Thursday, May 23, 2013

outer nutrition vs skin care

Assalam...

ok harini saya nak cerita perbezaan antara outer nutrition vs skin care.
apa yang membezakan antara product luaran herbalife dgn yang lain2.

kenapa outer nutrition? kita ada kulitkan...? kulit merupakan organ terbesar di badan kita kan?
kulit terdiri dari sel kan? pernah tak kita bagi makanan pada kulit kita?

selalu kita bagi makan pada badan kita je.. ehh silap... saya dulu bagi makan pada perut je...
tu yg hasilnya gastrik... kemudian ulser colon... pastu resdung... pastu masalah alahan kulit... pastu skt lutut... skt tapak kaki... haaaaaa... 1001 macam lah lagi yang timbul.. gara2 bagi makan pada perut...
sel kita... langsung kita abaikan... akibatnya makin banyak sel2 bdn yg mati... dan akibatnya tisu2 akan rosak... dan seterusnya... dpt la penyakit2 di atas gara2 kemeradangan sel2 bdn tadi...

ok kulit (bukan muka je ye... seluruh bdn kita dilitupi oleh kulit... jd kulit amat penting okey... seluruh bdn.. bukan kulit muka je) juga dr sel... jd sel juga perlukan makanan utk menghasilkan sel2 baru dan membuang sel2 yg dah meradang tu tadi... tu la sbbnya dinamakan outer nutrition atau nutrisi luaran...
tak di panggik skin care... penjagaan kulit... sbb jaga je... kita tak bg makan... tak berlaku pemuliharaan... btl tak? jadinya... lepas ni segala yg terdiri dari sel.. perlu kita beri makan... jgn bagi makan pada perut je... membahayakan kesihatan... :)

ni semua product2 outer nutrition herbalife.. dr hujung kaki hingga kujung rambut.. igt semua dr bdn kita terdiri dr sel... jadi... perlukan nutrisi ok :)

ni plak set nourifusion utk kulit berminyak... aku paai yang ni la... alhamdulillah. sgt2 membantu mengurangkan masal2h kulit berminyak... kusam dan resdung

kadang2 pakai juga skrub ni... ermm mmg best... lembut tp bersih...

kesan kat muka aku masih belum dpt tgk lg... maklumla kulit bersarang macam2... mmg teruk sgt2 sebelum ni... skrg ni dlm proses pembersihan... ambik masa sktla.. sbb ianya mengeluarkan kotor2 dlm bdn kita... 
tunggu la kejap... kulit ni pun bermasalah dah puluhan tahun.. takkan dlm masa sebulan dah licin berkilatkan... insyaallah nnt lepas semua dikeluarkan... blhla semua tgk gambar sebelum dan selepas saya... 
tungguuuuuuu...




Thursday, May 16, 2013

Vit C Beta Carotene Herbalife Juice

Resepi SHAKE baru dari cik Rai... 

Bahan2:
2 scoop herbalife niteworks
3 penutup penuh herbalife aloe
Sedikit carrot
Sebiji limau
3 kiub ais
250ml air sejuk

Cara2
Blend semua sehingga betul2 sebati, tapis dan sedia untuk diminum
 

Antara khasiat2nya:
Herbal aloe semestinya bagus untuk sistem penghadaman,bersihkan usus, Niteworks bagus melancarkan peredaran darah,memberikan tenaga, bagus untuk kesihatan jantung,Carrot dan oren/limau untuk mencerahkan penglihatan, mencantikkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi, serta kaya dengan Vit C,A, Beta-Carotene... Jom minum 



Selamat mencubaaaaaaa... 

SELAMAT HARI GURU....


Assalamualaikum

Selamat hari guru. hehehe untuk diri sendiri jugak walaupun bukan cikgu, boleh la. Macam cikgu la jugak... Malu sangat nak mengaku cikgu. Sebabnya cikgu sangat2 banyak tugasnya, saya pula hanya mengajar, bukan mendidik seperti guru-guru. 

