun sampai tadi. Huhuhu takpe la. Sekurang-kurangnya tak letih sangat. Sampai-sampai bilik terus tido.



Gambar-gambar ni lagi menjeleskan aku... 


Esok sambung…. Hari nak balik dah…… yeaaaaaaaayyy

Wednesday, June 26, 2013

Coretan Extravaganza bangkok 2013 dengan keretapi part 3


Hari ke 3.

Alhamdulillah…

Bangun pagi2 mmg rasa segar. Syukur… siap2 nak ke impact, g minum. Eh lupa nak bagitau hotel kiteorg duduk tu adalah hotel Ibis. Sarapan pagi kiteorg boleh makan buah, roti dan pancake je. Tu pun tak dipersoalkan pisau apa dia pakai, minyak apa dia pakai dan kuali apa dia pakai. Erm telan je la. Aduhh azab… takpe la, dapat gak isi perut. Makan dengan cepatnya, kemudian berlari naik van. Sbb jam 6.30 pagi nak kena gerak ke impact.

tengok la ni... 

pork lagi dan lagi... hahahha mcm best pulak

menunggu van.. harini van lambat pulak...


Sampai2 ke impact, tgk org berebut2 nak masuk. Aku ni pengalaman pertama ke extravaganza, melopong la jugak. Pastu tiba2 nampak ada 1 pintu terbuka, pintu tu takde org beratur kat situ, apa lagi masuk la laju2. Hehhehe sampai2 dlm tu tgk org beratur, kiteorg pun menyelit tepi tu. Lama gak la tunggu. Punya ramai manusia. Mana taknya, 23,000 orang ramainya. Memang best la tgk gelagat orang. Semua orang2 APAC ada kat situ kecuali korea dan india. Derang dah ada extravaganza sendiri. Tgk masing2 bawa bendera Negara masing-masing. Ada yang bawa F1 ke hulu ke hilir, pelik gak aku. Bila tanya buat apa F1 ni? Derang bgtau yg nak tukar dgn negara2 lain. Biasanya org Malaysia akan bawa cappuccino dan tropical fruit. Ada juga yang bawa stoberi. Semua tu utk ditukarkan dgn perisa cream & cookies dan wild berry. Ada gak yg dapat stoberi, tapi dari Negara lain la. Derang kata stoberi Taiwan tak sama dgn stoberi Malaysia. Kena cuba nanti. Bawa banyak2 stok F1 g extravaganza 
bergambar kenangan dengan peserta negara lain. 

jepun pun ada...

ni taiwan rasanya


Mula2 masuk dewan memang sangat2 teruja… ramai… hiruk-pikuk.. meriah… mcm2 lagi la. Tapi yang pastinya terasa sangat2 meriah dan penuh aura positif. 



pentas extravaganza



Dari jam 9 pagi hingga 5 petang training dalam tu, sangat2 banyak ilmu dan pengalaman orang lain yang dapat ditimba dari situ dan sangat banyak inspirasi dan motivasi dalam perkembangan hidup kita yang boleh kita cedok dari Extravaganza.

Lepas training ada group meeting. Sampailah ke jam 9 malam. Lepas tu balik hotel dan tido…  ZzZzzZZ

Alhamdulillah… selesai hari pertama training.

Jumpa esok J

Tuesday, June 25, 2013

Coretan Extravaganza Bangkok 2013 dengan keretapi part 2

Salam…

Hari kedua dlm train. Celik2 mata rasa mcm best sbb tempat tido lebih best, maklumla tido bawah dan katil plak besar. Bangun2 gosok gigi, solat. Pastu minum shake. Pastu lapau lagi order roti bakar. Hahah tu bestnya org gain weight ni. Tp bosan duit abis beli makanan je. Dijangka kiteorg tiba jam 10 pagi. Tapi akhirnya kol 1 gak sampainya. Hahaha lambat la jugak.

apa yang tengah dibebelkan tah

ni rupa seat dalam train Hatyai - Bangkok. ni lah yang paling best.
ha ni la katil atas yang telah disiapkan oleh pekerja train.
ni plak pemandangan bila dah di siapkan katil2 semua. cantik kan?

Sampai2 Bangkok, hati aku sayu gak. Menitis gak air mata. Ya Allah, akhirnya aku sampai gak. Huhuhu mmg la org kata, org Herbalife ni cepat sayu. Menitis gak la air mata, tapi cover takmo budak2 ni nampak. hahahha
ni pulak waktu sarapan dlm train, lepas shake, mkn pulak. 


