Wednesday, November 13, 2013

Trip ke Medan - Part 2



Hari kedua

Pagi esoknya bangun, terus siap2 untuk sarapan dan check out untuk teruskan perjalanan ke Danau Toba. Sebelum begerak, adik2 aku dah berjalan masuk kampong. Dari semalam dia dah aim nak g kebun2 dan rumah2 belakang hotel tu. Pergi juga dia. Siap interview nenek tua kat kebun tu. Dan siap bergambar bagai. Memang minat derang dgn kebun2 sayur ni.
Pemandangan sepanjang perjalanan...
Danau Toba... Pandangan dari apa nama tempat berhanti ni ntah...

Gambar kenangan berlatar belakangkan Danau Toba

Sarapan kat hotel ni banyak pilihan. Dan oklah nak dibandingkan dengan hotel2 lain kat Indo yang aku pernah pergi. Lepas sarapan kami bertolak ke Parapat. 
Kat atas sekali... tempat makan

Pemandangan dr tempat makan

Ni dalam cafe tempat makannya...


Perjalanan ke parapat ambik masa 5 jam rasanya. Punya jauh. Tapi pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan. Tengah2 perjalanan tu kiteorg berhenti kat apa tah nama tempat tu. Lupa dah. Ada kawasan jual2 sikit. Tempat tengok2 pemandangan danau toba. Kat situ makanlah apa yang boleh dimakan. Pun kena berhati-hati jugak dalam memilih makanan sebabnya pun ramai bukan islam kat situ. Huhuhu agak kelaparan sedikit kat sini.

Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Parapat. Tah berapa jam tah lagi. Tak ingat. Yang pastinya jauh, memenatkan dan melaparkan. Huhuhu hanya berhenti makan kat tempat2 yang pak supir tahu muslim je dia akan berhenti. Lain2 dia pun tak berani. Atau berhenti kat tempat2 yang ada pemandangan cantik. 
Ni jelah tempat makan kami selama di Parapat

Sampai Parapat, dah petang dalam jam 5 rasanya. Sampai ke hotel Parapat cottage. Yang ni pun aku mintak org supir tu carikan. Murah sikit dr aku booking sendiri. Satu malam Rp502,000.
Check in, solat, tengok pemandangan indah kat tepi tasik tu. Lepas tu keluar sendiri jalan kaki g cari makanan. Jauhlah jugak. Tapi agak hampa. Tak ada warung2 macam kat kita ni. Tak boleh nak ngeteh lah kat sana. J tabiat orang Malaysia kan? Manjang nak ngeteh. Hehehhe. Akhirnya berjalan balik sambil cari kedai makanan untuk makan malam. Tapau je. Sedap jugak lauk2nya. Tak manis. Oklah tu. Tekak Melaka mana telan lauk2 manis ni. 
Bilik kat Parapat Cottage... buka2 pintu.. wahh cantiknya tasik...
Ni Kawasan sekitar hotel

Malam tu dok bilik je sambil tengok air tasik tu berombak. Macam air laut juga. Lagi malam lagi kuat lak airnya, macam air pasang di laut. 

Kesimpulannya, tak banyak xtvt yang boleh dibuat di Parapat. Kalau org hanimun okeylah kot. Kiteorg dok la berborak adik beradik. Tengok tv pun tak berapa nak pahamkan. Hehehhe. Last2 bercerita je sampai lelap.

Petang2 kononnya nak cari tempat makan.. goreng pisang ke apa... last2 kelaparan. takde tempat makan... uwaaaaa

Sunday, October 27, 2013

Trip ke Medan - Part 1




Dengan nama tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha penyayang… 

Ni trip yang dah lama. 
Bulan 6 hari tu sebelum aku ke Extravaganza Bangkok. Tapi, ni baru aku ada mood untuk menulis entry ni. Heheheh maaf ye Medan, terpaksa membelakangkan kisah di Medan agak lama. 

Hari pertama.

Okey, kami pergi ramai. Sebabnya aku bawak mak, ayah adik no 2 aku, opit, udin, imah dan iza. Pastu kak lin bawa sarah anak dia. Dan kawan kak lin anak beranak(3 orang). Ni percutian bajet, maklumlah bawak mak ayah bagai. Sah2 la anak2 kena tanggung kan? Semua sekali 13 orang. Kiteorg bergerak pagi jumaat lagi. Flight jam 8.00 pagi kalau tak silap aku. Sampai Medan pun jam 8.00 pagi waktu Medan. Hehehhe sama waktunya. Pagi2 buta dah sampai sana.
Muka bangun kol 2 pagi semua ni...

