Wednesday, October 23, 2013

Buang lemak vs sorok lemak




Bismillah… 

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini. Mesti antara kita ramai yang pernah mengalami perkara sedemikian kan? Aku pun sama. Dulu. Tak tau cara nak buang lemak, sbbnya dah puas bersenam tapi lemak tetap membonjol sana dan sini. Tak juga kurang-kurang lemak yang ada.
 
takut tak tengok badan yang penuh lemak camni?
Jadinya jalan termudah adalah menyorokkan lemak. Paham taka pa makna ‘sorok’? lemak tu tetap ada dalam kuantiti tu, Cuma kita sorok supaya tidak nampak dipandangan kita atau pandangan sendiri. Hehehhe kak… tu menipu namanya. Tak gitu? 

salah satu contoh sorok lemak.
 
ini juga salah satu contoh

Mana lebih elok samada buang atau sorok? Dulu saya tak berjaya buang, jadi jalan penyelesaiannya adalah sorok. Soroklah dengan pakaian2 yang banyak dijual yg hanya utk kita menipu diri kita sendiri. Bukan tipu orang lain, tipu diri kita supaya kita rasa kita dah cukup kurus atau lemak-lemak yang kita ada dah tak ada. Tadaaaaa magic kan? Mcm korset, girdle dan sebagainya. Masa pakai tu mmg nampak kurus, nampak tak ada bonjolan2 lemak. Cuba buka… fuhhhh… lega… sbb pernafasan kita pun lancar, tak ada yg mengikat kita. Tapi… bila tgk tak lemak tu tadi… uwaaaaaa ada sebenarnya lemak aku. Sangat2 mengecewakan sebenarnya masa lepas buka tu tadi. Betul ke betul?  Jawablah dengan jujur pada diri sendiri, tak payah jawab dengan orang. Sebabnya selama ni kita sudah puas menipu diri kita sendiri. Termasuklah aku dulu. 
 
nampak tak bonjolan-bonjolan lemak(digambar kiri)
Belum kira lagi bab siksa nak memakai pakaian-pakaian mcm tu. pernak cuba? ha cubalah pakai. Mana tidaknya badan size XL, pakaian kita kena pakai tu size XS atau S. Macam kita yang tua ni pakai baju anak kita umur 5 tahun. Cuba test pakai, tengok cemana siksa nak menyarungnya. Pastu nak buang air lagi satu kerja untuk bukanya. Saya pernah tgk kawan saya, tiap kali nak buang air, terpaksa buka semua sekali. Pergh... mau berterabur jawabnya. Tu salah satu sebab orang yang pakai pakaian macam tu tak nak minum air, nanti nak kencing susah. 
Kalau ada peluang untuk kita buang lemak-lemak jahat tu tadi, nak juga ke siksa diri dengan pakaian-pakaian yang menyiksa diri sendiri tu? Jawapan saya pasti saya tak mahukannya. Mana tidaknya, sangat siksa tiap kali pakai pakaian macam tu. Mmg nampak kempis je perut tapi, sesak nafas sbbnya pakaian tu tadi mengikat tubuh badan kita dengan kuat. Siksa perut sbbnya dah tak boleh makan dengan kuantiti yg sihat pun. Sikit je kita boleh makan. Tapi ramai yang saya tengok bila pakai pakaian macam tu, makan macam biasa. Tapi lepas makan… haaaaaa buka… terlambak aja. Apa makna semua tu? Bila dah badan/perut terikat ‘kemas’ macam tu, sudah pasti kita tak boleh minum air dengan banyak. Kena ingat kak oittt… untuk buang lemak dari badan kita, kita perlukan air yang banyak. Sekurang-kurangnya setiap 25kg = 1 liter air masak. Dah perut mcm tu punya di ‘ikat’ 1 liter sehari pun belum tentu kita dapat habiskan. Betul tak? Tak percaya? Cuba buat… pastu tgk betul atau betul kata-kata aku ni? Badan berpuluh-puluh kilo, tapi nak minum air sehari 1 gelas saja. Cukup ke air tu nak sampai ke jantung kita, buah pinggang, dan lain-lain tempat lagi kalau setakat 1 gelas je sehari? Utk buang lemak bagi org yang banyak lemak/gemuk lagi perkukan air yang banyak. 2 kali ganda okeh… kalau berat 100kg = 4 liter air masak.  Itu hanya untuk circulation, perjalanan dalam badan sahaja. Tapi kalau akak nak buang lemak… akak kena minum 8liter minimum kak oit… ehh dik… nanti gemuk airlah akak macam tu. Ermm kalau gemuk air, lagi senang kak. Meh kita cucuk je bdn akak dengan jarum, air tu tadi keluarlah mencurah2. Betul tak tak? 


Bila tak cukup minum air mengikut keperluan badan kita baru kita dikira gemuk air, sebabnya air tu tadi tak dapat dibuang dari badan kita. Tak cukup air, cemana badan kita nak buang air? Terpaksalah simpan utk kegunaan organ-organ badan kita. Macam kita lah kalau musim kemarau, air paip takde, hujan pun tak turun. Nak tak kita guna air tu tadi banyak-banyak? Mesti kita berjumat-cermatkan menggunakan air seciput yang kita ada tu? Betul tak? Ha… samalah juga dengan badan kita. Jadi, jgnlah kedekut bagi air kat badan kita. Sian badan kita, nanti badan kita terpaksa berjimat-cermat juga dalam menguruskan perjalanan air dalam badan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang(ni yang sgt ketara berkaitan air), jantung bermasalah, paru-paru bermasalah, kulit kering, lemak makin bertimbun-timbun(sbb bdn tak boleh flush out lemak2 tu tadi) pendek kata macam-macam lagi akan bermasalahlah kalau tak cukup air ni. Jadi, lepas ni nak ke kita kedekut air pada badan kita lagi? Basuh toilet bukan main lagi kita simbah air. Mewah sungguh air masa basuh toilet, basuh lantai rumah kan? Badan kita, organ2 kita tak nak pulak kita bermewah-mewah air. Jangan kedekut kak untuk badan sendiri. Sbb bila dah sakit, kita sendiri yang merana. 
 
kenapa perlu air yang banyak. 25kg = 1liter
Ha kan dah cerita bab air lagi… padahal nak cerita pasal sorok lemak tapi, air gak aku masukkan. Yelah, air dan lemak memang tak boleh dipisahkan. Untuk buang lemak, kena minum air banyak. Kalau nak sorok je lemak tu, takyah la minum air. Tunggu je lah sampai ‘terlambak’ je lemak tu satu hari nanti dan tunggu masalh-masalah organ dalaman. Nau’zulillah. Mintak dijauhkan. 

