Wednesday, September 18, 2013

SUCCESS... KEJAYAAN

assalamualaikum


Hari ini tiba-tiba ternampak gambar ni -->

SUCCESS... KEJAYAAN...
Besar maksudnyakan? semua orang berkehandakkan kepada kejayaan. Tak kiralah kejayaan di dalam apa jua sudut. Berjaya belajar, memasak, bekerja, berniaga, semualah. Tapi tahukah kita sebenarnya kejayaan kita bergantung atas apa yang kita fikirkan? Aku pun dulu tak pernah terfikir. Sebab malas berfikir kot.

SV Training last month yang buatkan aku baru perasan benda ni. Ayat dr Kak Kamilah Jusoh

'untuk berjaya, kita perlu perbetulkan mindset kita. Kenapa? Sebab mindset/pemikiran kita ni ibarat Blueprint. Blueprint mana boleh ubah/padam.' 

Erk... terkesima kejap aku. Selama ni aku anggap perkara tu perkara remeh. Sebenarnya itulah titik utama dalam kejayaan. Kalau kita dah fikir kita tak boleh berjaya atau kita fikir untuk melakukan sesuatu itu susah, berapa tinggi usaha kita pun, pasti kita tidak boleh berjaya. Sebabnya semuanya dah tersemat di minda kita. Apa pun yang kita buat selepas itu adalah mengikut kata minda kita. Secara tak sedar, ianya juga merupakan satu doa.

Jadi, jom ubah mind set kita supaya kita sentiasa menjadi orang yang cemerlang. Dari pemikiran akan membentuk perbuatan. Berfikir secara cemerlang, Insyallah kita akan cemerlang dan tindakan kita juga akan mendorong ke arah kecemerlangan. Jauhkan rasa gagal, tidak yakin dan sebagainya kerana ianya hanya akan mendorong kita untuk melakukan tindakan-tindakan ke arah ke gagalan.

No comments:

Post a Comment