Eh... ada perbezaan ke antara mengajar dan mendidik? Ada, kat ejaan. Huhuhu

Cuba cari makna mengajar dan mendidik. Kita akan tahu dimana perbezaannya. Cari sendiri tau. Saya malas nak cari.... :D

Saya merupakan pengajar dan coach pemakanan dan kesihatan orang. hiks :)(mcm cikgu la jugak tu kan. Kalau tak turun berat kena rotan. Macam cikgu la tu. Heehe.) Ada yang takut untuk saya coach nanti. Takla. Saya ni baik tau, tak garang. Tapi kalau dah banyak duit habis beli produk tapi tak turun2 berat, mmgla saya marah. Sebabnya membazir. Tolong jangan membazir okeh. Orang lain dah turun berkilo-kilo, awak tak turun2. Pastu nanti salahkan produk.
Produk tak salah, yang salah diri sendiri sebabnya tak kawal pemakanan, tak ikut cakap coach betul2. Jadi tolong jadi anak murid yang baik ye coachee2 sekalian. :) 

Semoga lebih banyak yang saya boleh kongsikan selepas ini tak kiralah dalam bidang IT atau pun pemakanan terutamanya HERBALIFE.
Dan insyaallah dorongan serta motivasi juga boleh diberi serba sedikit. Maklumla dah jadi org HERBALIFE. :) 

In sya allah. mana termampu akan saya beri tunjuk ajar. Lebih2 lagi di dalam menjalankan bisnes Herbalife. Asalkan anda betul2 inginkan sesuatu dlm hidup(turun berat/ naik berat/nak sihat atau nak berbisnes...)

Ok ni saja setakat ini. 
Jumpa lagi.

Selamat hari guru cikgu. Untuk guru-guru yang mengajar saya di :

Sek. Keb. Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka
Sek. Keb. Felda Palong 7, Gemas, N.Sembilan
Sek. Men. JAIM Al-Ahmadi, Paya Rumput, Sg. Udang, Melaka
Institut Teknologi Ibnu Sina
KUSZA

tadaaaaaa... Wassalam

Wednesday, May 15, 2013

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY???

assalamualaikum

Dah sarapan? Apa sarapan anda pagi ni?
Apa kandungan nutrisi dalam makanan anda? Berapakah kalori dalam makanan anda?
Adakah badan anda memerlukan semua nutrisi tersebut?
Mampukah nutrisi yang ada dalam makanan anda membina sel2 di dalam badan anda?

:) saya sudah sarapan dengan SHAKE herbalife yang tinggi nutrisi. Anda bagaimana?




Wednesday, February 6, 2013

Sampah... #$%#$%#$%

Bismillah...

Ermm... maaf kalau ada yang menganggap aku mencarut di topik ni. Bukan apa, saja untuk memberi gambaran tentang sampah. Apa yang kita terbayangkan bila sebut SAMPAH?
  • Mestila sesuatu yang dibuang.
  • Benda yang kita tak suka.
  • Benda yang sia2.
  • Tak berguna.
  • Semak mata memandang.
  • Busuk, kotor... mcm2 lagi la
  • Sampah... sampah la... kan kan kan? hehehh
Ada ke org sayang sampah? ada ke orang suka sampah?  kalau ada, orang tu bermasalah tu. Cuba g cek. Tak kira la cek kat hospital atau cek kat pusat2 perubatan islam. hehehe Ni betul2 tau. Bukan main2. Kebanyakan orang yg aku jumpa sayang sampah adalah orang yg bermasalah. Haaaaaa.. jgn pikir tak ada org sayangkan sampah, ada.

Bukan aku nak cerita pasal sampah pun sebenarnya ni. Aku cuma nak cerita tentang sesuatu yang penat lelah kita hasilkan, kita bangunkan dari O sehingga menjadi sessuatu. Kemudian, belum pun yang kita hasilkan tu menunjukkan hasil yang lengkap sbbnya kita baru jalankan tak sampai pun 1 pusingan dan pun dicantas. Atau kata lainnya diminta untuk diberhentikan dan digantikan dengan yang lain. Tidakkah kita rasakan apa yg telah kita usahakan tu SAMPAH?