Dan... kalau nak minum air banyak2 tu pulak, bukan boleh minum air masak semata-mata. Sebabnya, tekak kita memang tak mampu nak telan air kosong semata. Mesti kita rasa kembung, loya dan macam-macam lagilah. Sama gak macam aku dulu. Jadi, ianya menjadi alasan yang paling best untuk aku tak minum air mengikut keperluan badan. Hehehehe.
Tapi dengan Teamix HERBALIFE, aku boleh minum air 4-5 liter sehari. Antara sebabnya rasa sedap(lemon atau peach) dan mindset. Kita lebih mudah habiskan air berwarna dan berperisa dari air tidak berwarna dan tidak berperisa. Betul ke betul?
Tak percaya? Haaa... jom cuba teamix herbalife. Baru tau betul atau betulnya ayat aku ni. 

silalah baca fungsi teamix ni :)

teamix yang yummy

Bukan setakat menjadikan air yang kita minum tu sedap, ia juga meningkatkan metabolisma kita, bakar lemak, anti oksidan yang tinggi, bagi tenaga takdelah lepas2 makan atau petang2 tu macam ular sawa kekenyangan tidur dan mencuci badan kita dari toksin-toksin dan racun-racun yang kita masukkan ke dalam perut kita setiap hari. Jadi, banyaklah air yang mampu kita minum dan air-air tu tadi akan diserap ke dalam badan kita dan menolak keluar kotoran-kotoran yang ada di dalam badan kita selama berpuluh-puluh tahun.
Mana pilihan anda? Buang lemak atau sorok lemak? Minum air banyak atau tak cukup minum air? Pilihan di tangan kita sendiri. Kita yang menentukan hala tuju badan dan kesihatan kita. 

Untuk yang nak buang lemak, boleh sms/whatsapp saya shikin di 019-6691878 atau emel saya di shikien@gmail.com in shaa allah saya akan sedia membantu anda.
Jumpa lagi… babai…

Friday, October 18, 2013

Nurul ajai... opss...tu dulu... sekarang NurulDepp dgn testimoni herbalife.

Bismillah...

Baru2 ni gempar tentang testimoni Nurul(artis) berpantang dengan herbalife. Kami geng2 herbalife tak gempar pun, sbb dah tau dah dia mmg pencinta produk herbalife sejak berkahwin dengan Eric Depp yg merupakan salah seorang President Team herbalife. Wahhh... sangat jeles... berkahwin dgn Pres Team... ermm rezeki dia... :)

Ni gambar nurul masa mengandung di Herbalife Extravaganza di Bangkok

Kami bersama Nurul

ni testimoni nurul selepas melahirkan anak...


Nurul, wife kepada presidents team eric depp lose 6 kg dalam 12 hari berpantang with herbalife nutrition. 10 kg to go.

ni antara artis yang mengamalkan nutrisi herbalife... Raja Farah
Kami bersama Raja Farah


Thursday, October 17, 2013

Migraine… gastrik dan resdung




Bismillah…

Resdung…


Migraine.. gastrik dan resdung… ni antara penyakit yang aku alami bertahun-tahun lamanya. Seingat aku mula2 aku kena resdung. Dari aku sekolah rendah aku dah slalu bersin-bersin. Pantang jumpa habuk, tukar tempat dr panas ke sejuk atau sejuk ke panas aku akan bersin dan terjaga dari tidur. Mmg sgt2 teruk bersin aku. Mulanya buat biasa je. Igtkan taka da apa2. Lama kelamaan makin teruk. Masuk sekolah menengah, lagi teruk resdung aku. Mula peralihan muka aku mula naik jerawat besar besar. Lepas tu belakang badan pun sama. Habis satu badanlah penuh jerawat. Macam-macam aku cuba pakai, tak jalan. Sampaikan makcik2 aku selalu marah. Dia kata aku kuat berangan, tu yg jerawat penuh 1 muka dank at badan sekali. Asyiklah kena marah sbb kuat berangan katanya. Aku pun geram. Bila masa aku berangan pun aku taktau. Dari peralihan sampai ke tingkatan 3 jerawat aku berterusan. Pastu aku pulak jenis gatal tangan, mmg habis aku kutil jerawat2 yang keluar tu. Hasilnya muka bertompok2 dan badan pun penuh kesan2 jerawat yang dah dikutil. Huhuhu kena marah lagi dgn makcik2 aku. Huhhh

Lepas tu masa tingkatan 4, jerawat tu hilang sendiri. Tapi…. Jeng jeng jeng… lain pula yang jadi. Hidung aku dah mula berair 24jam. Lagi2 bila solat subuh. Telekung dan sejadah aku siap basah2 kuyup lagi. Huhu geli… meleleh2 keluar tanpa boleh aku kawal dah macam air paip yang longgar. Terpaksa biarkan. Lagi haru kalau solat berjemaah kat masjid(sekolah aku dulu depan masjid, jadi kiteorg mmg wajib solat berjemaah kat masjid tu) mmg mencurah2 waktu solat tu. Pergh… nenek2 doks ebelah aku mmg lain mcm je pandang aku. Pastu tepi aku ada 1 tuala. Habis je solat… pretttt preeetttt hembus… huhh lega. :D

Lepas tu pulak mulalah mata, hidung, telinga, tekak gatal2. Ermm tak tau nak garu cemana lagi2 kat tekak tu. Rasa macam nak keruk dengan garfu je kasi hilang gatal tu. Aku dah mula tak boleh bernafas guna hidung, dah macam ikan mulut aku ternganga2 bernafas. Hidung macam taka da fungsi. Aku tak boleh bau apa pun. Cuma yg pasti aku akan bersin kalau hidung aku dpt tangkap bau wangi, habuk dan perubahan cuaca tapi aku tak bau pun. Tulah salah satu sebab kenapa aku tak pakai perfume atau wangi-wangian. Aku mmg tak boleh dekat dengan org yg pakai perfume w/pun aku tak bau pun wangi perfume org tu. Hidung aku ada sensor. Pelik kan? Sampai satu tahap, hidung aku berbau busuk. Adik2 aku yang perasan hal ni. Bila derang dekat dgn aku derang kata ada bau busuk, derang pun pelik. Cek punya cek, rupanya bau busuk tu dr hidung aku. Mak aku dah mula bising, dia takut hidung aku rompong. Yelah. Bila dah busuk, maknanya daging2 dlm hidung aku dah matilah kan? Sbb dah membusuk. Aku mula dah takut.
bekam pun aku pernah buat... kat blakang kepala(sbb org tu kata kat situ paling kurang skt) sbbnya utk resdung dan migrain.


