Herbalife… Human
Network
Bismillah…
Human network… apa ehh? Yang aku tau jaringan manusia. Dari seorang
ke seorang berita akan tersebar. Daris eorang ke seorang maklumat akan
disebarkan. Itu yang aku faham dengan maksud human network. Jadi rasanya human
network gak boleh jadi salah satu cara pengiklanan tercanggih di abad ini. Ye ke
ehh? Rasanya ya. Macamlah kita makan kat satu kedai makan. Makanannya sedap,
harga berpatutan, tempat bersih, layanan bagus dan macam2 lagi. Agaknya kita
dah makan kat situ nak tak kita rekemen kat kawan2 kita, ahli keluarga kita
yang lain? Lepas tu mereka pula pergi dan dapat yg sama macam kita dapat, dia
akan rekemenkan pula pada kawan2 dia dan saudara-mara dia yang lain. Begitu jugak
kalau perkara buruk… Betul ke betul???
Samalah juga dgn herbalife. Kenapa herbalife tak iklankan
aje pasal herbalife di media massa? Kenapa mesti melalui manusia? Pertama,
sebab misi herbalife ‘Changing people life’ dr segi kewangan manusia dan
kesihatan manusia. Kedua, kalau bayar iklankan ke berjuta2, lebih baik dia
bayar orang. Jadinya, dia dapat membantu orang lain menjana pendapatan. Kalau bayar
iklan je, dah tentu syarikat iklan je yang dapat. Dan syarikat iklan tu pulak
hanya tokey je akan kaya. Kuli-kuli macam biasalah, makan gaji mmg tak boleh
jadi kaya.
Misalkata saya dulunya saya mempunyai berat 150kg. Kemudian
saya ikut program Miss K, erobik sana, gym sini dan segala macam lagi. Dan
setiap program dgnnya saya perlu bayar duit yuran dan sebagainya sampai saya
dpt berat badan 100kg. orang lain pasti akan tanya saya bagaimana saya boleh
kurus. Apa saya buat, apa saya makan kan? Jadi saya pun ckp saya join program
kuruskan badan dgn Miss K. Jadi, kawan saya yang bertanya tu tadi akan join
program Miss K kan? Saya dpt apa? Jadi tukang iklan Miss K secara percuma. Lepas
seorang ke seorang lagi yang bertanyakan tentang perihal kekurusan saya. Dan seorang
demi seorang jugalah yang mendaftar dengan Miss K. yas masih lagi jadi tempat
pengiklanan percuma Miss K. Nampak tak kat situ misi ‘changing people life’
tidak sedikit pun berlaku. Saya akan terus kaya dan mengayakan Miss K sedangkan
saya masih ditakuk lama. Hanya dpt turunkan berat bdn dr 150kg kepada 100kg itu sahaja. Miss K tidak pula mengatakan, ‘terima
kasih kerana mengiklankan program saya, disebabkan iklan awak saya telah
mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit. Nah, ini imbuhan sedikit dari
keuntungan beribu ringgit yang saya perolehi dr iklan mulut ke mulut yang awak
lakukan.’ Mesti perkara ni tidak berlaku bukan? Dan Miss K tidak tahupaun saya
yang mengiklankan programnya.
Sekarang, kita di dalam situasi herbalife pula. Saya dulunya
150kg berat bdan dan lepas makan produk herbalife selama 4 bulan berat saya dah
berkurangan ke 100kg. Bila orang tanya bagaimana saya boleh kurus saya boleh
jwb saya mkn herbalife. Dan kalau kawan saya tanya mana nak dapat herbalife? Saya
boleh jawab ‘ boleh dapatkan dari saya dan saya akan coach anda’. Dari situ
saya dah boleh menjana pendapatan sampingan. Seorang demi seorang bertanya
tentang berat badan saya. Dan perlahan-lahan saya cuba menjana endapatan dan
seterusnya saya belajar dan belajar untuk jadi coach yang lbh baik untuk coach
orang-orang yang mengambil produk dari. Hasilnya perniagaan saya makin
berkembang. Dalam pada itu, saya mengajar orang lain yang menjadi coachee saya
supaya dia pula coach kawan-kawan dan saudara-maranya pula agar mendapat berat
badan idaman atau mendapat kesihatan yang lebih baik. Secara tidak langsung
saya telah pun mengubah nasib orang lain menjadi lebih baik, mendapat
pendapatan sampingan dari perkara itu. Manakala coachee saya tadi mengajar pula
coacheenya untuk mendapat pendapatan sampingan.
|
|
Nampak tak bagaimana human network boleh mengubah orang
lain? Tidaklah keuntungan itu dikaut oleh satu pihak sahaja. Macam seperti
cerita saya kurus dengan program Miss K tadi. Berapa ramai pun orang yang
bertanya pada saya tentang kekurusan saya hanya Miss K yang akan mendapat
keuntungan. Ianya tidak mengubah kehidupan saya langsung.
Itu konsep human network. Fikir-fikirkan mana lebih baik.
Selamat berfikir… :D
No comments:
Post a Comment