Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU....


Assalamualaikum

Selamat hari guru. hehehe untuk diri sendiri jugak walaupun bukan cikgu, boleh la. Macam cikgu la jugak... Malu sangat nak mengaku cikgu. Sebabnya cikgu sangat2 banyak tugasnya, saya pula hanya mengajar, bukan mendidik seperti guru-guru. 

Eh... ada perbezaan ke antara mengajar dan mendidik? Ada, kat ejaan. Huhuhu

Cuba cari makna mengajar dan mendidik. Kita akan tahu dimana perbezaannya. Cari sendiri tau. Saya malas nak cari.... :D

Saya merupakan pengajar dan coach pemakanan dan kesihatan orang. hiks :)(mcm cikgu la jugak tu kan. Kalau tak turun berat kena rotan. Macam cikgu la tu. Heehe.) Ada yang takut untuk saya coach nanti. Takla. Saya ni baik tau, tak garang. Tapi kalau dah banyak duit habis beli produk tapi tak turun2 berat, mmgla saya marah. Sebabnya membazir. Tolong jangan membazir okeh. Orang lain dah turun berkilo-kilo, awak tak turun2. Pastu nanti salahkan produk.
Produk tak salah, yang salah diri sendiri sebabnya tak kawal pemakanan, tak ikut cakap coach betul2. Jadi tolong jadi anak murid yang baik ye coachee2 sekalian. :) 

Semoga lebih banyak yang saya boleh kongsikan selepas ini tak kiralah dalam bidang IT atau pun pemakanan terutamanya HERBALIFE.
Dan insyaallah dorongan serta motivasi juga boleh diberi serba sedikit. Maklumla dah jadi org HERBALIFE. :) 

In sya allah. mana termampu akan saya beri tunjuk ajar. Lebih2 lagi di dalam menjalankan bisnes Herbalife. Asalkan anda betul2 inginkan sesuatu dlm hidup(turun berat/ naik berat/nak sihat atau nak berbisnes...)

Ok ni saja setakat ini. 
Jumpa lagi.

Selamat hari guru cikgu. Untuk guru-guru yang mengajar saya di :

Sek. Keb. Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka
Sek. Keb. Felda Palong 7, Gemas, N.Sembilan
Sek. Men. JAIM Al-Ahmadi, Paya Rumput, Sg. Udang, Melaka
Institut Teknologi Ibnu Sina
KUSZA

tadaaaaaa... Wassalam

No comments:

Post a Comment