Macam2 ubat-ubatan dah aku cuba. Asal ada org kata tempat resdung aku pergi. Yang keluarkan ulat dr mukalah, ada yang asapkan muka keluar hama2 tu. Pergi bekamlah. Ada gak aku pergi yg masukkan ubat air terus ke dalam hidung pun ada. Yang ni tak payah cakap betapa sakitnya, allah saja yang tau. Macam nak gila sakitnya. Tak hingin lagi aku buat. Sapa2 yang ada niat nak buat, tolong jgn buat. Terus tak bernafas bila air pedih tu masuk ke otak. Perghhh menggila pedihnya. Yang aku tak cuba hanya lintah je. Sbb aku seram kot tgk lintah. Dan aku tak jumpa tempat lintah tu, kalau jumpa mau aku buat gak agaknya.

lilin resdung... ni pun aku pernah buat.

ulat resdung... konon2nya... masa aku buat tu makcik tu tadah mangkuk, lagi byk dlm tu halus2. tah ye tah tidak dr hidung aku taktau lah tu.

haa... yang ni lah yang aku kata sakit yang amat tu. mmg siksa ni. tak hingin aku buat lagi.
Pergi klinik biasa sampai direfer ke pakar ENT. Tapi tak larat kena ke seremban. Tu pun ubatnya manjang takde. Lepas tu aku ke pakar ENT pusrawi. Masuk kamera sana, jolok sini, tekan sana sumer ada. Akhirnya doctor pakar kata saraf aku terlalu sensitive dan saraf akan bengkak dengan cepat. Aku dah piker nak suruh dia buang je apa yang patut, biarlah sampai aku takde deria bau pun takpe sbb aku dah tak tahan dgn gatal, berair hidung tu sumer dan yang penting asalkan hidung aku tak rompong. Tapo doctor tu kata tak guna kalau dia buang pun sbbnya tu saraf. Kalau dia buang ini, nanti2 yang itu plak kena. Dan dia tak jamin pun hidung aku akan baik dan aku tak kena resdung lagi. Erkkk… sedih bila dia cakap mcm tu. L doctor hanya nasihatkan aku kawal makan, elakkan makanan yang menyebabkan gatal, makan ubat tapi tang cuaca dan bangun tido dia kata tak boleh nak buat apalah. Ubat yang dia bagi tu cuma mengurangkan je mmg tak boleh baik. Ermm memang takde harapan utk dptkans emula hidung dan deria bau aku jawabnya. Redha je lah. Ubat yg aku dapat biasanya ubat mkn 3 jenis termasuk cuci darah la, tahan alergik la dan 1 ubat spray. Berulang-aliklah aku ke pakar ENT tu tadi yang mana kot ubat-ubatannya makan 2-3 ratus sebulan. Dan lepas 6-7 bln, ubat tu dah macam takde kesan apa kat bdn aku. Pergi lagi jumpa pakar, dia tukar ubat. Katanya saraf aku dah immune dgn ubat tu. Makan tahun jugaklah. Dan doctor tu saran aku g bawa je ubat tu ke farmasi, beli kat farmasi je tak payah berulang bahau-kl(ni pusrawi damansara aku pergi). Dia kesian kot tgk aku kena berulang jumpa dia. 

Gastrik… 


Aku mula kena gastrik masa sekolah rendah, gara2 selalu balik skolah lambat(sbb nak main2 kat payalah, g malangok rumah org sampai petang pastu tak mkn dan macam2 lagi). Tapi masa tu budak2, sakit tak heran sgt. Lepas tu masuk skolah menengah tak kena dah sbb duduk asrama makan tetap. Tapi masa dok asrama aku mula gemok. Sedap sgt kot makan nasi kawah kat asrama tu. Orang lain tak lalu makan dok asrama, aku pulak dtgkan sedap je makan kat asrama w/pun hari2 ikan jaket. Hiks. Hasilnya jd gemok. Sampailah masa diploma. Ni pun duduk asrama di Terengganu 3 tahun, pun makan kat dewan makan asrama. Duit ada ke takde, makan tetap ada, tu yang bestnya. Hasilnya aku gemok dan gemok dan gemok lagi. Hehehhe sampai berat aku masa darjah 6, 20kg je. Masa kat Terengganu berat aku jadi 58kg. pergh… berkat nasi kawah dewan makan. Masa tu aku blom gastrik lagi.

Mula aku kerja di Melaka dari berat aku 58kg, trus tak sampai 1 tahun berat aku turun mendadak jadi 41kg. aku pun pelik. Tapi sukalah. Sbbnya tak payahla diet dan mkn macam2 lagi ubat kurus. Hahah sbbnya aku pernah gak mkn dulu ubat2 kurus ni, sbb dah gemok sgt, nak berjalan pun payah. Sampai roommate aku panggil aku cendawan atau khemah bergerak(sbb gemok… pendek… mcm cendawan yang dlm cerita fantaghiro tu.. apa tajuk tah dah lupa… yang ada nama watak Tarabas hensem tu… aku je yg tambah hensem tu huhuhu) Kejap2 kelengkang melecet, dah la masa blajar takde transport harapkan pokcik van kuning je. Takat nak ke pasor malam mmg jalan kaki je lah. Lagilah melecetnya. Pergh mmg siksa. Toksah tipu aku lah kata gemok tu memnyenangkan dan membahagiakan kalau berjalan baru 200meter melengkang mmg sure melecet punya. Makan plak ubat kurus apa tah namanya anjaib ke apa tah, ha hasilnya cirit berhari2. Tapi teruskan jugak sbb nak kurus punya pasal. Ermm haram… 1 kg pun tak terbuang. Dah la rasa mcm hampeh punya tak sedap… eii yer… tak nak aku minum lagi. Terbayang2 rasanya. 

Masa kat Melaka yang dah tiba2 terkurus tu. Bukan sbb apa. Sbbnya susah giler nak dpt mkn. Sebungkus nasi lemak dr kol 9 pagi – 5 petang baru aku dpt habiskan sebungkus nasi lemak. Mkn sesuap, org dah panggil betul pc, sesuap lagi g angkat pc atau monitor rosak, sesuap lg bos plak panggil lupa password emel dia. Gatal kepala. Semua kerja2 IT aku buat sorang sbbnya akulah bos, akulah kuli kat situ. Redho je lah. Bagus gak. Hasilnya, aku tinggal 41kg je. Best giler rasa. Masa tulah aku melantak tak hingat dunia, sbb mkn byk pun aku tak naik berat. Sampai kwn2 lelaki peril aku tiap kali aku makan katanya “oiii… petir pun reti berentilah” da nada plak bos akan ckp “shikin ni kalau bunga2 atas meja ni boleh dimakan, mmg dia makan semua” ada gak yang kata “ko ni bela antu raya ke apa?”… aduhhh Nampak sgt aku kuat lantak. Tapi aku tak kisah, makan dan terus makan.

