Thursday, December 13, 2012

Penghargaan

Salam...

Penghargaan.
Nampak macam mudah. Tapi amat sukar untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.
Tak perlu hadiah mahal2. wang ringgit berkepuk. Emas permata. Tapi cukup la sekadar ucapan "terima kasih". Ianya sangat bernilai bagi setiap manusia. Tapi, tu lah yang sangat2 sukar utk dilafazkan.


Macam tu jugalah dengan apa yang kita buat atau kita minta orang lain buat. Bila buat kerja yang diminta oleh jabatan, sijil penghargaan amat2 diperlukan. Lagi2 jika perlu berkampung di hotel selama berminggu2, meninggalkan anak bini di rumah, perlu menyiapkan satu2 tugasan tu dr jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 malam. Cukuplah hanya dengan diberi sijil sebagai penghargaan atas usaha dan jerih payah dalam melaksanakan tugasan yang diminta. Tapi bukan sijil penyertaan. Kerana sijil penyertaan seakan-akan tiada makna. Hanya menyertai sesuatu bengkel atau kursus sedangkan kita bersengkang mata, memerah otak untuk menyumbang idea dalam pembangunan satu2 tugasan.



Akhirnya, selepas berhempas-pulas menyiapkan silibus dari SMK ke sijil sepenuh masa sehinggalah penyediaan spesifikasi peralatan tapi yang munculnya hanya sijil penyertaan, sijil penyertaan dan sijil penyertaan lagi dan lagi dan lagi. dan pada hari ini, 13/12/2012 kami diberikan sijil penghargaan. hehhehe mcm dpt emas sebakul pula kan semata2 dpt sekeping sijil penghargaan. Baru diri ini terasa dihargai. Segala usaha dan jerih-perih selama ini seakan terbayar. Lagi menariknya yg menyampaikan adalah KP sendiri. Juga sijil ini ditandatangan oleh KP. hehehhe mmg la masing2 kembang semangkok. Gembira, bangga, segala macam ada. :)

Tq KP. :)

No comments:

Post a Comment