Penat tu nak hasilkan sesuatu yg dr takde apa2 sehingga terbentuk sesuatu. Kena set minda kita untuk betul2 bersedia melakukan atau menjayakannya. Set fizikal kita agar kita mampu mengadaptasikan dengan perkara baru tersebut. Semuanya tentang set. Nak set sesuatu perlukan akal fikiran, minda yang terbuka, persedian mental dan fizikal. Betul tak? Ke aku je yg rasa mcm tu? Org lain rasa ok je. Takde apa pun nak kena set. huhuhuhu

Macam kita diminta untuk bangun seawal jam 4 pagi la. Biasanya kita bangun jam 6 stengah atau maybe kol 8. Tiba2 kena bangun 4 pagi. Sebelum tidur pastinya kita set alarm kita. Kemudian, berckp pada diri sendiri, perlu bangun jam 4 pagi. Tido awal supaya kita mendapat tidur yang secukupnya. Itu semua berkaitan dgn set kan? set minda, set alarm, set waktu tidur kita. Set Set Set...

Cerita pasal tido pulak. hehhe maknanya dah kena tido dah tu :D

Tiba2 hasil usaha kita tu tadi perlu diberhentikan serta-merta dan perlu digantikan dengan yang lain. Aduh... sangat2 rasa macam tak dihargai. Terasa seperti sampah usaha kita tu tadi. Erm... Kenala terima. Bila dah jadi sampah, mmg kena buang. :(


Tapi ada juga sampah yang berguna kan? untuk kitar semula. takpe. hanya berharap semoga usaha kita yg dah jd sampah tu akan digunakan semula. Macamla sampah2 kitar semula. just berpikiran positif, teruskan kehidupan dan usahakan yang lain. Setiap hasil usaha kita w/pun dah jadi sampah ianya tetap berharga pada kita.

SPECTACULAR...

Bismillah...

Alhamdulillah... Selesai sudah event yg besar... iaitu spectacular malaysia...
Semua warga HERBALIFE malaysia dan sekitar malaysia berkata-kata tentangnya dr sebelum hinggalah ke hari ini.
 Tak pernah dalam hidup aku masuk stadium ni.Nilah kali pertama aku masuk.

Pada aku pula, ini merupakan event yg sangat besar yang pernah aku hadiri di dalam hidup aku. Mmg sgt2 mendebarkan pada mulanya. Semua org heboh memperkatakannya dlm 5-6 bln sebelum event ni berlangsung. Bagi aku yang tak pernah ikut ni, mmg sgt2 tertanya2?

spectacular tu apa?
apa ada kat spectacular tu?
best sgt ke spectacular?
hebat sangat ke?
apa yang derang kecoh sgt ni?

ermm mmg la heboh orang dok perkatakan... sbbnya mmg sgt2 spectacularrr...
Dengan kehadiran orang yg seramai 15 ribu orang...
Serius, seminggu sebelum tarikh spectacular... aku sangat2 rasa berdebar. lagi dekat lagi berdebar.
Pergh... kenapa ye? Sebenarnya, dlm hidup aku ni, aku mmg tak pernah pergi ke tempat-tempat yang ramai orang mcm tu.
Selautan manusia. 


Dr sekolah tadika, tadika kat sekolah kg, tah berapa org je pun dlm tu. Mmg kecik je la skolahnya. Lepastu sekolah rendah, pun kecik jugak. Rasanya tak sampai pun 1000 org dlm 1 sekolah tu. Pastu sekolah menengah. Lagi la ciput, tak sampai pun 300 org dlm sekolah tu. Lepas tu sambung diploma kat kolej je, pun tak ramai org. Tak seramai mcm kat U. Boleh kenal la rupa hampir semua org dlm kolej aku tu. Mmg dlm hidup aku. aku tak pernah masuk mana2 institusi atau apa2 event yg melibatkan org ribu2 ni. Tetiba nak g SPECTACULAR yang seramai 15 ribu org dlm tu. Berdegup kencang la jantung aku. Seram sejuk semua ada.