Aku g sana tak pakai pakej, cuma ambil transport dan mintak tlg org transport tu sekali yang carikan hotel. Sebabnya puas aku cari hotel kat sana, semuanya mahal. Pening aku pikirkan. Last2 org transport tu cari lagi murah la pulak. Pada sapa-sapa yang nak cari transport kat Medan, boleh emel kat sini info@Medanstarrentacar.com. Trylah tanya.
Sendat... mulanya 1 van je sampai... sementara nak tunggu 1 lg sampai... kenalah bersendat-mendat dlm ni.

Aku masa tu ambik 2 van… nak ambik 1 van paling besar, dia takde van dan bas mini. Jadinya 2 vanlah sebab tak sanggup berhimpit-himpit. 

Sampai pagi-pagi tu tengok semua lengang. Orang tak g kerja pun lagi kiteorg dah sampai Medan. Driver tu pun mcm blur siap tanya ‘kak.. pagi lagi ni. Kita nak kemana?’ aku pun… hahhaha apa lagi, makanlah. Kiteorg lapar sangat2 ni. Dia pun bawak kami makan lontong kat kedai lontong Kak Lin namanya. Lontong sama lebih kurang macam kita cuma, nasinya mcm dibuat dari pulut. Memanglah lemak terlebih-lebih, santan dan pulut. Oklah.  Macam-macam lagi makanan yang dipesan. Ada air yang pelik apa tah nama lupa dah aku.
Orang sibuk keluar bekerja.. kami pun sibuk jugak atas jalanraya tu.

Lontong kak lin...
Ni semua makanan yang kami makan di Lontong Kak Lin
Lepas makan kiteorg ronda-ronda Medan sekejap. Tapi bosan sebabnya banyak kedai tak buka lagi. Satu dua je yang dah buka. Pegi je lah situ. Aku tak beli apa pun. Sbb rasanya macam sama je benda2 yang dijual kat stu dgn kat tempat Indo yang lain. Hahha maklumlah dah byk kali g Indo, tu jadi macam tu. Lepas tu kami makan tengahari di restoran nasi padang di Medan. Lauk penuh meja. Tapi takdelah makan semuanya. 

Lepas tu kami gerak ke Berastagi. Jauh gak perjalanan dari Medan ke Berastagi, 4 jam ada kot. Kena makan dulu di Medan, sebab kata supir dalam peralanan tu agak sukar nak cari kedai makan muslim. Medan ke Toba ni ramai kristian, jadi tak usah pelik tgk babi sana sini. Huhuhu.
Sampai Berastagi dah petang. Sampai2 situ cuaca hujan, sejuk. Dah la kawasan tinggi, hujan pulak. Berganda sejuknya. Kiteorg duduk di hotel green garden. 1 malam Rp410,000 untuk 1 bilik. Besar biliknya. Tak ada air cond, tu pun sejuk banget... ada kolam renang lagi. Tapi, siapa yang nak berenang sejuk2 tu? Hahaha boleh beku wooo. Masuk bilik kejap, solat, mandi, kiteorg gerak ke pasar Berastagi. 

Pasar Berastagi. Haa kat sini kesukaan mak ayah dan adik2 aku. Mana taknya… derang jual buah dgn sayur je. Pergh… menggila semua orang tengok sayur segar2. Tapi tokleh beli, nak masak kat mana kan? Aku nak cadangkan orang Berastagi buat kedai steamboat lah. Fuhh kalau ada steamboat situ… kompem kiteorg beramai2 makan kat situ. Fuhhh sangat2 terliur tengok sayurnya. Buah memang kiteorg beli banyak. Sebab semua hantu buah, kalau shafie ikut lagilah hantu buah paling kuat tu. Puaslah makan buah. Buah pelik2 semua kiteorg rasa. Mak aku pulak benih bunga yang dibelinya.
Tapi kat pasar ni agak kotor. Pergi masa hujan, lecak merata. Pastu tahi kuda plak bersepah2. Aiyooo jalan kena sgt berhati2. Bau taik kuda je. Huishhh sangat tak best. Mmg terlalu kotor jika nak dibandingkan dengan jogja. Jogja juga banyak kuda, tapi taik kudanya ditadah supaya tak bersepah atas jalan. Mungkin sbb jogja penduduknya majority islam, kat sini majoriti bukan islam. Adalah perbezaannya. Budi bahasa pun jauh bezanya. Jadinya saya lebih suka jogja berbanding Medan. Hehehe. 
Ni yang banyak dijual di pasar Berastagi.

