Assalamualaikum
Ermm Terengganu. Negeri yg luas dan banyak pantai. Pantai2
yg sangat cantik.
Negeri Terengganu antara negeri yang paling aku suka. Mungkin
sbb pernah menetap di Terengganu satu masa dahulu. Tak lama pun. Tiga tahun je.
Tapi dah macam kampong sendiri pulak.
Sangat suka dgn kecantikan laut dan pulaunya. Suka dgn
makanannya. Heheh makanan kat Terengganu antara punca aku jd ‘bambam’ satu masa
dahulu. Sampaikan berat aku mencecah 58kg. Dengan ketinggian 149cm, tapi punya
berat badan 58kg. hahah memang la gumoks. Sampaikan roommateku SHIDA panggil
aku cendawan bergerak. Atau khemah bergerak. Cendawan tu sbb masa tu semua org
suma tgk cerita fantaghiro dulu. Apa tah tajuknya. Yg aku ingat watak jahat yang
hensem dalam cerita tu bernama Tarabas. Dan dalam cerita tu la muncul cendawan2
yg bulat2 tapi pendek. Mana shida mengatakan aku mcm cendawan dlm cerita tu la.
Huh bertuah sungguh. Nak buat cemana,
dah gemok pendek pulak tu, terima je la apa org panggil pun.
Tapi sekarang tidak lagi. Huhuhu aku bukan lagi cendawan @
khemah bergerak. Sbb aku dah kurus. Cehhh berlagak sikit. Aku dah slim. Cuma belum
mampu membuang lemak2 degil sehingga yg tinggal hanyalah lemak-lemak sihat. Insyaallah
dgn bantuan HERBALIFE aku pasti blh dptlan % lemak sihat dlm badan aku.
Berbalik pada cerita Terengganu. Minggu lepas aku ke Terengganu.
Meeting item soalan. Masa ni la aku
ambil peluang untuk jumpa kawan2 aku di Terengganu.
dgn zarimi
Hari isnin masa perjalanan pergi, aku singgah di Paka. Jumpa
zarimi. Kebetulan cuti sekolah dan zarimi pula cikgu, pasti ada di kgnya. Betul.
Akhirnya aku berhenti di Paka pada jam 3 stengah ptg. Sampai2 zarimi tanya ‘makang
dok agi?’ hehehhe jawabnya mesti la ‘dok agi’. Trus dia ajak mkn. Huhhh best2. Dpt
mkn ikan singgang. Nyum nyum…
Dah kenyang, dah solat, dah rehat dan dah bergambar. Akhirnya
aku teruskan perjalanan ke KT. Dan aku sampai ke KT dalam jam 5 stengah petang.
Selamat sampai. Alhamdulillah.
Bermeeting la aku di sana sampai rabu. Dan rabu ptg kami
dibenarkan utk ke pasar payang – destinasi wajib kalau ke Terengganu. Hehehhe dan
akulah yg menjadi pemandu pelancongnya utk kwn2 yg tak pernah dok di Terengganu.
Ala g paying je pun. Dan 1 lg jalannya tak byk pun berubah. Cuma berubah dr 2
arah menjadi sehala. Maklumlah dah jadi bandaraya. J masa di payang, aku Cuma bawa
kwn2 ke tempat2 batik yg aku rasa lbh murah dan tempat aku biasa beli. Kwn2 aku je yang beli. Aku tengok je. Sbbnya baru
je aku g pasar payang haritu sbb bawa pelajar ke KT dan aku Berjaya membeli 2
pasang batik. Tapi bukan sutera ya. Sbbnya aku ni MALAS. Cotton sudah. Dan kali
ni aku beli kapok keeping di tempt biasa aku beli. Kat kedai abg Matt kapok. Huhuhu
dr thn 90-an aku beli kepok kat dia.
Jumaat aku habis meeting. Aku ke rumah Mek Nor di Wakaf
Tembesu. Kat situ aku plan dgn kak Ina utk jumpa sekali. Dan tak pasal2 Mirza
pun dtg situ gak. Jadinya dptla jumpa ber4 tu. Aku, mirza, mek nor dan kak ina.
Yang lain tak dan nak jumpa. Maaf ye kwn2. Insyaallah lain kali kita jumpa
pula.
Petang tu aku ke rumah miza di Sg Tong. Dr Sg Tong, miza
bawak aku ke Renek. Umah Ma dan Abah dia. Lama dah tak jumpa mak ayah miza. Tgkla
skali aisyah dan imang. Huhuhu besor gajoh doh budok2 tu. Dulu kecek je d raku.
Lening, derang lebih besor d raku. Hehehe aku je yg tenggelam. Sama je besor
dgn miza. Lame do’oh lekpung tok jupe derang. Hehehe kecek ganung sket.
Sabtunya nak blk ke Bahau, aku singgah di rumah Dik Nor di
Kg Bukit Tok Beng. Berjaya gak jumpa. Dah byk kali ke Terengganu, tapi takdpt
jumpa. Kali ni ada rezeki jumpa dia. G rumah dia, siap makan tengahari lagi. Best
best. Sampai rumah dia, tgk ada plak bekas2 HERBALIFE. Tanya siapa yg mkn? Suami
dia rupanya yg ambil herbalife. Dan perubahannya dlm masa 4 bulan suami Nor dah
Berjaya turunkan 10kg. Wahhhh hebat. Dia kata suami dia pun sangat2 suka. Sbb sebelum
ni macam2 cara buat utk trnkan berat bdn. Tapi turun setakat 1-2kg je. Pastu naik
berkg2. Hehhehe itu normal. Akak pun
hadapi perkara sama Nor. Tapi sekarang akak dah Berjaya turunkan 2kg. dan kekal
je berat. Tak turun tak naik. Insyaallah akak akan naikkan lagi 2kg berat badan
ni. Tp 2 kg tu otot la. Perghhh tinggi cita2. Insyaallah.
Perkara yg aku terlupa masa di rumah Nor adalah AMBIL GAMBAR
DGN NOR. Adoi ingat punya ingat, akhirnya aku lupa jugak. Aiseyy. Nor kata, nak
kena dtg sekali lagi la tu kak. Hehehe insyaallah.
Lepas dari rumah nor aku terus ke Kuala Abang, konvoi dgn
miza. Dia pun nak jln gak katanya. Bosan asyik dok Sg Tong je. Hehehhe jom jom.
Kuala Abang.
Ni la tempat yg aku dr dulu sgt2 nak berhenti
situ. Selalunya aku tgk dr atas bas je.kawasannya sgt cantik. Ada batu besar. Laut
yag biru. Pergh. Akhirnya. Aku sampai juga di tempat ni. Alhamdulillah. Selepas
10 thn kot, baru aku sampai. Takpe la. Asalkan sampai kan? Hehehe
Kemudian aku ke arah kuantan. Miza pula blk semula ke Sg
Tong. Sepanjang jln nak tinggalkan Terengganu tu, aku sgt2 rasa sayu. Taktau la
kenapa. Sepanjang jln tu jugak la aku tak henti2 pandang laut disebelah kiri
aku. Lagi la sayu bila tgk laut tu. Apa yg ada kat laut tu aku pun tak tau. Laut
jugak la salah satu yg menarik2 aku ke Terengganu. Aku sgt2 sukakan pemandangan
laut di Terengganu. Walaupun ombaknya ganas, tinggi dan boleh membunuh aku yg
tak reti berenang ni, tapi aku tetap sukakan laut di Terengganu. Sayu nak
tinggalkan Terengganu. Ceh macam nak tinggalkan suami plak aih. Apa da aku ni
Dr Kuala Abang jam menunjukkan pukul 5 ptg. Aku drive terus.
Tak la laju pun stakat 80-100km/j. jenuh nak kena potong lori2 besar sepanjang
jalan dari Kuantan. Berhenti di kemaman beli satar dan berhenti di Muazam
bancuh SHAKE. Pastu bergegas pandu semula. Akhirnya sampai di palong jam 9.30
malam. Huhuhu SMS miza, dia terkejut. Lajunya akak bawa? Huh? Laju ke? Biasa je
rasa. 80km/j je pun.
Balik dr Terengganu dengan kepok keeping, kopok lekor dan
satar. Cuma aku tetap tak dpt makan nasi air dan coconut shake di Terengganu ni.
L takpe. Insyaallah dtg
lagi.
Babai Terengganu.