Pastu bila dpt kerja sekarang dan aku dah takde housemate, aku mula makan tak tentu masa. Ada geng, aku makan. Takde geng aku berlapar. Mmg masalah aku utk makan sorang2. Akhirnya aku diserang gastrik semula. Bertahun. Aku diamkan je. Akhirnya dah tak tahan sbb aku rasa mcm sesak nafas, bernafas mcm tak dpt oksigen. Aku takut sakit jantung. Pergi klinik kerajaan, 3 kali MA check, sampai kali ke 3, dia pelik tak tau aku skt apa, MA soh aku buat ECG test. Takut jantung aku problem. Keputusan ECG ok, jantung ok, paru2 ok. Check buah pinggang pun ok. MA dah buntu. Tolak aku ke doctor. Jumpa2 doktor, dia bagi aku ubat semput. Makan ubat semput, mcm org Parkinson, menggigil2, lemah lutut, pergi balik jumpa doctor tu. Boleh lak dia tempik aku, dia kata aku mengada2 je, saja nakkan perhatian sdgkan aku tak ssakit. Adoiilah doctor, bongok ke apa? Ihskk… geram. Dia tak bagi aku apa2 ubat pun. Last2 geram g klinik swasta, doctor kata tu symptom awal gastrik. Perut penuh asid akan keluarkan gas, dan gas tu tadi tak keluar dia akan tolak tulang selangka kita sampai menyesak ke jantung. Dan salah satu sbbnya aku suka tido selepas makan. Menyebabkan asid dalam usus tak mengalir dengan betul, jadinya asid tu tadi bertakung di dlm usus. Ermmm tq doctor. Dapatlah aku ubat gastrik, tapi bukan air kapur, ni semua pil. 

Lepas tu. Tabiat makan masih tak betul. Sampai satu tahap masa bulan puasa aku buka puasa, masuk je air dlm perut, terus aku muntah dan muntah dan muntah tak berhenti sampai tengah malam. Sampai lebik2 taktau nak ckp cemana sktnya. Badan dah mula lembik, peluh sejuk dah mencurah2 aku dok rumah srg2. Akhirnya call kwn aku. Mintak tlg dia belikan ubat(sbb ubat dah habis masa ni aku lupa beli). Tgh2 malam terpaksa suami dia yang dtg bawakan ubat utk aku. Tak pasal2 menyusahkan orang. Aku dah macam nak mati dah masa tu. Alhamdulillah dpt je ubat, trus reda muntah aku. Pergi ke klinik bayar, doctor buat ultrasound sbb doctor takut aku kena batu dalam hempedu, bila scan rupanya usus aku dah bengkak. Mean bukan lagi gastrik katanya, ini dah sampai tahap ulser usus. Opsss… ulser usus kalau dibiarkan, ada kuman kena tempat luka boleh bawa kepada kanser usus. Lagi aku takut, sbbnya atok aku kanser paru2, arwah akak atok aku yg sulong kanser usus, akak dia yg no berapa tah kanser usus dan paru2. Sepupu mak aku(anak buah atok aku) pulak kanser usus juga sampai buang 2 kaki usus yang dah kena kanser. Ermm… tercekik sekejap. Patutlah doctor tak bagi lagi aku ubat kapur. Segala ubat yang dia bagi pelik2 dan bila g farmasi, farmacist kata ni ubat ulser usus, bukan gastrik. Ermm… 

Migraine…

Bila dah ada resdung, gastrik yg dah ulser usus, perut dah penuh asid… sakit kepala dengan mudahnya menyerang. Salah makan sikit, migraine. Lambat makan pun migraine.. bukan sikit2 sekali kena. Sampai aku terpaksa telan actifast 4 biji sekali telan. Sbb 2 biji dah tak mendtgkan apa2 kesan kat bdn aku. Actifast mmg sahabat karib aku kalau sakit kepala. Tu tak masuk utk2 lain. Pernah sekali aku beraya rumah sepupu mak aku, aku kena migraine sampai rumah dia petang, aku start skt kepala, muntah2 sampai lembik. Aku terpaksa telan actifast 4 biji dan aku tidur selama 4 jam kat rumah mak sedara aku tu. Akhirnya kol 12 tgh mlm aku baru dpt balik ke rumah. Baik rumah mak sedara sendiri… bayangkan rumah kwn2 atau kenalan? Takkan aku nak tido sampai 4-5 jam kat rumah org? mmg menyiksakan. Bila skt kepala yang teruk tu aku selalu hantuk kepala aku kat dinding atau lantai. Macam lega skt. Tapi masa hantuk tu aku tak rasa apa pun kepala aku. Padahal punya kuat aku hantuk. Sampai mak aku marah. Tapi, dah sakit sangat tu je cara yang kurangkan sikit rasa sakit tu. Sikit  jelah. 

Puasa pun berthn2 aku tak dpt puasa penuh. 5 hari je paling byk aku boleh puasa masa bln puasa. Dah tak tahan, akhirnya aku cari penyelesaian bukan ubat. Aku cuba herbalife, Alhamdulillah ok. Masa tu aku beli lelong je. Taktau rupanya salah beli lelong.. dan hasilnya aku tak dpt apa2 hasil sbbnya beli lelong taka da org coach aku. Cara mkn pun aku belasah je. Tp Alhamdulillah reda gastrik aku. Bila dah rasa ok, mula tak sedar diri. Aku tak sambung dah sbbnya taktau nak sambung beli dgn siapa. Buat taktau je. Lepas 2-3 thn lepas tu, aku kena lagi. Kali ni lebih teruk. Baru aku teringat herbalife.
Alhamdulillah. Aku ambik herbalife masa nak puasa, takut tak boleh puasa lah. Dah berthn tak puasa ni. Byk gile nak kena ganti. Nak ganti pun payah bila perut macam ni. Ambik dengan sepupu aku omar. Ambik terus 35%. Nak mkn byk2 nak murah dan kasi baik btl2 perut aku ni. Alhamdulillah puasa masa tu aku dpt puasa penuh. Perut makin Nampak perubahan. Resdung aku makin pulih. Hidung yg dulu takde deria bau aku dah boleh bau. Dah boleh bernafas guna hidung. Migraine juga dah makin kurang, aku tak bergantung lagi dengan actifast dan ubat2 resdung, gastrik/ulser dan migraine. Aku juga ada masalah kulit sblm ni(juga kena refer pakar kulit) pun makin improve masalah kulit aku. Mmg syukur sangat2. Tak sangka. Hanya utk gastrik/ulser tapi yang lain2 beransur2 berkurangan. Dan paling best %lemak aku yg dulu 36%(berat ideal tapi lemak obese… akulah tu.. kurus tp byk lemak) sekarang dah 27%/26%... visceral fat dulu bacaan 6.5 sekarang dah 2.5-3.0. selulit pun makin pudar(heheh yg ni dulu mmg mcm2 aku cuba… yg sapu.. panas melinjang… sejuk menggigil semua ada… haram selulit aku sama je. Tak boleh nak tunjuk gambar sblm dan selepas… sbb selulit kat tempat2 rahsia hehhehe). 

