Wednesday, November 13, 2013

Trip ke Medan - Part 3



Hari ketiga

Bangun pagi tu kena siap2 lagi untuk check out sebab dari situ nak ke Pulau Samosir dan seterusnya ke Medan pula. Memang kena awallah takut terlepas feri ke Samosir. Kalau terlepas jam 8 pagi tu, kena tunggu lagi lambat. Masuk lambat, keluar pun akan lambat dan seterusnya akan lambat sampai Medan kata pak supir. Cepat2 kiteorg mkn dan bergambar. Kat hotel ni pemandangan sangat cantik. Puaslah bergambar kat sini. Hotel ni duduknya btl2 dihujung tasik. Tempat makan pula katas bukit lagi tinggi dr bilik kami duduk. Memang nampak lagi cantik pemandangan dari tempat makan. Sarapan pagi kat sini cuma sepinggan nasi goreng. Tak boleh tambah2 ye. Baik ada shake. Lepas sarapan, shake pula utk cover ke Pulau Samosir tu nnt. Mesti kelaparan sbbnya susah nak cari tempat makan. Huhuhu 

Sampai jeti feri ke Samosir, ada org jual buah salak. Apalagi, belilah. Takut kelaparan nnt kat sana. Tau je lah mmg suku kaum batak je kan kat situ. Dan majority bukan muslim. 
Menunggu feri ke Pulau Samosir

Sampai ke Samosir, kiteorg ke muzium kaum batak. Erm mmg agak menyeramkan cerita yang di ceritakan kat situ. Tgk rumah derang, dengar cerita2 lama dan adat2 lama yang derang pakai. Mmg keje penggal kepala je, lepas tu makan. Patut org akan kata batak makan orang. Memang macam tu rupanya. Tapi, dululah. Sekarang tak lagi. Dah ada undang-undang suka2 je nak makan orang. Mana boleh kan? Hehehhe. 
Belum masuk pulau lagi ni... hehehhe
Ni kat Kg Batak tu.

Tukang cerita bercerita. Berapa tah kiteorg bayar dia... tak igt dah...

Ni dlm rumah derang... ala keciknya... duduk sampai 6 keluarga blh muat. aiyark...

HORAS... kira bagi salamlah ni...

Ermmm khusyuk masing2 mendengar...

Nilah dia rumah asli batak... punyalah kecikkan?

Ni plak sesi mendengar cerita tang hukuman pancung plak... nak pitam aku dengau... ni tempat ketua2 batak mesyuarat.

Ni lah dia batu tempat jlnkan hukuman pancung... sebelum pancung.. kasi kelar2 dulu 1 bdn. pastu perah plak limau nipis 1 badan.. ha ambik... mcm nak masak plak... semata2 nak pastikan ilmu hitam derang dah hilang.

Ni lah cara org nak kena pancung tu baring atas batu tu... ermmm
Pastu pancung... dah pancung.. biar plak situ.. ambik organ2 dlm... perah limau lg.. pastu makan... eii yer... nak muntah acik donga ehhh... ngeri2... blh pitam aku...
Mancung idong patung tu...

Habis kat Kg ni.. kami di bawa pusing2 area pulau Samosir. Cantik pulau ni. Mat saleh mmg suka dok sini. Kemana2 derang jln kaki atau berbasikal lalu kampung2. Tapi kita ni taktaulah sesuai ke tak dok sana. Sbbnya lagi ssh rasanya nak cari makan kat dlm pulau ni. nampak 1-2 kedai je. Tanya supir, dia pun tak berani. hahahaha adoi aiii... lapau dibuatnya. Nak kena sampai Parapat juga baru blh dpt nasi. uwaaaa...

Ni antara gambar2 pemandangan yang sempat kiteorg ambil kat dlm pulau tu. :)





Lepas habis situ, terus gerak ke jeti feri. Nak ke Parapat semula. Makan di Parapat. Ermm gastrik aku kejap. Tu yang nampak je org jual buah aku beli, lapar. Kol 3 petang baru dpt makan nasi.
Dari Parapat ke Medan tak melalui jalan pergi haritu. Jalan lain pulak. Tak nampak tasik. Ni semua darat je. Boleh tahan gak lama masa perjalanannya dan lori besar2 sangatlah banyaknya. Pastu driver2 Medan ni semua berani mati punya. Lori depan mata boleh lagi dia memotong. Terjerit2 kiteorg yang tak biasa dengan situasi tu. Huhhh sakit jantung. Lampu isyarat merah pun dia jalan. Bila ditanya. Lampu isyarat kat Medan kalau merah tu jalan. Pergh… seram aku… baik tak mati katak kena langgau.

Kat bawah ni semua gambar2 sesi mengabiskan duit... shoppinglahhh apa lagi... tapi.. kat sinilah yang paling murah kalau nak dibandingkan tempat lain... 



Duit dah abis... huhuhu

Sampai Medan dah malam. Check in hotel, mandi, solat pastu g cari makan. Hajat hati nak cari spa tapi, dah malam sgt dan dah penat. Spa atas katil je la. Esok pagi2 nak ronda Medan plak.

Dah malam... kelaparan lagi... baik sebelah hotel ada food court... driver dah tamat waktu bekerja... dah penat... balik rumah terusss


No comments:

Post a Comment