Pentas 360 darjah.. cun kan?
Selalu aku tgk dlm tv je pentas2 cantik ni, tapi kali ni tgk dgn mata sendiri. Cuma tak dapat duduk depan je sbb dah penuh


Alhamdulillah, bila sampai sana tgk org2 yg peramah, senyum sokmo, saling tegur aku yg tak kenal derang ni, masing2 bersemangat dan sgt2 bersemangat. Tak kira la tua ke muda. Terus aku jadi hilang seram sejuk semua tu. Jadi bersemangat juga macam derang. Aku pun mula belajar untuk senyum dengan semua orang, tegur orang lain yang aku tak kenal. Wahhh sangat2 best. cakap byk2 pun tak guna, sbbnya kena lalui sendiri pengalaman tu. Rasa sendiri duduk dikelilingi ribuan manusia yang penuh semangat, yang positif. Kita pun akan sama2 dapat merasakan semangat dan positif derang tu. Dan aku dah pun rasa, kalau nak rasa, jom la sama2 ke EXTRAVAGANZA di Bangkok pula bln 6 ni. Lagi bersemangat dan lagi positif. Sbbnya org lebih ramai. Dijangkakan 25 ribu orang yang akan ke EXTRAVAGANZA ni nanti. dan bukan dari malaysia je tau, dari asia. Haaaa... marila sama2 rasa macamana bergaul dengan orang2 yg bersemangat tinggi dan positif ni. Macam la ada ayat yg mengatakan, kalau kita berkwn dgn penjual minyak wangi, kita juga akan wangi. Tapi jika kita bergaul dengan pengangkut najis, hawa najis tu juga akan tempias pada kita. Aku bukan menghina org yg bekerja mengangkut najis ye. Ni cuma kata2 yang biasa aku dengar.

Inspirasi dan motivasi.
Aku cukup tak suka pergi ke kem2 motivasi dr masa sekolah dulu. Aku rasakan yg motivasi ni tak best dan tak berguna pun. Sbbnya orang2 yg kena pergi tu semuanya tak berminat pun dan mmg takde motivasi diri. Jadinya tempias tu sampai juga kat aku. Tapi kat sini lain. sbb semua yg hadir tu positif dan sgt2 bermotivasi, jadinya aku pun dpt tempiasnya. Alhamdulillah
Tak percaya. jom ikut. Rasa sendiri baru tau. Insyaallah ianya akan meberi kesan ke atas kehidupan kita. :) Sbb aku sendiri dah rasa. Alhamdulillah.

Akak yang sgt2 tinggi motivasi diri. W/pun cacat, semangat kental untuk berjaya dan mengubah cara hidup. Org terengganu kenal la kak yah ni. 

Sapa tak kenal mamat ni cuba angkat tangan.. hehhee



Tuesday, January 15, 2013

ingatan tiba-tiba pada seseorang :)

Assalamualaikum

Lama tak menulis kat sini. Terasa sangat2 tak cukup masa. hehehhe tak cukup masa ke suka buang masa? hiks?

Sekarang ni musim demam agaknya. Sana-sini batuk, selsema, demam dan macam2 lagi termasukla aku... selsema melanda... sgt2 la tersiksa. huhuhu

Dalam keadaan mcm ni... akhir2 ni rajin plak aku teringat kat seseorg yg dah berpuluh thun kot aku tak jumpa. last aku jumpa dia masa aku darjah 2 dulu. Punyalah lama. Lepas tu tak jumpa2 dah. Tapi akhir2 ni ingatan aku sgt2 teringatkan dia. Adoi... kenapa la... dan orang yg aku ingat --->

MUZAFAR BIN ABU BAKAR. 

Dia ni senior sekolah aku dulu kat sek. keb. belimbing dalam. 1st aku jumpa dia masa aku belum darjah 1 pun lagi. Masa tu makcik aku merangkap ustazah dia bawak aku ke pertandingan musabaqah di Melaka dan dia jadi peserta. Masa tu dia darjah 4 kot. aku tak skolah lagi. Aku masuk skolah darjah 1, dia darjah 5 masa tu.

