Thursday, December 20, 2012

20.12.2012 dan Aku...

Bismillah...

Apa yang spesel sgt dgn 20.12.2012 ni eh?
Mulanya aku tak perasan pun tarikh cantik ni. Selepas ada org dlm fb tunjuk, baru aku terperasan.

Wahhhh tarikh yg sgt cantik.

20.12.2012 







Mesti ramai yg kawen tarikh ni. Kalau la blh kawen tarikh ni... mmg bagus. Tp yg pastiny a tarikh ni bukan tarikh aku kawen. Ni tarikh birthday aku yg ke .... (isikan tempat kosong) hehehhe

20.12 adalah tarikh lahir aku. Tapi boleh dikatakan aku jarang2 sgt ingat tarikh ni. Sbb apa?
Sbbnya, keluarga aku mmg tak pernah pun ambik tau hal2 ni, lagi2 potong2 kek ni. tak yah mimpi la.
Dah dpt hidup pun dah cukup baik kan.  ehehhe

Lagipun adik beradik aku ramai. 11 orang. Haiyoo jenuh gak nak ingat tarikh lahir tiap orang. Ingat sendiri2 punya tarikh lahir je cukup la.Tu pun kalau teringat. Aku cuma ingat tarikh lahir aku dgn adik aku yang no 3. Sebabnya? Sebabnya aku 20.12 dia 21.12 hahahah selang sehari je tarikhnya. Jadi, dia je la yang aku ingat. lepas aku, esoknya dia. Yang lain2? hehehhe mmg tak ingat. Harap maaf. Tak pernah sambut apa2 sambutan, cemanala nak ingatkan?

Masa skolah dulu, aku pun jrg2 la igt tarikh lahir aku ni. Inikan pula kwn2. Sbbnya tarikh lahir aku bulan 12, bln 12 tu skolah cuti. Jadinya takde sapa pun la ingat birthday aku. huhuhu sedihnya.
Takde la sedih mana pun. :) sbb dah terbiasa. Dari kecil sampai ke tua org tak ingat tarikh lahir aku.
Tak kecik ati pun. Sbb, kdg2 aku pun terlupa tarikh lahir aku.

Tapi bila ada fb ni, mmg akan tau la tarikh lahir aku. Sbbnya penuh wall org ucap selamat hari lahir. Jadi baru aku perasan 'eh... birthday aku harini rupanya' hehehhe
Ada yang siap call nyanyi happy birthday to you lagi. hehhe terharunya... terima kasih semua.

Terima kasih pada semua yang wish birthday aku tu. Love u all...
Makin bertambah usiaku. uhuk. makin tua la maknanya tu. Ok. Kena target betul2 segala KPI yang belum lagi tercapai selama ni.

HAPPY BIRTHDAY SHIKIN... 
SELAMAT MENEMPUH PERTAMBAHAN UMUR.

nahhh... ambik kek tinggi ni... hehehhe
apa pun igt!! jgn mkn kek banyak2. naik lemak2 dlm badan nanti :D



No comments:

Post a Comment