Mula2 gayat gak la tgk stesen ketapinya. Mana tidaknya, landasan ketapi mati begitu je. Maknanya ketapi kalau nak jln kena undur ke blakang pastu cari la jalan masing2. Puas kiteorg ambik gambau kat situ, sbb tak pernah jumpa stesen ketapi mcm tu sblm ni.
tgk jln ketapi ni mati mcm tu je kat sini. :D
tu ketapi yg baru sampai. 
tadaaa... ni kiteorg 

ni gambar dr dlm stesen ketapi... 
Lepas tu g cari makanan, dah lapar. Ada kwn kata g cari kat 7e. cari2 semuanya Bab1 tu. Aiyooo lapau dah ni. Tanya security tu dia kata 1 je kedai halal kat dlm tu. Cari punya cari jumpa kat food court. Cuma antara boleh telan atau tidak sbbnya dia satu je kedai halal.. pastu lain2 sumer jual bab1 tu. Dgn baunya. Ya allah, loya nak muntah sumer ada. Tapi kami kena makan. Nak taknak beli makanan kat kedai halal tu bungkus, kiteorg mkn kat luar food court. Takut tak tertelan makanan tu. Alhamdulillah dok luar abis je kiteorg mkn. :D sebab lapar sangat. Tu yang licin.

ni pemandangan dalam stesen ketapi 
kat dlm tu la food court dan ada 1 je tulis halal... tawakkal... 

Pastu mula mencari arah nak ke IMPACT ARENA. Tak study apa, tu huru-hara sikit tu. Bukan sikit, tapi huru-hara banyak. Mula-mula tanya teksi, sekali dia kata 400baht 1 teksi. Pergh, mahal tu. Pastu dia nak sorang 100baht, lagi gila. Pastu 300baht tapi kiteorg bayar tol. Adoi serabut. Tanya kaunter info depan tu semua taktau. Hampeh. Pastu ada sorang mamat Indonesia tegur kiteorg, rupanya mamat tu org herbalife. Dia tanya nak g impact ke? Kalau nak g impact jgn ambik teksi katanya. Ambik je ketapi ke Lak Si, baru 40baht sorang. Haaa? 40sen sorang… gila la teksi ni. Na menipu je. Mujur la mamat Indo tu ada tegus kiteorg. Akhirnya ramai2 naik ketapi tu. Berpuluh org la jugak. Tp ketapi murahkan, kerusi kayu tu, takde aircond pun. Huhuhu okla dr kena pau 40 hengget.
ni 1 kedai halal tu... berkerumun kiteorg.. lapar punya pasal... tp food court sini pakai kupon. 
tgk la muka masing2 pilih lauk. lapar, tapi macam tak berapa blh blah...
ni gambar dlm food court tu... bau tak tahan... meloyakan tekak.
akhirnya kiteorg mkn kat luar ni... baik tak kena marah, tempat mkn ada, tapi makan bersepah
tgk tu, ada musolla tau kat stesen ketapi bangkok ni.

inilah menu kat kedai tu. aku paham no je. 

Dalam ketapi tu, toksah la cakap baunya ya Allah… meloya semua ada. Sbb sepanjang ketapi tu berjalan, sepanjang tu la hidung aku terbau hanyir ala2 reban ayam yang sebelum ni aku bau bila ketapi berhenti di stesen2 ketapi. Puas aku tahan. Nak tekup hidung dgn tudung, nanti takut derang terasa, tapi aku mmg tak tahan dah, sbb sampai nak terjeluek. Trus aku tutup hidung dgn tudung aku. Sayang woo nasi yang aku makan tadi. Kang mana aku nak cari nasi halal lagi. Huhuhu terus rasa insaf. Sbb sygkan nasi yang aku mkn dr aku muntahkan, aku tekup juga lak hidung aku dgn tudung. Tapi orang2 keliling aku pandang lain macam je kat aku. Lantak la wei nak pandang ke nak apa. Janji aku tak muntah. Dah nak sampai Lak Si, pekerja ketapi tu dtg kat tempat kiteorg sambil sebut Lak Si, Lak Si, agaknya dia takut kiteorg terlepas stesen. Hehehe baik gak derang.