Aku tak berapa kenal dia. maklumla masa tu aku kan budak kecik... taktau apa nak diborakkan dgn dia. yg aku tau org serita dia ni mak ayah dia kat singapura. Dia 2 beradik je dgn adik dia Mazlan. Adik dia ada kekurangan. dia tinggal dgn nenek dia - nek nunggal org panggil kat blimbing dlm tu. Rumah nenek dia kat2 dgn masjid blimbing dalam.

Dia sgt2 suka kacau aku.. lagi2 kalau aku duduk kat satu buaian kat blakang skolah agama kat tepi sawah tu... dia sgt suka tarik idong aku sampai merah menyala.. dan cubit pipi aku... hahah lawak2. dan dia sgt2 suka dukung aku sambil berlari bawak aku... maklumla masa tu aku kecik lg kan.

Aku sgt2 igt cemana di tegur aku masa 1st time jumpa tu. hahaha giler la... taktau kenapa aku boleh igt semua kenangan dgn dia dr 1st time jumpa tu sampai la aku darjah 2. dan semua kenangan2 tu menerjah kotak fikiran aku satu persatu akhir2 ni. Sampai aku rasa aku sgt2 kurang fokus.
Apa kenalah dgn aku ni? serabut... serabut...

Lepas aku darjah 2 tu, aku pindah ke sekolah kat rumah mak ayah aku. Aku tak jumpa dia lagi. Taktau apa khabar dia. cuma dgr2 cerita yg dia masuk ke Maktab Tentera. taktau la betul ke tidak.
yg terakhir aku dengar adik kesayangan dia Mazlan meninggal. masa tu aku masih di Kusza kot.

Kalau la dia terbaca blog aku ni... atau ada sapa2 yang kenal dia... tlgla bgtau aku... tak kirala emel ke sms ke. Aku rasa sgt2 nak jumpa dia... mcm nak gila plak rasa akhir2 ni... kenapa tah. Ya Allah... kenapa la tak senang hidup betul aku akhir2 ni.

Ok.. kalau la dia terbaca atau sapa2 yang kenal dia baca ni.. tlg emel kat aku okt9336@yahoo.com atau kapal2@hotmail.com atau sms aku 019-6691878. Aku btl2 rasa nak jumpa dia. kalau dpt jumpa la... :)

ok.. kepala dah makin weng dgn selsema ni... chow dulu... babai :)

wassalam

Thursday, December 20, 2012

20.12.2012 dan Aku...

Bismillah...

Apa yang spesel sgt dgn 20.12.2012 ni eh?
Mulanya aku tak perasan pun tarikh cantik ni. Selepas ada org dlm fb tunjuk, baru aku terperasan.

Wahhhh tarikh yg sgt cantik.

20.12.2012 







Mesti ramai yg kawen tarikh ni. Kalau la blh kawen tarikh ni... mmg bagus. Tp yg pastiny a tarikh ni bukan tarikh aku kawen. Ni tarikh birthday aku yg ke .... (isikan tempat kosong) hehehhe

20.12 adalah tarikh lahir aku. Tapi boleh dikatakan aku jarang2 sgt ingat tarikh ni. Sbb apa?
Sbbnya, keluarga aku mmg tak pernah pun ambik tau hal2 ni, lagi2 potong2 kek ni. tak yah mimpi la.
Dah dpt hidup pun dah cukup baik kan.  ehehhe

Lagipun adik beradik aku ramai. 11 orang. Haiyoo jenuh gak nak ingat tarikh lahir tiap orang. Ingat sendiri2 punya tarikh lahir je cukup la.Tu pun kalau teringat. Aku cuma ingat tarikh lahir aku dgn adik aku yang no 3. Sebabnya? Sebabnya aku 20.12 dia 21.12 hahahah selang sehari je tarikhnya. Jadi, dia je la yang aku ingat. lepas aku, esoknya dia. Yang lain2? hehehhe mmg tak ingat. Harap maaf. Tak pernah sambut apa2 sambutan, cemanala nak ingatkan?