ni antara kelonsong2 ubat yang aku mkn dulu. banyak lagi yang lain sebenarnya. ni je yang aku belum buang :D


Aku pernah terpikir satu hari nanti… hidung aku akn rompong, mungkin skt kepala aku ni sbb aku ada ketumbuhan kat otak(sbb skt kepala melampau2… mintak dijauhkan), kulit aku teruk 1 badan… sapa;ah yang malang dpt aku ni. Mestilah takde yg nak, sbb menyusahkan aje kawen dgn org berpenyakit mcm aku ni kan? Huk huk… 

Ermm jadi pada siapa2 yang jumpa org herbalife tegur tu, jgn fikir herbalife hanya utk org gemuk nak kuruskan badan je tau. Utk migraine, gastrik/ulser usus dan resdung juga boleh. Jadi jgn lari kalau anda ada masalah2 dia atas dan ditegur oleh orang2 herbalife. Insyaallah ada penyelesaian untuk masalah anda. 

Herbalife bukan ubat kurus, tapi nutrisi selular untuk sel badan kita. Dan ianya utk pengurusan berat badan. Semua dalam 1. Jgn takut ditegur org herbalife sbb anda tak gemuk tapi Cuma ada gastrik, migraine, resdung atau alahan kulit. Jom cuba nutrisi herbalife… boleh SMS/whatsapp shikin 019-6691878.

Tuesday, October 8, 2013

Human network


Herbalife…  Human Network


Bismillah…




Human network… apa ehh? Yang aku tau jaringan manusia. Dari seorang ke seorang berita akan tersebar. Daris eorang ke seorang maklumat akan disebarkan. Itu yang aku faham dengan maksud human network. Jadi rasanya human network gak boleh jadi salah satu cara pengiklanan tercanggih di abad ini. Ye ke ehh? Rasanya ya. Macamlah kita makan kat satu kedai makan. Makanannya sedap, harga berpatutan, tempat bersih, layanan bagus dan macam2 lagi. Agaknya kita dah makan kat situ nak tak kita rekemen kat kawan2 kita, ahli keluarga kita yang lain? Lepas tu mereka pula pergi dan dapat yg sama macam kita dapat, dia akan rekemenkan pula pada kawan2 dia dan saudara-mara dia yang lain. Begitu jugak kalau perkara buruk…  Betul ke betul???


Samalah juga dgn herbalife. Kenapa herbalife tak iklankan aje pasal herbalife di media massa? Kenapa mesti melalui manusia? Pertama, sebab misi herbalife ‘Changing people life’ dr segi kewangan manusia dan kesihatan manusia. Kedua, kalau bayar iklankan ke berjuta2, lebih baik dia bayar orang. Jadinya, dia dapat membantu orang lain menjana pendapatan. Kalau bayar iklan je, dah tentu syarikat iklan je yang dapat. Dan syarikat iklan tu pulak hanya tokey je akan kaya. Kuli-kuli macam biasalah, makan gaji mmg tak boleh jadi kaya. 


Misalkata saya dulunya saya mempunyai berat 150kg. Kemudian saya ikut program Miss K, erobik sana, gym sini dan segala macam lagi. Dan setiap program dgnnya saya perlu bayar duit yuran dan sebagainya sampai saya dpt berat badan 100kg. orang lain pasti akan tanya saya bagaimana saya boleh kurus. Apa saya buat, apa saya makan kan? Jadi saya pun ckp saya join program kuruskan badan dgn Miss K. Jadi, kawan saya yang bertanya tu tadi akan join program Miss K kan? Saya dpt apa? Jadi tukang iklan Miss K secara percuma. Lepas seorang ke seorang lagi yang bertanyakan tentang perihal kekurusan saya. Dan seorang demi seorang jugalah yang mendaftar dengan Miss K. yas masih lagi jadi tempat pengiklanan percuma Miss K. Nampak tak kat situ misi ‘changing people life’ tidak sedikit pun berlaku. Saya akan terus kaya dan mengayakan Miss K sedangkan saya masih ditakuk lama. Hanya dpt turunkan berat bdn dr 150kg kepada 100kg  itu sahaja. Miss K tidak pula mengatakan, ‘terima kasih kerana mengiklankan program saya, disebabkan iklan awak saya telah mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit. Nah, ini imbuhan sedikit dari keuntungan beribu ringgit yang saya perolehi dr iklan mulut ke mulut yang awak lakukan.’ Mesti perkara ni tidak berlaku bukan? Dan Miss K tidak tahupaun saya yang mengiklankan programnya. 


Sekarang, kita di dalam situasi herbalife pula. Saya dulunya 150kg berat bdan dan lepas makan produk herbalife selama 4 bulan berat saya dah berkurangan ke 100kg. Bila orang tanya bagaimana saya boleh kurus saya boleh jwb saya mkn herbalife. Dan kalau kawan saya tanya mana nak dapat herbalife? Saya boleh jawab ‘ boleh dapatkan dari saya dan saya akan coach anda’. Dari situ saya dah boleh menjana pendapatan sampingan. Seorang demi seorang bertanya tentang berat badan saya. Dan perlahan-lahan saya cuba menjana endapatan dan seterusnya saya belajar dan belajar untuk jadi coach yang lbh baik untuk coach orang-orang yang mengambil produk dari. Hasilnya perniagaan saya makin berkembang. Dalam pada itu, saya mengajar orang lain yang menjadi coachee saya supaya dia pula coach kawan-kawan dan saudara-maranya pula agar mendapat berat badan idaman atau mendapat kesihatan yang lebih baik. Secara tidak langsung saya telah pun mengubah nasib orang lain menjadi lebih baik, mendapat pendapatan sampingan dari perkara itu. Manakala coachee saya tadi mengajar pula coacheenya untuk mendapat pendapatan sampingan. 