ni masa deal nak ambik teksi dr stesen ketapi ke impact. 
ni masa beli tiket ketapi ke Lak Si. 4 baht je ye. mcm 40sen kita la.
Turun ketapi, nak cari teksi plak, taktau berapa jauh dr stesen ketapi ke impact. Tahan teksi, dia mintak 200baht mulanya. Tawar punya tawar, akhirnya dia bagi 100baht. Taknak langsung pakai meter, mmg hampeh. Sakit ati je aku g sana. Asyik nak kena tipu je. Padahal dr situ ke impact takde la jauh sangat. Cuma jem je. Tapi bila sampai impact, aku tgk teksi lain dah sampai. Teksi kiteorg paling lambat sampai, padahal teksi kiteorg la yg jln dulu. Aik? Pelik. Takpe la. Janji sampai.
ni rupa dalam ketapi tu. macam bas patt hup satu masa dulu. kusi kayu, takde aircond dan bau... perghh harummm
sumer dok tahan hidung... tak tahan bau sbnrnya ni... 
pisssss la konon... padahal nak termuntah dah tu... huhuhu


Sampai2 je kat situ aku terus berlari cari tempat daftar. Budak2 ni aku soh daftar sendiri sbbnya aku kena masuk Leadership training. Lepas daftar, aku tgk takde apa2 yg aku dapat selain tag Reneral. Aku tanya mamat cina tu, aku blh masuk leadership training tak? Dia kata tak? Aik? Apsal tak? Aku soh dia cek semula, dia kata tak lagi. Uwaaa… mmg hampa. Tapi aku tak tunjuk depan budak2 ni. Aku trus je bawa beg berat tu duduk bersila kat tempat kosong tepi tempat daftar tu. Dgn tak mandi dari semalam, kiteorg dok lepak situ. Sampai ada yg terlelap2. Aku plak pasang head phone, dgr je la leadership training dr situ. Dapat la sikit2. Tapi serius tak best. Adoii nasib. Dulu masa spectacular heboh2 kata aku qualify party, last2 daftar takde apa pun. Exravaganza pun sama. Patutnya aku call tab team utk dptkan kepastian. Rupanya derang boleh tolong. Ermmm takde rezeki. Takpe cuba lagi. :D

tadaaaaaa.. akhirnya sampai juga extravaganza yg 1st aku pegi... 
ni la IMPACT ARENA..... 


Training kat situ sampai kol 6 lebih, pastu ada group meeting. Jumpa tab2 team sumer untuk di bahagi2kan kumpulan tempat tido dan pengangkutan. Lambat gak la balik, dlm kol 9 lbh gak la. Perut dah mendidih, badan dah letih gila, dgn tak mandi dah 2 hari. Huhuhu. Masuk2 van dpt lelap sepicing. Sampai2 hotel dah dpt kunci, tanya pasal makanan(biasala aku kan.. yg perut dtgkan bocor je ni), sekali jawapan. Ermm makanan kita dah basi. Perghhh berdesing telinga aku. Pakcik van dah balik, baru tau nasi dah basi. Adoi mmg nak makan orang aku masa tu. Kenapala ko tak ckp masa pakcik van tu ada? Boleh la mintak tlg dia bawakan ke tempat mkn. Mesti dia tau mana tempat makan halal. Derang taktau ke yang Bangkok ni siksa dpt makanan halal? Mmg aku marah giler masa tu. Dari semalam sampai ke mlm tu aku Cuma dpt makan nasi sekali je. Perghh… lagipun aku bukan kena ambik program lost weight, aku kena gain weight. Mmg menggigil kelaparan aku masa tu.
tgk.. bersapau masa leadership training... aku tak dpt masuk... uwaaaa
ha ni gambar dgn skrin besar kat luar tu. golap...



Pastu derang ajak g cari makanan. Jalan punya jalan, semua aku jumpa babi saja. Uwaaaa… badan dah makin letih, mata dah ngantuk, perut lapar giler. Budak2 ni kata nak g Silom Road, situ byk makanan halal katanya. Bila aku tanya berapa jauh? Dalam 5batu. Pergh??? Nak jalan kaki? Pastu belom tau kedai buka lagi ke tidak time tu. Terus aku buat keputusan tak payah. Aku dah ngantuk dan penat, aku makan je roti penyek dan tuna yg Dali bagi tadi. Pastu aku beli buah byk2, beli air. Makan roti penyek tu, buah dan shake je mlm tu, terus lelap. Janji alas perut. Taktau budak2 ni balik kol berapa yg pegi Silom Road tu.  Aku dah pengsan masa tu.


ni waktu nak cek in hotel... dah berlengas dah bdn ni.
ni waktu keluar cari makan dlm keadaan lapar dan penat... tapi hampa... tak jumpa
yg jumpa tesco lotus ni. ada apa biskut, buah dan air. jadi la........
sampai2 bilik.. mcm ni la... kebuluran... semua lepak blk aku kejap sbb nak habiskan roti penyek yang dali bagi. dah tak tahan nak tido.... zzzZzZZz

Sambung esok pulak ye... babaiii