Masa skolah dulu, aku pun jrg2 la igt tarikh lahir aku ni. Inikan pula kwn2. Sbbnya tarikh lahir aku bulan 12, bln 12 tu skolah cuti. Jadinya takde sapa pun la ingat birthday aku. huhuhu sedihnya.
Takde la sedih mana pun. :) sbb dah terbiasa. Dari kecil sampai ke tua org tak ingat tarikh lahir aku.
Tak kecik ati pun. Sbb, kdg2 aku pun terlupa tarikh lahir aku.

Tapi bila ada fb ni, mmg akan tau la tarikh lahir aku. Sbbnya penuh wall org ucap selamat hari lahir. Jadi baru aku perasan 'eh... birthday aku harini rupanya' hehehhe
Ada yang siap call nyanyi happy birthday to you lagi. hehhe terharunya... terima kasih semua.

Terima kasih pada semua yang wish birthday aku tu. Love u all...
Makin bertambah usiaku. uhuk. makin tua la maknanya tu. Ok. Kena target betul2 segala KPI yang belum lagi tercapai selama ni.

HAPPY BIRTHDAY SHIKIN... 
SELAMAT MENEMPUH PERTAMBAHAN UMUR.

nahhh... ambik kek tinggi ni... hehehhe
apa pun igt!! jgn mkn kek banyak2. naik lemak2 dlm badan nanti :D



Thursday, December 13, 2012

Penghargaan

Salam...

Penghargaan.
Nampak macam mudah. Tapi amat sukar untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.
Tak perlu hadiah mahal2. wang ringgit berkepuk. Emas permata. Tapi cukup la sekadar ucapan "terima kasih". Ianya sangat bernilai bagi setiap manusia. Tapi, tu lah yang sangat2 sukar utk dilafazkan.


Macam tu jugalah dengan apa yang kita buat atau kita minta orang lain buat. Bila buat kerja yang diminta oleh jabatan, sijil penghargaan amat2 diperlukan. Lagi2 jika perlu berkampung di hotel selama berminggu2, meninggalkan anak bini di rumah, perlu menyiapkan satu2 tugasan tu dr jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 malam. Cukuplah hanya dengan diberi sijil sebagai penghargaan atas usaha dan jerih payah dalam melaksanakan tugasan yang diminta. Tapi bukan sijil penyertaan. Kerana sijil penyertaan seakan-akan tiada makna. Hanya menyertai sesuatu bengkel atau kursus sedangkan kita bersengkang mata, memerah otak untuk menyumbang idea dalam pembangunan satu2 tugasan.



Akhirnya, selepas berhempas-pulas menyiapkan silibus dari SMK ke sijil sepenuh masa sehinggalah penyediaan spesifikasi peralatan tapi yang munculnya hanya sijil penyertaan, sijil penyertaan dan sijil penyertaan lagi dan lagi dan lagi. dan pada hari ini, 13/12/2012 kami diberikan sijil penghargaan. hehhehe mcm dpt emas sebakul pula kan semata2 dpt sekeping sijil penghargaan. Baru diri ini terasa dihargai. Segala usaha dan jerih-perih selama ini seakan terbayar. Lagi menariknya yg menyampaikan adalah KP sendiri. Juga sijil ini ditandatangan oleh KP. hehehhe mmg la masing2 kembang semangkok. Gembira, bangga, segala macam ada. :)

Tq KP. :)

Tuesday, December 11, 2012

Terengganu



Assalamualaikum

Ermm Terengganu. Negeri yg luas dan banyak pantai. Pantai2 yg sangat cantik.

Negeri Terengganu antara negeri yang paling aku suka. Mungkin sbb pernah menetap di Terengganu satu masa dahulu. Tak lama pun. Tiga tahun je. Tapi dah macam kampong sendiri pulak. 