Ok sambung kisah Berastagi. Balik dari pasar, kiteorg pegi makan kat warung sebelah hotel. Makan bakso. Sedap pulak bakso kat situ. Dah la duduk bersila atas kitar. Panas-panas baksonya. Mmg sedap, mungkin sebab lapar sangat kot. Kat situ juga kiteorg makan buah2 yang kiteorg beli tadi. Hehehehe.
Gambar2 di Berastagi

Bergambar sebelum keluar dr hotel di Berastagi

Pastu balik hotel, tidur. Sejuk sangatkan. Memang tak sedar dirilah tidur. Penat sebabkan perjalanan yang agak jauh dan berliku-liku. Cewahhh…

Wednesday, October 23, 2013

Buang lemak vs sorok lemak




Bismillah… 

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini. Mesti antara kita ramai yang pernah mengalami perkara sedemikian kan? Aku pun sama. Dulu. Tak tau cara nak buang lemak, sbbnya dah puas bersenam tapi lemak tetap membonjol sana dan sini. Tak juga kurang-kurang lemak yang ada.
 
takut tak tengok badan yang penuh lemak camni?
Jadinya jalan termudah adalah menyorokkan lemak. Paham taka pa makna ‘sorok’? lemak tu tetap ada dalam kuantiti tu, Cuma kita sorok supaya tidak nampak dipandangan kita atau pandangan sendiri. Hehehhe kak… tu menipu namanya. Tak gitu? 

salah satu contoh sorok lemak.
 
ini juga salah satu contoh

Mana lebih elok samada buang atau sorok? Dulu saya tak berjaya buang, jadi jalan penyelesaiannya adalah sorok. Soroklah dengan pakaian2 yang banyak dijual yg hanya utk kita menipu diri kita sendiri. Bukan tipu orang lain, tipu diri kita supaya kita rasa kita dah cukup kurus atau lemak-lemak yang kita ada dah tak ada. Tadaaaaa magic kan? Mcm korset, girdle dan sebagainya. Masa pakai tu mmg nampak kurus, nampak tak ada bonjolan2 lemak. Cuba buka… fuhhhh… lega… sbb pernafasan kita pun lancar, tak ada yg mengikat kita. Tapi… bila tgk tak lemak tu tadi… uwaaaaaa ada sebenarnya lemak aku. Sangat2 mengecewakan sebenarnya masa lepas buka tu tadi. Betul ke betul?  Jawablah dengan jujur pada diri sendiri, tak payah jawab dengan orang. Sebabnya selama ni kita sudah puas menipu diri kita sendiri. Termasuklah aku dulu. 
 
nampak tak bonjolan-bonjolan lemak(digambar kiri)
Belum kira lagi bab siksa nak memakai pakaian-pakaian mcm tu. pernak cuba? ha cubalah pakai. Mana tidaknya badan size XL, pakaian kita kena pakai tu size XS atau S. Macam kita yang tua ni pakai baju anak kita umur 5 tahun. Cuba test pakai, tengok cemana siksa nak menyarungnya. Pastu nak buang air lagi satu kerja untuk bukanya. Saya pernah tgk kawan saya, tiap kali nak buang air, terpaksa buka semua sekali. Pergh... mau berterabur jawabnya. Tu salah satu sebab orang yang pakai pakaian macam tu tak nak minum air, nanti nak kencing susah. 
Kalau ada peluang untuk kita buang lemak-lemak jahat tu tadi, nak juga ke siksa diri dengan pakaian-pakaian yang menyiksa diri sendiri tu? Jawapan saya pasti saya tak mahukannya. Mana tidaknya, sangat siksa tiap kali pakai pakaian macam tu. Mmg nampak kempis je perut tapi, sesak nafas sbbnya pakaian tu tadi mengikat tubuh badan kita dengan kuat. Siksa perut sbbnya dah tak boleh makan dengan kuantiti yg sihat pun. Sikit je kita boleh makan. Tapi ramai yang saya tengok bila pakai pakaian macam tu, makan macam biasa. Tapi lepas makan… haaaaaa buka… terlambak aja. Apa makna semua tu? Bila dah badan/perut terikat ‘kemas’ macam tu, sudah pasti kita tak boleh minum air dengan banyak. Kena ingat kak oittt… untuk buang lemak dari badan kita, kita perlukan air yang banyak. Sekurang-kurangnya setiap 25kg = 1 liter air masak. Dah perut mcm tu punya di ‘ikat’ 1 liter sehari pun belum tentu kita dapat habiskan. Betul tak? Tak percaya? Cuba buat… pastu tgk betul atau betul kata-kata aku ni? Badan berpuluh-puluh kilo, tapi nak minum air sehari 1 gelas saja. Cukup ke air tu nak sampai ke jantung kita, buah pinggang, dan lain-lain tempat lagi kalau setakat 1 gelas je sehari? Utk buang lemak bagi org yang banyak lemak/gemuk lagi perkukan air yang banyak. 2 kali ganda okeh… kalau berat 100kg = 4 liter air masak.  Itu hanya untuk circulation, perjalanan dalam badan sahaja. Tapi kalau akak nak buang lemak… akak kena minum 8liter minimum kak oit… ehh dik… nanti gemuk airlah akak macam tu. Ermm kalau gemuk air, lagi senang kak. Meh kita cucuk je bdn akak dengan jarum, air tu tadi keluarlah mencurah2. Betul tak tak? 


