Dengan nama tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha
penyayang…
Ni trip yang dah lama.
Bulan 6 hari tu sebelum aku ke
Extravaganza Bangkok. Tapi, ni baru aku ada mood untuk menulis entry ni. Heheheh
maaf ye Medan, terpaksa membelakangkan kisah di Medan agak lama.
Hari pertama.
Okey, kami pergi ramai. Sebabnya aku bawak mak, ayah adik no
2 aku, opit, udin, imah dan iza. Pastu kak lin bawa sarah anak dia. Dan kawan
kak lin anak beranak(3 orang). Ni percutian bajet, maklumlah bawak mak ayah
bagai. Sah2 la anak2 kena tanggung kan? Semua sekali 13 orang. Kiteorg bergerak
pagi jumaat lagi. Flight jam 8.00 pagi kalau tak silap aku. Sampai Medan pun
jam 8.00 pagi waktu Medan. Hehehhe sama waktunya. Pagi2 buta dah sampai sana.
Muka bangun kol 2 pagi semua ni... |
Aku g sana tak pakai pakej, cuma ambil transport dan mintak
tlg org transport tu sekali yang carikan hotel. Sebabnya puas aku cari hotel
kat sana, semuanya mahal. Pening aku pikirkan. Last2 org transport tu cari lagi
murah la pulak. Pada sapa-sapa yang nak cari transport kat Medan, boleh emel
kat sini info@Medanstarrentacar.com.
Trylah tanya.
Sendat... mulanya 1 van je sampai... sementara nak tunggu 1 lg sampai... kenalah bersendat-mendat dlm ni. |
Aku masa tu ambik 2 van… nak ambik 1 van paling besar, dia
takde van dan bas mini. Jadinya 2 vanlah sebab tak sanggup berhimpit-himpit.
Sampai pagi-pagi tu tengok semua lengang. Orang tak g kerja
pun lagi kiteorg dah sampai Medan. Driver tu pun mcm blur siap tanya ‘kak..
pagi lagi ni. Kita nak kemana?’ aku pun… hahhaha apa lagi, makanlah. Kiteorg lapar
sangat2 ni. Dia pun bawak kami makan lontong kat kedai lontong Kak Lin namanya.
Lontong sama lebih kurang macam kita cuma, nasinya mcm dibuat dari pulut. Memanglah
lemak terlebih-lebih, santan dan pulut. Oklah. Macam-macam lagi makanan yang dipesan. Ada air
yang pelik apa tah nama lupa dah aku.
Orang sibuk keluar bekerja.. kami pun sibuk jugak atas jalanraya tu. |
Lontong kak lin... |
Ni semua makanan yang kami makan di Lontong Kak Lin |
Lepas makan kiteorg ronda-ronda Medan sekejap. Tapi bosan
sebabnya banyak kedai tak buka lagi. Satu dua je yang dah buka. Pegi je lah
situ. Aku tak beli apa pun. Sbb rasanya macam sama je benda2 yang dijual kat
stu dgn kat tempat Indo yang lain. Hahha maklumlah dah byk kali g Indo, tu jadi
macam tu. Lepas tu kami makan tengahari di restoran nasi padang di Medan. Lauk penuh
meja. Tapi takdelah makan semuanya.
Lepas tu kami gerak ke Berastagi. Jauh gak perjalanan dari Medan
ke Berastagi, 4 jam ada kot. Kena makan dulu di Medan, sebab kata supir dalam
peralanan tu agak sukar nak cari kedai makan muslim. Medan ke Toba ni ramai
kristian, jadi tak usah pelik tgk babi sana sini. Huhuhu.
Sampai Berastagi dah petang. Sampai2 situ cuaca hujan,
sejuk. Dah la kawasan tinggi, hujan pulak. Berganda sejuknya. Kiteorg duduk di
hotel green garden. 1 malam Rp410,000 untuk 1 bilik. Besar biliknya. Tak ada
air cond, tu pun sejuk banget... ada kolam renang lagi. Tapi, siapa yang nak
berenang sejuk2 tu? Hahaha boleh beku wooo. Masuk bilik kejap, solat, mandi,
kiteorg gerak ke pasar Berastagi.
Pasar Berastagi. Haa kat sini kesukaan mak ayah dan adik2
aku. Mana taknya… derang jual buah dgn sayur je. Pergh… menggila semua orang
tengok sayur segar2. Tapi tokleh beli, nak masak kat mana kan? Aku nak
cadangkan orang Berastagi buat kedai steamboat lah. Fuhh kalau ada steamboat
situ… kompem kiteorg beramai2 makan kat situ. Fuhhh sangat2 terliur tengok sayurnya.
Buah memang kiteorg beli banyak. Sebab semua hantu buah, kalau shafie ikut
lagilah hantu buah paling kuat tu. Puaslah makan buah. Buah pelik2 semua
kiteorg rasa. Mak aku pulak benih bunga yang dibelinya.
Tapi kat pasar ni agak kotor. Pergi masa hujan, lecak
merata. Pastu tahi kuda plak bersepah2. Aiyooo jalan kena sgt berhati2. Bau taik
kuda je. Huishhh sangat tak best. Mmg terlalu kotor jika nak dibandingkan
dengan jogja. Jogja juga banyak kuda, tapi taik kudanya ditadah supaya tak
bersepah atas jalan. Mungkin sbb jogja penduduknya majority islam, kat sini majoriti
bukan islam. Adalah perbezaannya. Budi bahasa pun jauh bezanya. Jadinya saya
lebih suka jogja berbanding Medan. Hehehe.
Ok sambung kisah Berastagi. Balik dari pasar, kiteorg pegi
makan kat warung sebelah hotel. Makan bakso. Sedap pulak bakso kat situ. Dah la
duduk bersila atas kitar. Panas-panas baksonya. Mmg sedap, mungkin sebab lapar
sangat kot. Kat situ juga kiteorg makan buah2 yang kiteorg beli tadi. Hehehehe.
Gambar2 di Berastagi |
Bergambar sebelum keluar dr hotel di Berastagi |
Pastu balik hotel, tidur. Sejuk sangatkan. Memang tak sedar
dirilah tidur. Penat sebabkan perjalanan yang agak jauh dan berliku-liku. Cewahhh…
No comments:
Post a Comment