Sangat suka dgn kecantikan laut dan pulaunya. Suka dgn makanannya. Heheh makanan kat Terengganu antara punca aku jd ‘bambam’ satu masa dahulu. Sampaikan berat aku mencecah 58kg. Dengan ketinggian 149cm, tapi punya berat badan 58kg. hahah memang la gumoks. Sampaikan roommateku SHIDA panggil aku cendawan bergerak. Atau khemah bergerak. Cendawan tu sbb masa tu semua org suma tgk cerita fantaghiro dulu. Apa tah tajuknya. Yg aku ingat watak jahat yang hensem dalam cerita tu bernama Tarabas. Dan dalam cerita tu la muncul cendawan2 yg bulat2 tapi pendek. Mana shida mengatakan aku mcm cendawan dlm cerita tu la. Huh bertuah sungguh.  Nak buat cemana, dah gemok pendek pulak tu, terima je la apa org panggil pun. 

Tapi sekarang tidak lagi. Huhuhu aku bukan lagi cendawan @ khemah bergerak. Sbb aku dah kurus. Cehhh berlagak sikit. Aku dah slim. Cuma belum mampu membuang lemak2 degil sehingga yg tinggal hanyalah lemak-lemak sihat. Insyaallah dgn bantuan HERBALIFE aku pasti blh dptlan % lemak sihat dlm badan aku. 

Berbalik pada cerita Terengganu. Minggu lepas aku ke Terengganu. Meeting item soalan.  Masa ni la aku ambil peluang untuk jumpa kawan2 aku di Terengganu. 

                                                                     dgn zarimi
 
Hari isnin masa perjalanan pergi, aku singgah di Paka. Jumpa zarimi. Kebetulan cuti sekolah dan zarimi pula cikgu, pasti ada di kgnya. Betul. Akhirnya aku berhenti di Paka pada jam 3 stengah ptg. Sampai2 zarimi tanya ‘makang dok agi?’ hehehhe jawabnya mesti la ‘dok agi’. Trus dia ajak mkn. Huhhh best2. Dpt mkn ikan singgang. Nyum nyum…

Dah kenyang, dah solat, dah rehat dan dah bergambar. Akhirnya aku teruskan perjalanan ke KT. Dan aku sampai ke KT dalam jam 5 stengah petang. Selamat sampai. Alhamdulillah.

Bermeeting la aku di sana sampai rabu. Dan rabu ptg kami dibenarkan utk ke pasar payang – destinasi wajib kalau ke Terengganu. Hehehhe dan akulah yg menjadi pemandu pelancongnya utk kwn2 yg tak pernah dok di Terengganu. Ala g paying je pun. Dan 1 lg jalannya tak byk pun berubah. Cuma berubah dr 2 arah menjadi sehala. Maklumlah dah jadi bandaraya. J masa di payang, aku Cuma bawa kwn2 ke tempat2 batik yg aku rasa lbh murah dan tempat aku biasa beli.  Kwn2 aku je yang beli. Aku tengok je. Sbbnya baru je aku g pasar payang haritu sbb bawa pelajar ke KT dan aku Berjaya membeli 2 pasang batik. Tapi bukan sutera ya. Sbbnya aku ni MALAS. Cotton sudah. Dan kali ni aku beli kapok keeping di tempt biasa aku beli. Kat kedai abg Matt kapok. Huhuhu dr thn 90-an aku beli kepok kat dia.

Jumaat aku habis meeting. Aku ke rumah Mek Nor di Wakaf Tembesu. Kat situ aku plan dgn kak Ina utk jumpa sekali. Dan tak pasal2 Mirza pun dtg situ gak. Jadinya dptla jumpa ber4 tu. Aku, mirza, mek nor dan kak ina. Yang lain tak dan nak jumpa. Maaf ye kwn2. Insyaallah lain kali kita jumpa pula.



