Thursday, June 27, 2013

Coretan Extravaganza bangkok 2013 dengan keretapi part 4


Hari ke 4.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, harini adalah hari terakhir training. Semoga mendapat ilmu manfaat dari training ni.

Pagi ni kami kelewatan, maklunlah semalam balik lewat dan badan pun rasa betul-betul penat. Akhirnya lepas solat semua tidur tanpa mandi. Hehehe gara-gara penat lah ni. Tak apa, kami sendiri je yang bau, org luar bilik tak boleh bau pun. Kan kan kan?

Berlari turun ke bawah, ambil sarapan pagi seperti biasa buah, roti dan pancake. Sambil tu buat shake untuk diminum di dalam dewan. Sesampainya kami ke impact, kami dah terlihat orang ramai beratur, berasak-asak dan bersesak-sesak hendak memasuki dewan. Hanya satu pintu sahaja yang dibuka untuk peserta biasa. Bayangkanlah hamper 20 ribu orang bersesak-sesak nak masuk hanya melalui satu pintu? Berhimpit-himpit, panas, macam-macam bau yang ada. Maklumlah macam-macam bangsa dan Negara, jadi macam-macamlah adat dan budayanya. Tahan bau sahajalah. Memang rasa sangat-sangat nak marah. Macam kambing dah dibuatnya. Masa nak masuk tu ada yang terhimpit-himpit, menjerit-jerit marah. Kami Cuma khuatiri ada yang terjatuh lalu dipijak. Aduh… mintak dijauhkan. Semoga pihak atasan herbalife mengambil serius tentang perkara ini. Selagi tidak berlaku apa-apa, tak apa. Bayangkan kalau terjadi rempuhan kuat dan ada pula yang jatuh dan akhirnya dipijak dan mati? Sapa yang akan dipersalahkan? Bukankah itu nanti akan menjadi isu besar kepada herbalife? Saya harap adalah dikalangan yang berkuasa di herbalife mengutarakan hal ini. Tak perlu lah menyekat org biasa masuk hanya dari pintu-pintu tertentu saja. Kalau buka banyak pintu bukankah lebih mudah? Dan tidak menyiksakan orang ramai? Secara tak langsung kita boleh mengelakkan kecelakaan yang boleh merosakkan nama herbalife.

Bila dah berjaya masuk, dah tau kat mana tempat yang awal-awal tadi masuk. Aku tengok kat atas tu. Pergh… aku dah la gayat dengan tiggi, inikan pula tempat tu mcm scrafolding tu, pasang siap. Memang sangat-sangat menggerunkan aku. Aku cuba untuk naik mulanya, tak berjaya. Sebabnya masa naik tu orang-rang yang duduk di situ tengah beridiri dan seakan-akan berjoget-joget mengikut rentak lagu. Lantai tempat duduk tu aku rasakan berkeriut-keriut. Huhuhu turun semula. Cari kekuatan untuk naik. Aku cuba lagi sekali, tapi di tangga sebelahnya pula. Pun sama, tak mampu sampai ke atas. Aku sangat-sangat takut. Satu perasaan yang tak boleh aku gambarkan ketika itu. Sama perasaannya masa arwah atok meninggal dulu. Aku takut kalau aku sampai ke atas tu, aku boleh kena hysteria. Aduhh… mintak dijauhkan.
Ruqayah dengan omar datang untuk menunjukkan tempat duduk pada aku. Maybe dia ingat aku taktau derang dok mana. Bukan taktau, tapi tak mampu untuk naik sampai ke atas tu. 

Ermm tu lah salah satu kelemahan aku yang dr kecik aku tak dapat atasi. Ada masa boleh atasi, ada masa tak boleh. Tetiba aku sedih, tak tahan hiba Ruqayah peluk aku.  Bukan aku sedih sebab tak dapat duduk sama-sama derang, tapi sedih taktau kenapa. Mmg tak boleh nak gambarkan perasaan masa tgk tempat tu. Sedih ada, marah ada, bercampur-baur. Akhirnya aku pergi cari tempat duduk sendiri. Aku ke ruang paling belakang, duduk di atas lantai. Erm lega… aku tak perlu bending rasa tak tentu arah tu tadi. Masa makan tengahari, aku ke tempat derang. Tengok orang dah tak ramai dan keadaan agak stabil. Aku gagahkan diri untuk panjat tempat tu. Alhamdulillah berjaya juga sampai ke tempat mereka. Huhh lega. Tapi lepas tu aku tak turun-turun. Jadinya aku minum air sikit sangat supaya aku tak kena pergi ke toilet. Hehehe penakutnya la kan…?

Petang tu, sempat kiteorg bergambar dengan PT dan beberapa artis antaranya Raja Farah dan Nurul Depp(suami dia PT tu.. untungnya). Selain tu kietorg sendiri gila bergambar ramai-ramai, sorang-sorang pun ada, pantang nampak tempat cantik.
ni antara gambar ramai-ramai

Ni kumpulan aku.

5 get 5 la pulak...

Ni gambar dengan Nurul Depp. jeles... aku tak masuk

nampak jugak Depp kat blakang tu. okla :)

Raja Farah pun ada

Ni group Dali

Sampai habis training haritu aku di tempat yang menggerunkan aku.  bila dah habis petang tu kiteorg ada post meeting. Akhirnya seperti biasa balik kol 9 malam. Tapi kiteorg beramai-ramai ke Silom Road. Apa tah budak-budak ni nak cari. Nak berjalan punya pasal, aku pun ikut. Takde beli apa pun, setakat fridge magnet dan penanda buku utk saguhati buat kawan-kawan. Selebihnya kepenatan. Tahan teksi yang mahal melampau(seperti biasa la dia nak pow) akhirnya dapat gak yang murah. Tak ingat dah berapa baht. Tp murah la. Sbb dia pakai meter. Tuktuk tu pun nak 200baht. Dekat je, Cuma aku taktau jalan balik. Bila dah naik teksi, alahai dekat rupanya, kalau jalan pun sampai tadi. Huhuhu takpe la. Sekurang-kurangnya tak letih sangat. Sampai-sampai bilik terus tido.



Gambar-gambar ni lagi menjeleskan aku... 


Esok sambung…. Hari nak balik dah…… yeaaaaaaaayyy

No comments:

Post a Comment