Wednesday, March 5, 2014

Perihal servis AirAsia yang buruk...

Bismillah...

Harini nak mula menulis. Tapi bukan menulis pasal nutris atau pasal diri sendiri. Harini nak cerita bab AirAsia. Tergerak pula nak tulis pasal ni. :D



Ok. Rasanya semua tahu yang di Malaysia ni AA ni antara yang termurah. Adakalanya MAS lebih murah. Tengok keadaan dan tempat jugalah. Kita penggunaka kena pandai cari untuk selamatkan poket kita. Tapi yang murah tu biasanya macam-macam hal. AA lah ni.

Baru2 ni ada iklan 0 ringgit kan? Aku pun gatal tangan klik sana klik sini. Akhirnya berkenan dgn tiket ke Korea. Tapi kali ni nak try turun tempat lain, balik tempat lain. Pergi turun di Busan dan balik naik di Seoul. Beli tiket pergi dulu. Bayar pakai BIG card. Masa lepas buat bayaran tu aku nampak booking number kat skrin, status PENDING. Ok takpe. sbb biasanya nnt dlm acc AA aku akan masuk booking number tu tanpa aku salin booking no tu. Lepas tu aku terus buat carian utk balik pulak. OK dapat dan terus buat bayaran. Nampak booking number dan status pending juga. OKlah tu. settle semua aku login kat AA dan tgk Manage My Booking. Aik? terkejut sbb yg balik je ada pergi tak ada langsung booking no kat situ. Aku cek tune2big tgk jumlah tu dah duduk kat unposted. Cuba call AA dan BIG. Big kata duit tu dah masuk ke AA dan diberinya aku Approval kod dan Ref kod. Aku call AA(sbb ni AAX) lain tak dilayan ye. Dahla seminit 1.80 bapak punya mahal. Menceceh je tak habis2 mau dekat 5 minit menceceh belum lagi dapat cakap dengan operator. Bila dpt cakap dengar suara operator mcm robot. Maybe guna line internet ke apa call dia aku pun taktau. Teruk sangat dengarnya. AA suruh aku emelkan kat AAx detail bayaran semua.

Pastu tak dapat apa-apa respon dari emel. Aku cuba pula FB, pun sama tak berjawab. Kat fb tu aku nampak punya ramai manusia sama kes macam aku. Duit dah takde dlm acc(bank, CC) tapi booking no takde atau booking tulis pending berhari-hari. Semua naik hangin.

Seorang chinese ni msg fb aku. Jie Meng namanya. Dia suruh aku ke service sentre AA. Sbbnya dia dah pergi dan lepas beberapa hari dpt tiketnya. Pastu aku pun cuba g semalam di seremban, sampai2 budak tu cakap akak punya booking ni dah dibatalkan. Kena beli tiket baru katanya. Nanti duit AA akan return ke acc kad BIG akak. Tapi selepas 30 hari bekerja. Erm.. aku pun Ok je.

Dah nak sampai Bukit Putus tiba-tiba aku terfikir. Buatnya aku beli baru tiba-tiba ada pula tiket lama tu apahal? Sapa nak bertanggungjawab? Aku pusing balik utk dptkan bukti kalau apa-apa lepas aku beli tiket baru takut tiket lama ada pulakkan. Jauh tu pusing semula. Terpaksa, alang-alang dah kat seremban baik aku settlekan terus.

Sampai2 aku minta adik tu print dr sistem yang katakan tiket aku batal dan duit akan dipulangkan semula. Adik tu kata tak boleh sebabnya dalam sistem. Aik? Takkan tak boleh print? Dia kata tak boleh kak. Saya pun takde printer. Haishh hangin aku. Habis tu kalau aku tak dpt balik duit 700 aku tu apa aku nak buat? Nak claim cemana? Dia bagi no Booking dan tarikh tikel tu dibatalkan saja. Aik? Macam tu pun boleh? hampeh btl. Kalau ye pun batal jgnlah diam macam tu je. Paling tidak pun sila lah maklumkan di emel akau dlm sistem AA tu. Geram betul aku.

Ok. Kalau sapa-sapa ada masalah macam ni. Sila ke kaunter dengan segera, lambat kalau twitter, fb, live chat ni bagai. Aku mengadap live chat yang tunggu berjam-jam tu sampai tak pergi makan. Last2 baru bagi Hi. dan disconnect. Erm... alahai.. teruk betul.

Sebelum ni aku kena web cek in. Masa nak web cek in aku ada tambah berat luggage. Tapi pending. Bila dah pending tak boleh buat web cek in. Pun sama takde bagitau apa-apa kat skrin. Aku call(masa tu ada call centre) macam nak gila. Beratus bill telefon aku masa tu gara2 AA ni. AA kata CC... CC kata AA... last2 aku naik hangin. Aku cuma nak tau cemana aku nak cek in dan tanpa perlu bayar berat luggage yg dah beranak pinak ni dgn harga airport. Dah kena hamun barulah operator tu cakap. Pergi je ke kaunter AA masa nak terbang, nanti bayar kat kaunter. Ha... tak faham aku. Apa masalah korang ni? Benda senang je sbnrnya tapi jadi rumit sampai aku kena bayar bil telefon lebh rm100 hanya utk AA je. Haishhh.

Kalau sapa2 jadi macam ni pulak. Haaa terus je ke kaunter tunjukkan add on punya bayaran yang pending tu dan bayar je cash kat situ. Ha habis cerita.

Mungkin AA rasa orang ramai mmg bergantung dgn AA disebabkan harganya yang murah. Tapi tolonglah improve bahagian servis tu. Sangat-sangat menyusahkan orang ramai.

Ha tu je luahan hati untuk AA kali ni. Sekian. Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment