Hari ke 4.
Assalamualaikum
Alhamdulillah, harini adalah hari terakhir training. Semoga mendapat
ilmu manfaat dari training ni.
Pagi ni kami kelewatan, maklunlah semalam balik lewat dan
badan pun rasa betul-betul penat. Akhirnya lepas solat semua tidur tanpa mandi.
Hehehe gara-gara penat lah ni. Tak apa, kami sendiri je yang bau, org luar
bilik tak boleh bau pun. Kan kan kan?
Berlari turun ke bawah, ambil sarapan pagi seperti biasa buah,
roti dan pancake. Sambil tu buat shake untuk diminum di dalam dewan. Sesampainya
kami ke impact, kami dah terlihat orang ramai beratur, berasak-asak dan
bersesak-sesak hendak memasuki dewan. Hanya satu pintu sahaja yang dibuka untuk
peserta biasa. Bayangkanlah hamper 20 ribu orang bersesak-sesak nak masuk hanya
melalui satu pintu? Berhimpit-himpit, panas, macam-macam bau yang ada. Maklumlah
macam-macam bangsa dan Negara, jadi macam-macamlah adat dan budayanya. Tahan bau
sahajalah. Memang rasa sangat-sangat nak marah. Macam kambing dah dibuatnya. Masa
nak masuk tu ada yang terhimpit-himpit, menjerit-jerit marah. Kami Cuma khuatiri
ada yang terjatuh lalu dipijak. Aduh… mintak dijauhkan. Semoga pihak atasan
herbalife mengambil serius tentang perkara ini. Selagi tidak berlaku apa-apa, tak
apa. Bayangkan kalau terjadi rempuhan kuat dan ada pula yang jatuh dan akhirnya
dipijak dan mati? Sapa yang akan dipersalahkan? Bukankah itu nanti akan menjadi
isu besar kepada herbalife? Saya harap adalah dikalangan yang berkuasa di
herbalife mengutarakan hal ini. Tak perlu lah menyekat org biasa masuk hanya
dari pintu-pintu tertentu saja. Kalau buka banyak pintu bukankah lebih mudah? Dan
tidak menyiksakan orang ramai? Secara tak langsung kita boleh mengelakkan
kecelakaan yang boleh merosakkan nama herbalife.
Bila dah berjaya masuk, dah tau kat mana tempat yang
awal-awal tadi masuk. Aku tengok kat atas tu. Pergh… aku dah la gayat dengan
tiggi, inikan pula tempat tu mcm scrafolding tu, pasang siap. Memang sangat-sangat
menggerunkan aku. Aku cuba untuk naik mulanya, tak berjaya. Sebabnya masa naik
tu orang-rang yang duduk di situ tengah beridiri dan seakan-akan berjoget-joget
mengikut rentak lagu. Lantai tempat duduk tu aku rasakan berkeriut-keriut. Huhuhu
turun semula. Cari kekuatan untuk naik. Aku cuba lagi sekali, tapi di tangga
sebelahnya pula. Pun sama, tak mampu sampai ke atas. Aku sangat-sangat takut. Satu
perasaan yang tak boleh aku gambarkan ketika itu. Sama perasaannya masa arwah
atok meninggal dulu. Aku takut kalau aku sampai ke atas tu, aku boleh kena hysteria.
Aduhh… mintak dijauhkan.
Ruqayah dengan omar datang untuk menunjukkan tempat duduk
pada aku. Maybe dia ingat aku taktau derang dok mana. Bukan taktau, tapi tak
mampu untuk naik sampai ke atas tu.
Ermm tu lah salah satu kelemahan aku yang
dr kecik aku tak dapat atasi. Ada masa boleh atasi, ada masa tak boleh. Tetiba aku
sedih, tak tahan hiba Ruqayah peluk aku.
Bukan aku sedih sebab tak dapat duduk sama-sama derang, tapi sedih
taktau kenapa. Mmg tak boleh nak gambarkan perasaan masa tgk tempat tu. Sedih ada,
marah ada, bercampur-baur. Akhirnya aku pergi cari tempat duduk sendiri. Aku ke
ruang paling belakang, duduk di atas lantai. Erm lega… aku tak perlu bending rasa
tak tentu arah tu tadi. Masa makan tengahari, aku ke tempat derang. Tengok orang
dah tak ramai dan keadaan agak stabil. Aku gagahkan diri untuk panjat tempat
tu. Alhamdulillah berjaya juga sampai ke tempat mereka. Huhh lega. Tapi lepas
tu aku tak turun-turun. Jadinya aku minum air sikit sangat supaya aku tak kena
pergi ke toilet. Hehehe penakutnya la kan…?
Petang tu, sempat kiteorg bergambar dengan PT dan beberapa artis antaranya Raja Farah dan Nurul Depp(suami dia PT tu.. untungnya). Selain tu kietorg sendiri gila bergambar ramai-ramai, sorang-sorang pun ada, pantang nampak tempat cantik.
ni antara gambar ramai-ramai |
Ni kumpulan aku. |
5 get 5 la pulak... |
Ni gambar dengan Nurul Depp. jeles... aku tak masuk |
nampak jugak Depp kat blakang tu. okla :) |
Raja Farah pun ada |
Ni group Dali |
Sampai habis training haritu aku di tempat yang menggerunkan
aku. bila dah habis petang tu kiteorg ada post meeting. Akhirnya seperti biasa balik
kol 9 malam. Tapi kiteorg beramai-ramai ke Silom Road. Apa tah budak-budak ni
nak cari. Nak berjalan punya pasal, aku pun ikut. Takde beli apa pun, setakat
fridge magnet dan penanda buku utk saguhati buat kawan-kawan. Selebihnya kepenatan.
Tahan teksi yang mahal melampau(seperti biasa la dia nak pow) akhirnya dapat
gak yang murah. Tak ingat dah berapa baht. Tp murah la. Sbb dia pakai meter. Tuktuk
tu pun nak 200baht. Dekat je, Cuma aku taktau jalan balik. Bila dah naik teksi,
alahai dekat rupanya, kalau jalan pun sampai tadi. Huhuhu takpe la. Sekurang-kurangnya
tak letih sangat. Sampai-sampai bilik terus tido.
Gambar-gambar ni lagi menjeleskan aku... |
Esok sambung…. Hari nak balik dah…… yeaaaaaaaayyy