Bila tak cukup minum air mengikut keperluan badan kita baru kita dikira gemuk air, sebabnya air tu tadi tak dapat dibuang dari badan kita. Tak cukup air, cemana badan kita nak buang air? Terpaksalah simpan utk kegunaan organ-organ badan kita. Macam kita lah kalau musim kemarau, air paip takde, hujan pun tak turun. Nak tak kita guna air tu tadi banyak-banyak? Mesti kita berjumat-cermatkan menggunakan air seciput yang kita ada tu? Betul tak? Ha… samalah juga dengan badan kita. Jadi, jgnlah kedekut bagi air kat badan kita. Sian badan kita, nanti badan kita terpaksa berjimat-cermat juga dalam menguruskan perjalanan air dalam badan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang(ni yang sgt ketara berkaitan air), jantung bermasalah, paru-paru bermasalah, kulit kering, lemak makin bertimbun-timbun(sbb bdn tak boleh flush out lemak2 tu tadi) pendek kata macam-macam lagi akan bermasalahlah kalau tak cukup air ni. Jadi, lepas ni nak ke kita kedekut air pada badan kita lagi? Basuh toilet bukan main lagi kita simbah air. Mewah sungguh air masa basuh toilet, basuh lantai rumah kan? Badan kita, organ2 kita tak nak pulak kita bermewah-mewah air. Jangan kedekut kak untuk badan sendiri. Sbb bila dah sakit, kita sendiri yang merana. 
 
kenapa perlu air yang banyak. 25kg = 1liter
Ha kan dah cerita bab air lagi… padahal nak cerita pasal sorok lemak tapi, air gak aku masukkan. Yelah, air dan lemak memang tak boleh dipisahkan. Untuk buang lemak, kena minum air banyak. Kalau nak sorok je lemak tu, takyah la minum air. Tunggu je lah sampai ‘terlambak’ je lemak tu satu hari nanti dan tunggu masalh-masalah organ dalaman. Nau’zulillah. Mintak dijauhkan. 

Dan... kalau nak minum air banyak2 tu pulak, bukan boleh minum air masak semata-mata. Sebabnya, tekak kita memang tak mampu nak telan air kosong semata. Mesti kita rasa kembung, loya dan macam-macam lagilah. Sama gak macam aku dulu. Jadi, ianya menjadi alasan yang paling best untuk aku tak minum air mengikut keperluan badan. Hehehehe.
Tapi dengan Teamix HERBALIFE, aku boleh minum air 4-5 liter sehari. Antara sebabnya rasa sedap(lemon atau peach) dan mindset. Kita lebih mudah habiskan air berwarna dan berperisa dari air tidak berwarna dan tidak berperisa. Betul ke betul?
Tak percaya? Haaa... jom cuba teamix herbalife. Baru tau betul atau betulnya ayat aku ni. 

silalah baca fungsi teamix ni :)

teamix yang yummy

Bukan setakat menjadikan air yang kita minum tu sedap, ia juga meningkatkan metabolisma kita, bakar lemak, anti oksidan yang tinggi, bagi tenaga takdelah lepas2 makan atau petang2 tu macam ular sawa kekenyangan tidur dan mencuci badan kita dari toksin-toksin dan racun-racun yang kita masukkan ke dalam perut kita setiap hari. Jadi, banyaklah air yang mampu kita minum dan air-air tu tadi akan diserap ke dalam badan kita dan menolak keluar kotoran-kotoran yang ada di dalam badan kita selama berpuluh-puluh tahun.
Mana pilihan anda? Buang lemak atau sorok lemak? Minum air banyak atau tak cukup minum air? Pilihan di tangan kita sendiri. Kita yang menentukan hala tuju badan dan kesihatan kita. 

Untuk yang nak buang lemak, boleh sms/whatsapp saya shikin di 019-6691878 atau emel saya di shikien@gmail.com in shaa allah saya akan sedia membantu anda.
Jumpa lagi… babai…