Nampak tak bagaimana human network boleh mengubah orang lain? Tidaklah keuntungan itu dikaut oleh satu pihak sahaja. Macam seperti cerita saya kurus dengan program Miss K tadi. Berapa ramai pun orang yang bertanya pada saya tentang kekurusan saya hanya Miss K yang akan mendapat keuntungan. Ianya tidak mengubah kehidupan saya langsung.


Itu konsep human network. Fikir-fikirkan mana lebih baik.


Selamat berfikir… :D


Wednesday, October 2, 2013

Makcik ohhh makcik


Bismillah...

Terasa malu nak bercerita perihal makcik ni. Bukan makcik kiah ke makcik pah ke ehh.
Ni Makcik shikin. Akulah tu makcik shikin. Muehehehhe

Setiap kali org tengok gambar testimoni aku semua akan pandang aku 2-3 kali. Atau mereka akan bertanya 'sapa baju biru ni?' Sayalah... Jawab aku.

Malam tadi punya hal, lepas Shake party kat Nutri Best ada makcik ni tanya :

makcik taktau nama : ko dulu cemana punya gemok nak?

aku : takdelah gemok mana makcik, berat ideal tapi % lemak obese.

makcik taktau nama : cemana lak tu? takde gambar?

aku : badan nampak mcm ok makcik tapi lemak bawah kulit tinggi. (sambil buka gambar testimoni kat hp)

testimoni aku sendiri
bila makcik tu tengok gambar ni...

makcik taktau nama : ko ke yg baju biru tu ni?

aku : ha'ah makcik sayalah tu, dlm 2 thn lepas punya gambar.

makcik taktau nama : biar betul? igtkan mak ko. sambil tercengang kejap pastu gelak...

aku : hehhehe ye makcik.. tulah saya dulu... tak perasan muka tua.. patutla yg tua dr saya pun panggil saya akak... hiks... budak belasan atau 20-an lagilah panggil saya makcik padahal saya 30+ je.Sbbnya masa ni umur dalaman saya 58thn makcik. tu pasal org nampak saya mcm makcik tua :D

alhamdulillah... bukan takat gilang gastrik kronik, resdung, masalah kulit, migrain, sakit lutut, sakit tumit, sakit tapak kaki (hahahha semua penyakit org tua ada kat aku kan? sbb dalaman tua) saya juga hilang 7% lemak bawah kulit dari bacaan 35% - 28% dalam masa 1 bln. Dari 48kg ke 44kg dlm sebulan. Dan muka tua saya juga hilang(ni yang paling best, sbb yg muda dr saya juga dah mula igtkan saya lbh muda dari mereka).Syukur... alhamdulillah.

Sekarang saya nak kena naikkan pula otot utk dptkan berat ideal saya = 48kg. Takde masalah, sbb dgn produk yg sama juga saya boleh naik berat bdn. Dan sekarang ni saya dah mula gain 1kg muscle dlm masa 2 bulan.

1 lagi, masa Iqa tengok gambar testimoni aku pun Iqa ckp gambar sblm aku very the MAKCIK... hahhaha adoii... Tapi tulah kenyataannya... Makcik... aku... aku.. makcik... tak boleh dipisahkan dulu. I'allah pasni takde lagi dah.

Banyak lagi testimoni yang lebih awet muda bila dah lama makan herbalife.
Cuba tengok kat bawah ni.

En. Ayob. dah mkn produk 7 thn, ha ambik... btl2 awet muda.

Dr. Azha... giler punya muda selepas consume herbalife.

Dr. Kamarul. Trus hensem lepas dah kurus. Muda lak tu jdnya.
Semua yang kat atas ni nampak lebih mudakan dari sebelum? Hebat kan?Aku pun nak jadi macam derang2 kat atas tu. Ada 1 lagi, tapi aku tak jumpa gambar dia. Nnt dah jumpa aku letak sini.

Ok ni dia. Tapi takde dlm 1 gambar. Yang penting aku tunjuk sbb aku sgt2 kagum tgk dia. Dia lebih tua dari aku tapi, nampak mcm dia plak lg muda dr umur aku. Sangat jeless...

Kak Kamilah : sebelum 


Kak Kamilah : Selepas
Sangat-sangat berbezakan? :)

Jom awet muda dengan nutrisi ehrbalife. Jgn risau, tak perlu suntik, tak perlu ubat untuk awet muda, cuma perlu bagi badan kita nutrisi saja.
Berminat? sms/call/whatsapp shikin 019-6691878. Saya sedia membantu anda.

BARAN.

Bismillah..

Baran.. panas baran. Kenapa aku nak bercerita pasal baran aka hangin ni?


Sebabnya dulu aku mmg baran. Kejap2 nak hangin satu badan. Lagi2 kalau memandu. Memang pantanglah org bawa kete terhegeh2... bawa kete teragak2 ketengah ke tepi... Memang laju je mulut aku. Selaju mana aku bawa kereta, selaju tu jugaklah mulut aku menyumpah seranah atau membebel. (kalau baik sikit bebel je la kan. Tapi kalau tak baik, mmg mcm2 yg teruk2 akan keluar. &^#$@%$^&%.) Memang buruk tebiat aku.

Cumanya aku bawa kete srg2, jadi takdelah sapa2 yang tegur aku. Cuma sejak ada anak buah (Adana dan Iqram), deranglah yang selalu tegur aku. Eh... tak baiklah maklong cakap org bodoh. Kenapa maklong cakap dia bodoh? Kadang2 Iqram pernah tanya. Memang org tu bodoh ke maklong? hahahha adoii... maaf. Sifat baran tu yg menyebabkan maklong mmg mudah nak sumpah seranah orang. huhuhu Kononnyaa...



Kalau dulu ada housemate, memang housemate akulah yang kena. Selalunya dia pandang je aku kalau aku membebel2, marah tu. Kadang2 dia buat lawak nak suruh aku hilang marah. Tapi last2 dia pulak yang kena. Sorry Wan. Tak sengaja.

Pernah sekali Wan tegur aku bila aku tengah membebel2 atau marah2. "Akak ni bebel2 marah ni mesti akak laparkan?" Mula2 dia tegur mcm tu aku buat taktau. Kali ke2 pun sama. Ke3 pun sama... Lama2 baru aku perasan aku ada tebiat kalau aku lapar aku akan membebel dan marah2. Lapar jugak buat aku mudah cepat naik angin. Huhhh buruk betul tebiat aku. Hiks.. Tq Wan sbb buat akak sedar diri.

Rasanya dah lama tebiat hangin aku makin lama makin berkurang. Yang aku perasan lagi2 kurang selepas aku dapat nutrisi HERBALIFE. Heheheh aku kurang nutrisi rupanya dulu. Tu sebab aku mudah naik angin.