Petang tu aku ke rumah miza di Sg Tong. Dr Sg Tong, miza bawak aku ke Renek. Umah Ma dan Abah dia. Lama dah tak jumpa mak ayah miza. Tgkla skali aisyah dan imang. Huhuhu besor gajoh doh budok2 tu. Dulu kecek je d raku. Lening, derang lebih besor d raku. Hehehe aku je yg tenggelam. Sama je besor dgn miza. Lame do’oh lekpung tok jupe derang. Hehehe kecek ganung sket. 

Sabtunya nak blk ke Bahau, aku singgah di rumah Dik Nor di Kg Bukit Tok Beng. Berjaya gak jumpa. Dah byk kali ke Terengganu, tapi takdpt jumpa. Kali ni ada rezeki jumpa dia. G rumah dia, siap makan tengahari lagi. Best best. Sampai rumah dia, tgk ada plak bekas2 HERBALIFE. Tanya siapa yg mkn? Suami dia rupanya yg ambil herbalife. Dan perubahannya dlm masa 4 bulan suami Nor dah Berjaya turunkan 10kg. Wahhhh hebat. Dia kata suami dia pun sangat2 suka. Sbb sebelum ni macam2 cara buat utk trnkan berat bdn. Tapi turun setakat 1-2kg je. Pastu naik berkg2. Hehhehe itu normal.  Akak pun hadapi perkara sama Nor. Tapi sekarang akak dah Berjaya turunkan 2kg. dan kekal je berat. Tak turun tak naik. Insyaallah akak akan naikkan lagi 2kg berat badan ni. Tp 2 kg tu otot la. Perghhh tinggi cita2. Insyaallah. 

Perkara yg aku terlupa masa di rumah Nor adalah AMBIL GAMBAR DGN NOR. Adoi ingat punya ingat, akhirnya aku lupa jugak. Aiseyy. Nor kata, nak kena dtg sekali lagi la tu kak. Hehehe insyaallah.

Lepas dari rumah nor aku terus ke Kuala Abang, konvoi dgn miza. Dia pun nak jln gak katanya. Bosan asyik dok Sg Tong je. Hehehhe jom jom. 



 
Kuala Abang. 
Ni la tempat yg aku dr dulu sgt2 nak berhenti situ. Selalunya aku tgk dr atas bas je.kawasannya sgt cantik. Ada batu besar. Laut yag biru. Pergh. Akhirnya. Aku sampai juga di tempat ni. Alhamdulillah. Selepas 10 thn kot, baru aku sampai. Takpe la. Asalkan sampai kan? Hehehe


Kemudian aku ke arah kuantan. Miza pula blk semula ke Sg Tong. Sepanjang jln nak tinggalkan Terengganu tu, aku sgt2 rasa sayu. Taktau la kenapa. Sepanjang jln tu jugak la aku tak henti2 pandang laut disebelah kiri aku. Lagi la sayu bila tgk laut tu. Apa yg ada kat laut tu aku pun tak tau. Laut jugak la salah satu yg menarik2 aku ke Terengganu. Aku sgt2 sukakan pemandangan laut di Terengganu. Walaupun ombaknya ganas, tinggi dan boleh membunuh aku yg tak reti berenang ni, tapi aku tetap sukakan laut di Terengganu. Sayu nak tinggalkan Terengganu. Ceh macam nak tinggalkan suami plak aih. Apa da aku ni 

Dr Kuala Abang jam menunjukkan pukul 5 ptg. Aku drive terus. Tak la laju pun stakat 80-100km/j. jenuh nak kena potong lori2 besar sepanjang jalan dari Kuantan. Berhenti di kemaman beli satar dan berhenti di Muazam bancuh SHAKE. Pastu bergegas pandu semula. Akhirnya sampai di palong jam 9.30 malam. Huhuhu SMS miza, dia terkejut. Lajunya akak bawa? Huh? Laju ke? Biasa je rasa. 80km/j je pun. 

Balik dr Terengganu dengan kepok keeping, kopok lekor dan satar. Cuma aku tetap tak dpt makan nasi air dan coconut shake di Terengganu ni. L takpe. Insyaallah dtg lagi. 

Babai Terengganu.