Bila badan kita kurang nutrisi, organ2 badan kita akan mula bercelaru rasanya. Ala, kita kalau tak dpt cukup zat dan vitamin apa akan jadi pada badan kita? Sakitkan? Macam-macam masalah kesihatan akan timbul akibat tak cukup zat dan vitamin. Jadi sama jugaklah dengan emosi. Eh... naik angin tu pun emosi kan? Heheheh Bila badan kita cukup nutrisi yang sepatutnya badan kita dapat, jadinya organ2 kita akn sihat dan seterusnya emosi kita lebih stabil. Takde lah lagi masalah cepat naik angin atau naik darah. Alhamdulillah. Memang rasa syukur sangat2. Kalau tak, sampai tualah tebiat buruk tu ada kat aku. Sebabnya aku dah tengok pada ayah aku, adik2 ayah aku. Semua akan cepat naik darah terutamanya kalau perut derang lapar. Masa tu, pantang ada budak melintas depan mata, memang kena marahlah budak tu walaupun budak tu tak buat salah apa pun. Heheheh. Lawak. Dia tak pernah pun cakap dia lapar, tu sbb dia naik angin. Dia pun tak pernah perasan yang dia naik angin tu disebabkan perut yang lapar.

Mampukah kita makan kesemua ini setiap hari???


Tapi sekarang ayah aku dah tak macam tu lagi. Dah makin kurang baran dia selepas aku bagi dia minum shake. Nampak lebih tenang. Alhamdulillah.

Sama jugak kesnya dgn adik aku no 2. Dia mmg cepat melenting kalau org tegur dia. Asal tegur je dia walaupun bergurau, dia akan cepat naik angin. Sekarang nampaknya dah makin cool. Orang marah dia betul2 pun dia dah tak melenting. Lebih relaks nampaknya. Syukur sangat2.

Jadi, kesimpulannya kepada yang baran2 tu. Silalah bagi nutrisi yang cukup kepada badan kita. Yang mudahnya just bagi shake herbalife je. Insyaallah akan merubah emosi anda. Tak tipu... serius... :D Jangan percaya kata2 yang saya tulis ni, tapi cuba sendiri dan buktikan sendiri benar atau tidak kata2 yang saya tuliskan ni.
Jom 'cool'

Kepada yang mempunyai isteri/emak/anak/nenek/ayah dan semuanya yang kuat membebel dan kuat naik darah, bolehlah cadangkan mereka mengambil nutrisi lengkap herbalife. Ianya mampu mengubah anda...

Berminat untuk 'cool'kan emosi anda. Jangan ragu2 SMS/whatsap saya SHIKIN 019-6691878. I'allah saya akan bantu anda supaya jadi cool mcm saya :)



Wednesday, September 18, 2013

SUCCESS... KEJAYAAN

assalamualaikum


Hari ini tiba-tiba ternampak gambar ni -->

SUCCESS... KEJAYAAN...
Besar maksudnyakan? semua orang berkehandakkan kepada kejayaan. Tak kiralah kejayaan di dalam apa jua sudut. Berjaya belajar, memasak, bekerja, berniaga, semualah. Tapi tahukah kita sebenarnya kejayaan kita bergantung atas apa yang kita fikirkan? Aku pun dulu tak pernah terfikir. Sebab malas berfikir kot.

SV Training last month yang buatkan aku baru perasan benda ni. Ayat dr Kak Kamilah Jusoh

'untuk berjaya, kita perlu perbetulkan mindset kita. Kenapa? Sebab mindset/pemikiran kita ni ibarat Blueprint. Blueprint mana boleh ubah/padam.' 

Erk... terkesima kejap aku. Selama ni aku anggap perkara tu perkara remeh. Sebenarnya itulah titik utama dalam kejayaan. Kalau kita dah fikir kita tak boleh berjaya atau kita fikir untuk melakukan sesuatu itu susah, berapa tinggi usaha kita pun, pasti kita tidak boleh berjaya. Sebabnya semuanya dah tersemat di minda kita. Apa pun yang kita buat selepas itu adalah mengikut kata minda kita. Secara tak sedar, ianya juga merupakan satu doa.

Jadi, jom ubah mind set kita supaya kita sentiasa menjadi orang yang cemerlang. Dari pemikiran akan membentuk perbuatan. Berfikir secara cemerlang, Insyallah kita akan cemerlang dan tindakan kita juga akan mendorong ke arah kecemerlangan. Jauhkan rasa gagal, tidak yakin dan sebagainya kerana ianya hanya akan mendorong kita untuk melakukan tindakan-tindakan ke arah ke gagalan.

Friday, September 13, 2013

Adikku yang sawan dan HERBALIFE...

Assalmualaikum

Lama tak menulis kat sini. Dah bersawang blog ni. Maaf ye. In Sya Allah lepas ni kurang sikit sawangnya. Ketiadaan idea dan mood untuk menulis mengakibatkan blog ni bersawang. :)

Minggu ni, adalah dalam minggu merdeka. Mmg sangat banyak aktiviti untuk Merdeka kat kolej ni. Jadinya aku pun terlibat sama. Bukan jadi peserta ye, tapi cuma jadi pengajar/pensyarah yang menguruskan pelajar. Hehehe Pensyarah pun penakut nak masuk bertanding ni sebenarnya. Tapi boleh pulak kerah pelajar untuk masuk. Paksa rela lagi tu. Ni semua gara-gara idea pensyarah muda yang sgt2 komited dgn kerja dan bersemangat serta punya idea yang gila-gila.

Masa majlis perasmian tu diumumkan saja, tiba-tiba salah seorang dari pensyarah muda ni bagi idea. Haaa... kita buat KOIR nak? saya, aliya dan kak shikin jadi jurulatih? APA? Buntang mata aku kejap.  Tak pernah hidup aku latih koir dan tak pernah masuk apa2 seni suara atau apa2 seni punlah. Terkujat sekejap. Jadi jurulatih HERBALIFE boleh la kan. Ni jurulatih koir. Grrr... tercekik sekejap.

Pastu dalam masa beberapa hari je, kiteorg kumpulkan semua pelajar sks dan rk. Semua wajib masuk. takde terkecuali. heheheh Sbbnya 30 lbh je pelajar kiteorg. Bukan ramai pun. Jadi semua kena masuk termasuklah kak Ani(pelajar PERHEBAT, mak org ni. Tapi dia kata ok, boleh je masuk.) Cayalah kak. Dalam masa beberapa hari je kiteorg pulun latih budak-budak ni utk koir dan duet merdeka. Ha... semua bakat terserlah. Heheheh. Pandai gak aku rupanya latih koir ni. siap ajar budak2 pompuan keluarkan suara ala-ala Ning Baizura. Dengan aku sekali berjaya keluarkan suara soprano tu. Fuhh hebat rupanya. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Betul tak? hiks...

Dalam pada sibuk-sibuk latih budak tu utk final. Tiba2 dapat call yang adik aku Sabri sawan lagi masa bawak moto. Pergh... Pening gak, yang sini. Pastu dia kat Hospital Serdang. Lagi huru-hara bila mak aku call bgtau teruk ni, sbb hospital call 2 kali dan kawan2 dia call dah 3 kali. Isk...
Buat pengetahuan semua, adik aku ni mmg ada sawan dari umo 9 bulan lagi akibat demam panas. Ok, untuk ibu bapa yang ada anak, tolong jangan ambil ringan masalah anak demam panas okey. Sbb kesannya kalau dah panas sgt dan kena sawan, mmg sampai ke tualah anak tu tadi sawan. lebih teruk lagi kalau anak tu mengalami kecacatan otak. Tolong jgn rosakkan masa depan anak-anak anda akibat kecuaian anda. TOLONG...

Dalam pada kelam-kabut tu, sempat gak aku habiskan koir budak2 ni sampai masuk bertanding semua siap. Sbbnya nak tunggu mak aku naik bas ke bahau, aku malas nak balik. Dalam jam 4 baru mak aku sampai Bahau dan kiteorg pun bergerak ke Hospital Serdang. Cuak tak payah cakap, masing-masing igt dia patah riuk kena langgar kenderaan lain masa sawan atas moto. Tah apa lah rupa dia. Masuk ICU ke dia? Adoi... huru-hara perasaan ni. Mak aku mestilah lagi huru-hara rasanya. Anak dia kan?? Sebelum sampai Janah adik aku ada call, dia dah sampai hospital. Dia suruh aku terus ke hospital sbb dia nak balik. Doc kata Sabri tak boleh keluar lagi. Kena tunggu 2nd Doc datang buat check up dan wayar berselirat kat badan Sabri katanya. Lagi aku risau.

Sesampai di Hospital Serdang, cari parking dan terus masuk ke KECEMASAN. Nampak dia dengan berkaki ayam berjalan-jalan dlm wad kecemasan tu. ???? Aik? mana wayar dgn tiub yg berselirat? Sihat je nampak? Takde yang patah-riuk pun? Nak gelak pun ada, geram pun ada sbb aku kena drive dekat 150km utk ke situ. Dia ok je. Cuma berjalan kaki ayam dengan selamba membuatkan orang-orang sekeliling memandang dia dgn pandangan pelik. Tapi dia tak heran, sbb dari kecik dia mmg tak suka berkasut. Jadi sikit pun dia tak terjengket2 berkaki ayang dr dalam hospital hinggal ke tempat parking. dan kasut dia cicir masa dia sawan kat tepi jalan tu. Ermm... adik oh adikk...
Mujur tak sempat ambil gambar dia berjalan dengan kaki ayam. Siap boleh ke kedai g beli barang dengan kaki ayam masa perjalanan balik tu. Selamba je muka dia. Dia pun dah tak heran dah kena sawan ni. Dah beratus kali dia kena. Masa kena je menggelupur, lepas tu ok je. macam biasa. Macam tak berlaku apa-apa pun kat dia. Boleh gelak2, boleh senyum2.

Rupanya dia bawa moto, dan dia dah rasa dia nak kena sawan. Dia berhenti tepi, siap tongkat moto dan.. terus terkujat2 kat tepi jalan tu. Mujur sempat berhenti dan tongkat motor dulu. Dalam pada terkujat-kujat tu, ada Pak Polis yang nampak. Polis ni pelik. Apahal pulak budak ni tido tepi jalan ni? Hehehehe dia  nak tegur, sekali tgk mulut dah berbuih2, berdarah2. Aku tak tau apa sbb berdarah, mungkin sbb mulut dia atas jalan ke atau dia kancing gigi kuat sangat. Kemudian ada doktor yang lalu, dan berhenti. Tolong panggil ambulan dan apa yang patut kata kawan-kawannya. Mmg huru-hara rasanya tempat kejadian. Sampai dia kat hospital pun masih huru-hara. Pelik hospital ni. Ini kali ke 3 atau ke 4 dia sawan dan dimasukkan ke hospital ni. Apasal hospital ni macam takde rekod dia? Siap boleh call tanya mak aku apa penyakit adik aku ni? Padahal dia mmg ambil ubat dr pakar di hospital ni? Isk.. pelik.


Kenapa sawan dan HERBALIFE?


Masa aku dapat call dr mak aku tu, aku dah mula naik hangin sebenarnya. Sebabnya dah hampir setahun dia tak kena sawan. Sbb aku paksa dia makan herbalife. Sbb nilah, aku tak nak kejap2 aku kena berlari dr Bahau ke Serdang sbb dia jatuh moto disbbkan sawan. Dah lama dia tak kena. Tiba-tiba kena balik gara-gara dia kedekut untuk beli herbalife walaupun dia tau yang herbalife berjaya membuatkan dia tak diserang sawan hampir 1 tahun. Sebelum ni makan ubat hospital berkepuk-kepuk, tapi dia tetap kena sawan sekurang2nya sebulan sekali.

Sampai-sampai sana, apalagi, dia kena leterlah akibat kedekut utk kesihatan sendiri. Aku plak paksa dia ambik pakej diskaun 35%. Dia terpaksa jual sikit sijil simpanan premium dia utk beli herbalife. Mmg kena paksa. Kalau tidak, dia takkan beli. Dia nak makan free je. Banyak cantik, gaji banyak2 nak simpan je. Pastu utk kesihatan sendiri kedekut. ces...

Moga lepas ni dia makin pulih dari sawan dia. amiin.

Produk yang patut di ambil :

Tentulah langkah 1,2 dan 3. Aloe, Teamix dan shake. selain tu tambahan omega 3.
Asal ada kaitan dengan otak je, perlu ditambah omega 3.

*kepada yang mengalami masalah sawan atau adik-beradik sawan. Jgn takut untuk mengambil herbalife. Adik saya ni dr 9 bulan - 29 tahun mengalami sawan hampir setiap bulan. Jangan putus asa. I'allah ada sinar untuk orang yang tidak berputus asa.

Need coach utk atasi masalah sawan?
turun berat. tambah berat. improve kesihatan dan improve kesihatan kulit?
call/sms/whatsapp saya shikin 019-6691878 insyaallah saya sedia membantu anda.